Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 29, 2013

BERTANDING NAIB KETUA PEMUDA PUN NAK KECOH KE? CEHHHHH... BUANG KARAN!

Aku nak tergelak pulak tengok member-member TMK aku dok bergaduh sakan pasal perebutan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mula-mula dia hentam kes "Azwanbro", lepas tu blogger Azwanbro pulak hentam dia...heh!

Aku malas nak campur pasal gaduh-gaduh ni. Calon NKPemuda punya pasal, kawan-kawan bergaduh. Sampai bergaduh dalam blog? Heh! "Wayang" je lebih tuuuuu...heh!

Aku hairan. Selalunya perebutan jawatan Ketua Pemuda lebih panas berbanding Naib Ketuanya. Tapi kali ni terbalik pulak. Mungkin sebab KJ belum lagi dicabar dan NKPemuda pulak dah ada 6 orang calon yang menganggap "Saya paling layak jadi NKPemuda"...

Aku just nak tanya. KJ ni hebat ke sampai takde orang nak lawan? Ada sehebat Dato' Senu? Ada yang sehebat Datuk Harun? Ada yang sehebat Anwar Berahim? Ada yang sehebat DS Najib? Mungkin tak sehebat tu kot...tapi ada kualiti lain?


Okay... Calon Naib Ketua Pemuda UMNO 2013? Azwanbro, Lokman Adam, Jamawi, Iruan, Razlan dan Nazir. Korang pilih sapa?

Azwanbro tokoh pemuda korporat dan banyak duit. Sesuai jadi bendahari tak? Lokman Adam orang pidato Pemuda. Sesuai jadi Ketua Penerangan tak? Errr... Jamawi? Iruan dan Nazir..? Err... korang pernah dengar nama diorang tak? Razlan tu aku pernah dengar la sebab dia Assistant Tun Faisal dalam UMB...kaya dengan blogger nihhhh...heh!

Kalau ikut hati, nak je aku mintak Parpukari lawan Naib Ketua Pemuda. Tapi takut gak dia bertumbuk dengan KJ dalam meeting! Hahahahahaaaa.. Errr.. korang ada calon yang lebih sesuai tak? Kalau mintak Gomo, nanti dia tak busy jarang update blog pulak...

Anyway, blogger bukan politician bro...kan?

Cuma, kalau boleh... mana yang ada buat business tu tak payah la bertanding. Nanti MTK kata nak kejar projek pulakkkk....Kalau pernah belot pada UMNO tu agak-agak la diri tu siapa. Diludahnya Pemuda UMNO, lepas tu nak jadi pemimpin Pemuda pulak...heh!

Masalahnya kita ni orang Melayu suka dengki sikit. Pantang member naik, dah nak cantas. Cuba ikut semangat orang dulu-dulu. Depa semuanya dahulukan kawan yang lebih layak. Tengok talent dan ukur baju di badan sendiri...lepas tu baru buat keputusan...

Pada aku, kalau nak jadi ketua, biarlah kita diangkat orang. Jangan angkat diri sendiri. "Undilah saya sebagai Naib Ketua Pemuda"? Hahahahahahaaa... masuk bakul angkat sendiri ke?

Kalau nak jadi ketua, perlu pastikan diri bersih. Solat tak tinggal. Selalu puasa sunat. Kuat dan sihat tubuh badan. Kalau dan beristeri, isterinya menutup aurat. Kalau diberi rezeki lebih sebelum ni, selalu tolong orang susah...bukan tiap-tiap minggu turun Putrajaya kejar projek broooo...

Paling penting, seorang calon pemimpin Pemuda walaupun di peringkat cawangan perlu memiliki sifat dan jatidiri anak muda Melayu yang tebal dalam dirinya. Perjuangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu seumur hidup....boleh? Bukan perjuangkan poket sendiri dan hulur duit syiling kat orang...

Kalau nak bertanding, jangan la buat kerja last minit! Masa nak bertanding baru nak turun pusing satu Malaysia. Nak bertanding baru nak tunjuk muka. Bila orang tak pernah dengar nama kita, kita marah dan terasa... agak-agak la bro...

Bukannya aku cakap calon-calon NKPemuda tu tak layak. Layak semuanya...hensem, bijak dan kaya raya orangnya... Tapi...ntah laa... korang fikir sendiri laaa...kan?

Aku ni bukan apa. Selaku ahli Pemuda UMNO, aku ada hak untuk bersuara dalam menentukan saf kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Mungkin aku bukan Ketua Cawangan, AJK pun tidak. Ahli biasa saja...tapi aku tetap berhak suarakan di blog, kan? Freedom of speech?

Dahhhh... tak payah la gaduh-gaduh. Blogger bergaduh, orang lain yang menang. Diorang dapat jawatan tinggi, blogger dapat apa? Baik kita tumpukan pada perjuangan sebenar UMNO, kan? Udah-udah laaaaaa...heh!

2 comments:

Azahari Rahman said...

boleh ke nih?

kluangman said...

Tanyalah dia org apa vissii Dan missi nak jadi nkp... nilaikan, lepas tu gelak lah kuat2 dlm kelambu.

Bayangkanlah kalau azeez boleh jadi pengeringgusi luth...mereka lagi hebat !!!!

Inilah gara2 najib tak ada kredibiliti dlm membuat perlantikan, asal menyondol, tangkap, muat.....nasib kaulah labiiiiiii

Bila Kak Su Bersuara... Heh!