Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 29, 2013

THE NEW VILLAGE: KETUA PENGARAH FINAS PERLU TAHU FAKTA-FAKTA INI...!!!

Aku tak tau la dari mana pengarah dan penerbit filem The New Village dapatkan fakta untuk buat filem putar alam tu. Mungkin diorang dapatkan fakta dari perpustakaan Kou Min Tang kat Tanah Besar China, kot?

Lebih aku hairan, macamana pulak FINAS boleh lepaskan filem macam ni? Mujur la KDN sempat "hold" tak kasi tayang filem tu. Kalau tidak, memang teruk la FINAS kena bantai...kan? Siapa lead FINAS sekarang? Cuba google tengok...heh!

Berikut aku senaraikan fakta yang perlu diketahuai oleh pengarah, penerbit, penulis skrip dan termasuk FINAS sendiri sebelum meluluskan tayangan filem The New Village "version DAP" tu... Harap jangan juling bijik mata korang...


1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

Balai Polis-Bkt Kepong -bunuh-bakar kejam

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.

13m4

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

images (1)

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

pix_gal2
16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

1 comment:

Anonymous said...

auwwwww, bisingnya, ah jib gor tak kisah pun. ah jib gor tersinggung kerana ahli umno cuba untuk menafikan hak asasi adik-adik undi yg tak undi ah jib gor. sayang sangat ah jib gor terhadap adiknya yg kuat menipu ni. nanti neweweee kata ah jib gor sarung kondom cap playsafe. auwwwwwwwww gitu, ah jib gor bersuara. nanti masa pau, ah jib gor akan minta maaf bagi pihak ahli umno yg menyakitkan hati adiknya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!