Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, July 18, 2013

SETAHUN PENJARA UNTUK ALVIN DAN VIVIAN: CUKUP KE..?

alvin vivian

Memang teruk Alvin Tan dan Vivian Lee dikecam pelbagai pihak, khususnya muslimin dan muslimat di Malaysia, berhubung “jenaka biadap” yang jelas menghina dan mencemar Islam yang dibuat sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Di saat umat Islam di seluruh dunia sedang beribadah menjalankan rukun Islam yang ke-empat, Alvin dan Vivian dilihat seolah-olah “menjolok sarang tebuan”. Dan bila mereka “disengat” sedikit, mereka menggelupur bagai “disembelih”…

Cuba melepaskan diri dari terus dikecam, dua budak Cina ini telah memohon maaf secara terbuka dan dilaporkan telah disoal-siasat oleh pihak berkuasa. Khabarnya mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara jika disabitkan kesalahan di mahkamah.


Pertamanya, saya ingin ulangi pendirian saya sebelum ini dengan menegaskan bahawa mereka berdua itu tidak layak sama sekali untuk memohon maaf berhubung perlakuan melampau mereka itu.

Sebabnya, perlakuan terkutuk itu dilakukan di saat mereka dalam keadaan sedar, waras dan mampu berfikir secara rasional. Saya yakin Alvin dan Vivian tidak di bawah pengaruh dadah, alkohol atau gila ketika mereka mencabar kesabaran umat Islam di bulan puasa itu.

Justeru itu, sebarang permohonan maaf dari kedua individu itu adalah sama sekali tidak relevan.

Memandangkan mereka telah memohon maaf secara terbuka baru-baru ini, dukacita saya jelaskan pada mereka berdua bahawa saya sama sekali tidak dapat menerima permohonan maaf mereka itu. Dalam erti kata lain, saya tidak akan memaafkan kesalahan “jenaka biadap” tersebut.

Bukanlah saya mahu menidakkan sifat pemaaf yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap kesalahan dua budak Cina itu. Namun pada saya, kesalahan dan kebiadapan kedua mereka itu perlu dihukum sekeras-kerasnya sebagai satu pengajaran pada seluruh individu lain di negara ini.

Selama ini sudah berkali-kali Islam dan kepentingannya di negara ini sengaja dicabar oleh beberapa pihak. Namun walaupun beribu-ribu laporan polis dibuat, tiada sebarang tindakan atau hukuman dijatuhkan pada mereka.

Dalam ertikata lain, tiada pun hukuman yang mampu membuat mereka serik dan tidak lagi mengulangi tindakan kurang ajar merek itu. Hasilnya, Islam terus dicabar di Malaysia sehingga hampir mencetus ketegangan yang menyaksikan kita semua terpaksa “mengalah” dan memaafkan mereka.

Pada saya, selagi tiada hukuman atau “judicial precedent” yang tepat dengan kesalahan melampau mereka itu, selagi itulah hati umat Islam di negara ini akan terus tercalar. Saya khuatir, sekiranya umat Islam di Malaysia terpaksa selalu memendam perasaan, risau juga kalau-kalau “gunung berapi” itu akan tercetus jua suatu hari nanti, bukan?

Pada hemat saya, hukuman setahun penjara maksimum adalah tidak memadai sama sekali sebagai hukuman pada Alvin dan Vivian. Bukanlah saya mahu memperkecilkan sistem perundangan di negara ini, tapi pada saya hukuman itu terlalu ringan jika diukur pada tindakan dan kesannya.

Katakanlah Alvin dan Vivian didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Saya yakin, mereka berdua akan memfailkan rayuan atas hukuman tersebut. Kalau rayuan itu diterima hakim, saya yakin hukuman untuk pasangan biadap itu akan dikurangkan ke beberapa bulan di penjara sahaja.

Cukupkah dengan penjara selama setahun atau beberapa bulan itu? Bagaimana dengan hati dan kesucian Islam yang mereka cemar itu? Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan majoriti rakyat di negara ini beragama Islam. Bolehkah “luka” itu dipadam dalam tempoh setahun?

Selain itu, dapatkah hukuman itu menghentikan mana-mana individu dari melakukan provokasi melampau terhadap Islam di negara ini?

Saya fikir, 5 tahun pun belum tentu saya dapat memaafkan Alvin dan Vivian. Dan saya juga yakin bahawa hukuman itu tidak akan sama sekali menghentikan sebarang serangan melampau terhadap Islam dan kepentingannya di Malaysia.

Justeru itu, saya menggesa agar pihak berkuasa melakukan sesuatu yang wajar mengikut justifikasi keadilan sebenar terhadap Alvin dan Vivian. Hukuman yang berat wajar dijatuhkan pada mereka sebagai satu pengajaran, tapi perlulah adil dari sudut Islam.

Saya tidak ada masalah untuk memaafkan mereka, tetapi mereka perlu memeluk Islam terlebih dahulu, mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan jadi penganut Islam yang lebih hebat dari Ustaz Ridhuan Tee. Kalau Alvin dan Vivian boleh buat begitu, barulah saya sudi maafkan mereka.

Maaflah. Saya bukanlah bersikap “ortodoks” dalam soal ini. Namun saya yakin hukuman setahun penjara tidak memadai dan hanya hukuman berhikmah yang berlandaskan Islam sebenar sahaja mampu memadam api kemarahan umat Islam terhadap tindakan melampau itu.

Janganlah Alvin dan Vivian salahkan saya serta umat Islam lain atas kemarahan ini. Kalau berani buat, maka beranilah mereka tanggung akibatnya. Selagi itu, terimalah kemarahan kami hingga akhirnya. Redha sajalah, kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

bagi pasangan ini wang bukan masalah kerana ramai yg sanggup bantu mereka....sepatutnya pejara lebih lama lagi,biar dia belajar sikit hormati org lain dan undang2 negara didalam penjara

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...

Pada pandangan saya, besar kemungkiman mereka akan dipenjarakan minima 2 tahun, bukan setahun ! Ini memandangkan pertuduhan kedua yang membabitkan kesalahan mesin cetak 2002 daripada akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memperuntukan minima 2 tahun penjara jika sabit kesalahan. Apakah mereka akan terlepas daripada akta ini? Jika tak terlepas, maka sudah tentu sabit kesalahan, maka yg menunggu ialah 2 tahun penjara. Bagaimana pula dengan 2 lagi pertuduhan dalam akta hasutan 1948, tentu ada juga yg sangkut. Maka hukuman akan bertambah. Pun begitu jika disatukan dengan kesalahan pertuduhan kedua, maka minima penjara masih lagi 2 tahun.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/alvin-dan-vivian-hina-islam-mahkamah.html

Bila Kak Su Bersuara... Heh!