Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 6, 2013

SELANGOR DARUL "MASSAGE": RAKYAT JUGAK YANG SALAH..???

1.012

Sebetulnya saya tidak tahu bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menguruskan kebanjiran pusat-pusat hiburan yang tumbuh subur sejak Pakatan Haram menjajah negeri itu kira-kira lima tahun yang lalu. Mungkin mereka uruskan hal tersebut dengan menggunakan kepala lutut!

Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri berkaitan, Teng Chang Kim menyalahkan rakyat Selangor yang tidak memberikan maklumat pada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha menangani pusat maksiat haram di negeri itu.

Menurut Chang Kim, hampir seribu premis hiburan dan rumah urut haram dikenal pasti di seluruh Selangor dan pihaknya mengaku telah hilang kawalan bagi menangani gejala tidak sihat yang mengancam negeri termaju itu.


Pertamanya, saya ingin bertanya Exco terbabit, siapakah yang bertanggunjawab dalam hal mengawal pusat-pusat hiburan, maksiat, judi dan rumah urut haram itu? Atau lebih tepat lagi, siapa “boss” atau “dalang” di sebalik kegiatan yang melanggar undang-undang PBT itu?

Rasanya Chang Kim boleh bertanya sendiri pada Ronnie Liu. Bukankah sebelum ini ramai pihak yang menuding jari padanya? Malah ada dakwaan yang mengatakan bahawa Ronnie merupakan “taiko” yang melindungi kegiatan kongsi gelap dan aktiviti tidak bermoral di sekitar Selangor, bukan?

Pada saya, Chang Kim tidak wajar sama sekali meletakkan kesalahan tersebut di bahu rakyat. Rakyat tidak memberi maklumat yang lengkap pada PBT? Biar betul!

Setahu saya, sudah berkali-kali rakyat Selangor dan orang ramai mengadu mengenai kegiatan premis-premis maksiat yang berleluasa di kawasan masing-masing.

Malah pihak media pula sering menerbitkan laporan-laporan yang “panas” mengenai kegiatan maksiat yang berpunca dari premis-premis haram tersebut. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali dilaporkan dalam bentuk “investigative report”.

Saya tertanya-tanya, dengan maklumat dan laporan yang meluas dari media, apakah pihak PBT di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak dapat berbuat sesuatu mengenainya?

Apakah Chang Kim tidak dapat berfikir dengan otak dan akal bahawa pihaknya boleh menubuhkan sebuah pasukan penyiasat bagi meneliti dakwaan orang ramai dan menyiasat sedalam-dalamnya tentang kegiatan pusat-pusat maksiat haram itu?

Seterusnya, apakah Chang Kim meletakkan otaknya di bawah tapak kaki apabila tidak dapat berfikir untuk mengambil tindakan tegas melalui hasil siasatan pasukan khas tersebut?

Saya menyarankan agar Chang Kim merekrut Unit Amal PAS untuk menyiasat premis-premis hiburan dan maksiat di sekitar Selangor dan bertindak bagi pihak kerajaan negeri. Unit Amal PAS sangat sesuai buat kerja begini.

Lagipun, bukankah Unit Amal PAS itu ditubuhkan untuk memerangi perkara mungkar dan batil? Atau Unit Amal PAS memang bacul untuk menguruskan perkara sedemikian? Atau Unit Amal PAS takut nak kacau periuk nasi Cina DAP?

Setahu saya, maklumat mengenai kebanjiran pusat maksiat sama ada haram atau berlesen di Selangor sudah menjadi isu panas sejak lima tahun lalu.

Malah beberapa siri youtube turut menjadi viral panas menyindir sinis Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang seolah-olah menjadikan negeri itu sebagai Darul “Massage”. Takkanlah Chang Kim tidak perasan tentang sindiran itu?

Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah sita mana-mana premis yang patut! Jangan takut pada Ronnie Liu. Dia tak boleh buat apa-apa, dia sudah tidak berjawatan besar dalam Kerajaan Pakatan Haram Selangor lagi. Atau Chang Kim takut pada Ronnie Liu? Kalau takut, cakap sajalah takut…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

johan said...

senang, Kerajaan Selangor perlu bekukan lesen refleksologi, bukan setakat bekukan urut badan sahaja. Dan tukar balik dasar membenarkan urut di shop lot tu.... biarkan urut hanya ada di hotel hotel sahaja.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!