Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 20, 2013

SEBOK NAK KALAH DI KUALA BESUT, HUSAM KENA BAYAR RM40,000 PADA BLOGGER..???!!!


Tu diaaa..!!! Sebok sangat jadi Ketua Jentera PAS di PRK Kuala Besut sampai Husam tarik balik saman terhadap Kickdefella? Lepas tu kena bayar pulak RM40,000 kat Kickdefella? Perghhh..!!! Husam Jamnapari ni kaya sangat ke? 

Sekarang ni Husam tarik balik pulak saman dia kat Kickdefella. Lepas tu mahkamah suruh dia bayar pulak RM40,000 sebab tarik balik saman. Dia saman, dia tarik dan dia kena bayar RM40k! Perghhhh..!!! Kenapa dia tarik balik saman tu agaknya? Tak boleh menang kot...? Heh!

Kalau boleh menang, takkan la Husam nak tarik balik saman tu, kan? Nampak sangat dia takde asas nak saman Kickdefella. Dari terus malu dan terpaksa bayar kos lebih banyak, Husam lebih rela dimalukan lebih awal dan bayar RM40k tu..kan? Heh!


Nampaknya Husam sedang berada di zaman kejatuhannya. Nak kata untung jual kambing jamnapari, khabarnya dah lingkup dah business tu...

Lepas tu Husam dipinggirkan pulak dari Kerajaan PAS Kelantan. Pok Nik Ajis pun tak boleh back-up dia dah...Merajuk sakan Husam! Khabarnya sampai gertak nak rebut jawatan Presiden PAS pada muktamar nanti...

Kemudian, dia dianiaya pulak jadi Ketua Jentera PAS kat Kuala Besut. Dah memang PAS tak boleh menang, sengaja je PAS pedajal Husam untuk calarkan rekod peribadi "tauke kambing tidak berjaya" tu... Maka tamatlah riwayat karier Husam sebagai ahli politik PAS PIS PUS lepas ni..?
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini menarik balik saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan terhadap penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella dua tahun lalu.
  
Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Ahmad Mustaqim Zaki dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Syed Azidi diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
  
Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan dalam kamar agar Husam membayar kos RM40,000 kepada Syed Azidi kerana tindakan tersebut.
  
Sementara itu, Jahaberdeen yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.
  
Katanya, plaintif datang ke mahkamah pada hari ini untuk menarik semula kes tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

"Mereka juga minta tidak ada kos. Jadi saya bantah, saya kata tidak boleh sebab kes telah berjalan sampai tiga saksi dipanggil. Saya kata kalau hendak tarik boleh tapi dengan tidak boleh failkan semula.
  
"Yang kedua kami minta kos RM40,000 kepada defendan dan mahkamah membenarkan permohonan kami. Mahkamah juga membenarkan permohonan kami agar kes tersebut tidak boleh failkan semula," katanya.
  
Pada 19 September 2011, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan gantirugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
  
Artikel tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman' dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.
  
Pada 9 Oktober tahun yang sama, Kickdefella memohon Mahkamah Tinggi Kota Baru memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun, pada 17 April tahun lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan. - Bernama

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!