Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 30, 2013

SAMPAI MATI PUN PAS TAKKAN MENGAKU SYI'AH...!

syiah

Saya sangat tertarik dengan gesaan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Dr. Mazlan Ismail, yang mahu kepimpinan PAS memecat segera beberapa pemimpin parti itu yang berfahaman Syi’ah.

Katanya, PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dahulu tidak pernah beri muka pada mana-mana individu di dalam parti tersebut yang dikenal pasti membawa fahaman Syi’ah, beliau pasti memecat mereka serta merta.

Sebenarnya apa yang dikatakan Dr. Mazlan itu memang benar. Allahyaraham Ustaz Fadhil bukan saja memecat ahli PAS yang berfahaman Syi’ah, malah mereka yang dilihat cenderung, minat dan mengkagumi gerakan Syi’ah juga pasti tidak panjang umur karier politiknya di dalam PAS.


Pendek kata, sebarang elemen Syi’ah “dicantas” segera oleh bekas Presiden PAS itu.

Tapi itu dulu, sekarang ini nampaknya PAS sudah bertukar rupa. Sejak beliau meninggal dunia, kita dapat melihat bagaimana fahaman Syi’ah semakin tersebar luas. Malah seorang pemimpin tertinggi PAS tidak segan silu memberitahu tentang kekagumannya dengan gerakan pro-Syi’ah…

Saya pernah bertemu dengan seorang guru pondok yang terkenal dari Kelantan dan beliau mengaku pernah berada di dalam PAS selama 30 tahun lamannya. Katanya, ada pemimpin PAS yang kuat mengamalkan ajaran Syi’ah.

Menurut guru pondok itu, salah seorang dari mereka memiliki batu karbala yang menjadi satu kemestian bagi para pengikut Syi’ah dan batu itu selalu ada di dalam poket pemimpin tersebut. Saya kira, ramai yang dapat meneka pemimpin PAS mana yang dimaksudkan…

Baru-baru ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS setuju dengan pengharaman Syi’ah di Malaysia. Katanya, PAS sendiri menganggap fahaman itu sebagai menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Persoalannya, sejauh mana tahap serius PAS dalam kenyataannya itu? Sedangkan, memang ramai yang tahu betapa fahaman songsang itu menular begitu pantas di dalam parti tersebut. Apakah PAS benar-benar serius?

Jika benar serius, maka saya kira PAS perlu pecat beberapa pemimpinnya yang begitu konsisten bertaqiyyah selama ini. Mereka tidak akan mengaku berfahaman Syi’ah, tapi “sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina”nya. Pecat sajalah…

Atau PAS sememangnya tidak berani untuk bertindak memecat pemimpin sendiri yang berfahaman songsang? Terlalu sayangkan politik sehingga sanggup mengenepikan soal aqidah jemaah sendiri?

Cuba belajar dari Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Beliau dulu bijak berpolitik secara sihat. Malah di dalam beberapa keadaan, beliau sanggup naik ke pentas UMNO demi memperjuangkan Islam! Tapi malang, PAS sudah tiada lagi sifat begitu…

Malah dalam satu keadaan, salah seorang pemimpin PAS dilaporkan sanggup duduk semeja menjamah hidangan “khinzir” bersama DAP berbanding duduk semeja dengan UMNO menjamah makanan yang halal!

Bila ditegur, PAS cepat melenting. Bila tak ditegur, PAS semakin hilang pedoman. Orang tegur kerana sayangkan saudara seagama, bukan kerana politik. Bila dikatakan PAS tidak matang berpolitik, mereka tuduh pula kita “cemburu” pada ikatan PAS bersama Pakatan Haram…

Justeru itu saya mencabar PAS untuk mengenal pasti segera ahli dan pemimpin mereka yang berfahaman Syi’ah. Pecat mereka segera atau tunggu sajalah kemurkaan dari Allah SWT. Jika tidak diperlihatkan di dunia, nantikanlah di Padang Mahsyar nanti. Di situ segalanya akan terlondeh, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!