Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 3, 2013

PERISTIWA YANG BETUL-BETUL MEMALUKAN PAS..!

dap ganti pas

Agak menarik mendengar perkhabaran dari Dewan Undangan Negeri Melaka apabila seorang ADUN pembangkang, Mohamad Khalid Kassim, mengejutkan ramai pihak apabila menyokong perlantikan Datuk Othman Mohamad sebagai Speaker Dewan tersebut semalam.

Mohamad Khalid yang merupakan ADUN dari parti PAS bagi DUN Bukit Baru, selamba mengangkat tangan tanda menyokong perlantikan Othman meskipun enam ADUN DAP hanya mengambil sikap berkecuali tanpa tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

Namun, dilaporkan bahawa ketika pengundian bagi Timbalan Speaker DUN itu dijalankan, ADUN-ADUN DAP telah menuding jari ke arah Mohamad Khalid, seolah-olah memberi amaran pada ADUN PAS itu untuk mengikut pendirian mereka yang berkecuali.


Lebih mengusik perasaan, Mohamad Khalid dilihat seolah-olah bagai “lembu dicucuk hidung”, patuh mengikut arahan sebagaimana yang dikehendaki oleh ADUN DAP tersebut!

Saya membayangkan bahawa sekiranya saya berada di dalam Dewan itu, sudah tentu saya tak boleh menahan ketawa. Mungkin saya akan cepat-cepat keluar dari Dewan dan melepaskan ketawa sekuat-kuatnya di luar…

Pada saya, dari insiden itu jelaslah menunjukkan bahawa parti-parti di dalam Pakatan Haram sebenarnya “tidak sebulu” dan tidak mempunyai persefahaman yang baik sebagaimana BN serta parti-parti komponennya.

Sepatutnya, ADUN-ADUN yang mewakili Pakatan Haram sudah berpakat awal sebelum majlis angkat sumpah. Mungkin Mohamad Khalid masih baru, maka ADUN-ADUN senior pembangkang patutnya memberitahunya lebih awal, bukan?

Apakah Mohamad Khalid dari PAS itu dipulau oleh puak-puak DAP di Melaka?

Dan selalunya, ADUN-ADUN dari parti pembangkang tidak akan sesekali menyokong Speaker Dewan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN. Biasalah. ADUN-ADUN pembangkang memang tak pernah matang pun dalam soal pemilihan Speaker Dewan. Yang layak pun mereka anggap tak layak…

Selain itu, insiden melucukan itu juga merupakan bukti jelas betapa DAP menguasai Pakatan Haram, khususnya PAS. Mohamad Khalid bagaikan “lembu” saja yang mengikut saja arahan dar ADUN-ADUN DAP itu, bukan?

Bila tidak diberi amaran, dia angkat tangan sokong perlantikan Speaker. Tapi bila ADUN DAP tuding jari, dia seolah-olah tidak berani ingkar pada tanda arahan itu dan takut untuk mengangkat tangannya sekali lagi!

Pada saya, insiden itu benar-benar memalukan PAS. PAS selama ini mengatakan mereka bukan “keldai” atau “lembu” yang mudah diperkotak-katikkan. Tapi semalam, hanya dengan tanda isyarat jari saja, ADUN PAS terkebil-kebil patuh pada arahan ADUN DAP.

Apa ertinya tindakan Mohamad Khalid itu? Apakah itu tandanya PAS “menguasai” DAP? Tolonglah jangan buat saya ketawa lagi dengan jawapan bodoh yang kategori tidak masuk akal…

Kalau PAS benar-benar di bawah kawalan DAP atau PKR, mengaku sajalah. Tak baik berbohong. Malah hukumnya berdosa menurut Islam. Katakanlah yang benar meskipun ianya pahit untuk ditelan. Payah sangatkah PAS nak buat begitu?

PAS sudah hampir hancur sejak bergelumang dan berpeluk dengan “syaitan” yang bergelar DAP dan PKR. Dan saya yakin, sekiranya PAS tidak “bermufaraqah” dan membiarkan parti mereka terus hanyut begitu, maka berkemungkinan besar jangka hayat parti itu tidak panjang. Pendek umur!

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Azahari Rahman said...

UMNO DAN PAS...bersatulh demi agama kita

BahSabahBah said...

Diniasti Lim akan menguasai DAP, tiada demokrasi dalam DAP

BahSabahBah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!