Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 6, 2013

PEDASSS..!!! MARI KITA LIHAT PKR & DAP KETAWAKAN PEMUDA PAS RAMAI-RAMAI..!!!

serabai

Hebat sungguh Dewan Pemuda PAS apabila berdegar-degar di atas pentas mahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor supaya mengkaji semula dan menutup kilang arak Carlsberg yang terletak di Shah Alam.

Bunyinya begitu sinonim dan klise sekiranya dibandingkan dengan kenyataan para pemimpin utama PAS yang menegaskan bahawa mereka akan menutup kilang arak terbesar di Asia Tenggara itu sekiranya PAS berkuasa di Selangor suatu ketika dahulu.

Syabas saya ucapkan pada Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd Halim, yang seolah-olah menyindir sinis dan memberi peringatan kepada para pemimpin tertinggi PAS yang sebelum ini berjanji untuk berbuat demikian.


Syarhan mungkin tersedar dan cuba mengingatkan tentang janji pemimpinnya sendiri yang mahu menutup kilang arak itu sebelum ayam berkokok di subuh hari, bukan?

Persoalannya, siapakah yang akan melayan kehendak sayap PAS yang menjadi lajnah “buih pepsi cola” ini? Pemimpin tertinggi PAS akan menyambut gesaan Pemuda PAS itu? Beranikah mereka untuk menyuarakan pada DAP Selangor di sidang DUN?

Pada saya, gesaan Syarhan ini hanya dibuat sekadar suka-suka sahaja. Tidak lebih dari gimik dari Pemuda PAS yang semakin risau melihat umat Islam di negara ini yang semakin ramai meninggalkan PAS yang semakin hanyut bersama mimpin rakan “syaitan” mereka…

Mungkin mereka gerun melihat begitu ramai umat Islam berbondong-bondong kembali menyokong UMNO dan meninggalkan PAS setelah parti “bulan purnama” itu hilang arah tuju serta bersikap bagaikan “lembu dicucuk hidung”.

Misalnya di Selangor, PAS sangat berpeluang untuk menjadi Menteri Besar di negeri itu memandangkan kerusi DUN yang dimenangi mereka lebih banyak berbanding PKR. Namun Khalid Ibrahim pula yang bermuka tembok dan dilantik untuk menjadi MB oleh PKR dan DAP?

Khabar dari seluruh Selangor jelas menceritakan betapa kecewanya mereka apabila DAP tidak menyokong seorang pun ADUN PAS untuk dijadikan MB Selangor. Sedangkan PKR yang hanya menyumbang beberapa kerusi pula yang disokong DAP?

Nampak sangat DAP tak ikhlas dan tak suka jika PAS diberi kuasa…

Sebenarnya, sumber dalaman Dewan Pemuda PAS memberitahu saya bahawa barisan Pemuda parti itu sangat “terhiris” apabila hak PAS untuk dilantik menjadi MB Selangor itu dinafikan oleh kedua rakan “syaitan” mereka.

Ada yang menampar meja, ada yang menghempas lebai di atas lantai, malah ada pula yang memaki hamun para pemimpin PKR dan DAP Selangor. Tapi mereka hanya berani buat di belakang rakan-rakan “syaitan” mereka sajalah. Mana berani nak dipamerkan secara berdepan. Nak mampus?

Mungkin kerana risau kehilangan sokongan dari akar umbi PAS yang semakin ketara, Dewan Pemuda PAS memberanikan diri untuk meminta kilang arak itu ditutup. Mereka mahu akar umbi tahu mereka pernah mendesak mengenai isu itu.

Pemuda PAS tahu suara mereka itu tidak akan dihiraukan sesiapa dari pihak Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Mereka hanya nak dapatkan kembali sokongan yang hilang dari umat Islam, itu saja. Sama ada kilang arak itu ditutup atau tidak, itu tidak penting bagi mereka…

Paling merisaukan PAS ialah kehilangan para pemuda yang senang mereka “lembukan” selama ini. Selalunya, golongan inilah yang paling mudah ditipu PAS dengan dakyah yang tidak realistik. Bila pemuda-pemuda ini tertarik dengan dakyah itu, senanglah mereka “dilembukan” nanti, bukan?

Saya fikir, mungkin Pemuda PAS sudah dapat menghidu mengenai sindrom “kekurangan lembu” mereka ketika berlangsung himpunan Blackout505 tempohari. “Lembu-lembu” Pemuda PAS sangat ketara berkurangan jika dibandingkan dengan himpunan-himpunan Bershit dulu…

Bagaimanapun, saya tunggu juga reaksi dari Kerajaan pimpinan Khalid Gagap. Manalah tahu kalau-kalau Khalid akan menerima cadangan dari “buih pepsi cola” itu. Saya akan terus menunggu sambil ketawa melihat Pemuda PAS dimalukan begitu saja hingga ke akhirnya…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

kesiannnnn....PAS memang tak serik serik kena kencing ngan PKR & DAP

Bila Kak Su Bersuara... Heh!