Iklan Berbayar

Ucapan Aidilfitri Mukhriz Dan Rakyat Kedah...

Thursday, July 11, 2013

PARLIMEN GAMAT..!!! RAHMAN DAHLAN "SEKOLAHKAN" HANIPA MAIDIN..!!!

hanipa-maidin

Memang menarik sidang Dewan Rakyat hari ini apabila menyaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan “menyekolahkan” Ahli Parlimen Sepang (PAS), Hanipa Maidin, sehingga tergagap-gagap di Parlimen.

Hanipa cuba membangkitkan soal isu perumahan di Taman Permata yang terletak di negeri Selangor. Rumah-rumah di Taman Permata itu mengalami keretakan serius dan KPKT sebelum ini berjanji akan menyediakan 400 buah rumah bagi menggantikan kerugian penduduk di kawasan itu.

Katanya, Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor sudah memberikan sebanyak 18 ekar tanah pada KPKT, namun kementerian itu dikatakan tidak melakukan sebarang tanda memulakan projek perumahan teres di tanah yang diberikan.


Hanipa mendesak supaya Menteri KPKT selesaikan masalah tersebut dengan segera. Kononnya dia perjuangkan hal rakyat dan tidak berpolitik apabila membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat…

Menariknya, Menteri KPKT begitu “steady” dalam menangani kerenah Hanipa yang merupakan “budak baru” di dalam Parlimen dan cuba bermain politik dengan menggunakan nama rakyat.

Sudahlah baru dapat kerusi dalam Parlimen, terkinja-kinja mahu diberi ruang dan tidak hormat pada Speaker Dewan hingga ditegur beberapa kali. Nama saja peguam, tapi tak tahu bersopan dan ikut tatacara di dalam Parlimen? Tak bertamadun sungguh!

Menjelaskan kedudukan sebenar pada Ahli Parlimen Sepang itu, Abdul Rahman memberitahu memang benar Kerajaan pimpinan Khalid Gagap ada memberi sebanyak 18 ekar tanah untuk dibina 400 rumah teres.

Malangnya, Hanipa tidak diberitahu oleh Khalid Gagap bahawa tanah 18 ekar yang diberikan itu merupakan kawasan takungan sumber air Selangor di Sungai Langat. Macam mana KPKT nak bina rumah teres di kawasan takungan air?

Malah tanah itu juga didapati terlibat dengan projek penebatan banjir. Maksudnya, jika dibina 400 buah rumah teres, maka kawasan itu akan menjejaskan kawasan tebatan banjir dan air sungai boleh melimpah ke taman perumahan itu pada bila-bila masa.

Apakah Hanipa sebagai Ahli Parlimen Sepang sanggup bertanggungjawab jika 400 buah rumah itu ditenggelami banjir dan menahan kemarahan para penduduk di kawasan tersebut? Saya yakin Kerajaan BN tidak sebodoh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk menzalimi rakyatnya…

Fakta dari Menteri KPKT itu juga menyatakan bahawa tanah 18 ekar tanah itu juga merupakan laluan paip-paip gas bawah tanah. Sesuaikah dibina taman perumahan di atas tanah itu? Baru saja mahu dipasang cerucuk, sudah ada yang mati terkena letupan paip gas. Hanipa nak tanggung?

Paling mengejutkan, Hanipa tidak terbayangkah sebesar mana tapak tanah seluas 18 ekar itu? Berapa buah rumah yang dapat dibina dalam kawasan seekar tanah? Hanipa sudah periksa? Kalau belum, tak payahlah menyalak di Parlimen!

Untuk keluasan 1 ekar tanah, ia hanya boleh memuatkan sebanyak 12 buah rumah saja. Itu pun rumah yang agak sempit dan sederhana. Dengan 18 ekar tanah yang diberikan Khalid Gagap pada KPKT, berapa buah rumah yang boleh dibina? Hanipa kira sendirilah…

Pada saya, dalam isu yang membabitkan kepentingan rakyat ini, saya melihat bagaimana permainan zalim yang cuba dimainkan oleh Kerajaan pimpinan Khalid Gagap, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor dan Hanipa sendiri.

Kononnya permainan mereka ini mahu mengenakan Kerajaan BN di peringkat Pusat dan sengaja mahu mempermain-mainkan hati rakyat Selangor. Tapi permainan mereka tidak menjadi dan teruk pula “dibelasah” di Parlimen!

Tahniah saya ucapkan pada para penduduk di Taman Permata kerana berikan undi pada Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu dan mempertahan jajahan Khalid Gagap di Selangor. Sudah sedar diri dipermainkan Pakatan Haram atau belum?

Dan sekalung tahniah juga saya ucapkan pada Abdul Rahman Dahlan kerana berjaya “sekolah”kan Hanipa Maidin yang menyerbu “tak pakai helmet”! Harapnya “budak baru” itu buat “homework” sebelum dimalukan di Parlimen pada masa yang akan datang…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

muahhh muahhh muahhh.. patut tambah pasal datum jelatek... muahhhh