Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 12, 2013

PANASSS..!!! SHAHRIZAT VS AZALINA: SIAPA LEBIH MAMPU KUATKAN WANITA UMNO?

Siapa bakal jadi "Iron Lady" ganti Rafidah dan Aishah Ghani..?
Dicelah-celah seronok menikmati Ramadhan dan kehangatan PRK di Kuala Besut, wanita UMNO mencuri sedikit tumpuan aku bila dikatakan ada pertembungan di kerusi no.1, Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Mami Ijat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai penyandang akan dicabar oleh bekas penaja dan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina. Hmmmm... menarik! Masing-masing ada kelebihan masing-masing...

Aku sokong siapa? Korang rasa? Korang nak aku take side? Aku sebenarnya tak pernah jumpa Mami Ijat atau Azalina secara personal. Selalunya kat sidang akhbar, majlis atau program tertentu saja. Tak pernah sembang berdepan...
Aku ikut perkembangan kedua-dua calon Ketua Wanita UMNO ni. Dan aku rasa sebagai ahli UMNO, aku wajar memilih dan menyokong mana-mana pihak yang aku rasa sesuai. Itu hak aku. Walaupun aku tak boleh undi dalam wanita, rasanya aku boleh beri pandangan aku, kan?



Mami Ijat ni naik jadi Ketua Wanita UMNO di zaman Pak Lah. Dalam ertikata lain, dia kalahkan Tan Sri Rafidah Aziz dalam pertandingan yang sama di zaman Pak Lah dan KJ.


Korang pelik tak? Camana Mami Ijat boleh kalahkan "the iron lady"? Rafidah memang kuat gila dalam Wanita UMNO. Dia memang perform sebagai Menteri MITI. 

Siapa tak kenal Rafidah? Investor dari dalam dan luar negeri pun percaya kat dia... Dia memang boleh buat kerja dan memimpin. Tapi dia kalah pada Mami Ijat yang masa tu tak ada nama. Aku pelik sikit kat situ....

Lepas tu, Mami Ijat jadi Menteri Wanita. Rafidah terus tak dilantik jadi Menteri walaupun dia menang di Kuala Kangsar. Pak Lah tak letak nama Rafidah dalam kabinet pun.

Pada tahun 2008, Mami Ijat kalah pada Nurul Izzah, budak mentah anak Anwar Berahim di Lembah Pantai. Memang kecoh time tu. Wanita UMNO sikit punya kuat ke, tapi Ketuanya kalah di Lembah Pantai...

Tapi Mami Ijat terus jadi Menteri sehinggalah skandal NFC tercetus oleh seekor lembu yang bernama Rafizi. Masa tu, Mami Ijat tak disambung kontrak sebagai senator dan tak jadi Menteri dah. Settled pasal Mami Ijat...

Tapi Azalina lain. Dia ni berasal dari Puteri UMNO di zaman Tun M. Mungkin Tun M tengok Azalina ni ada potensi jadi pemimpin, Tun M suruh Azalina tubuhkan Puteri UMNO. Azalina jadi penaja time tu...

Masa Puteri ditubuhkan, imej Puteri memang marvelous! Aku tak nafikan. Masa tu, boleh dikatakan hampir seluruh mahasiswi di IPTA sokong Puteri UMNO. Depa masuk Puteri UMNO ramai-ramai. Buktinya, tengok masa program pelancaran penubuhan Puteri dulu... penuh stadium beb!


Masa tu Puteri UMNO memang kuat. Sebab apa? Sebab kebijaksanaan Azalina yang mahu semua Ketua Puteri UMNO tu educated, mesti ada degree dan paling kurang pun diploma. Beza pemikiran antara golongan educated dan tahap SPM boleh dilihat pada Puteri UMNO dulu dan sekarang...

Dulu, otak-otak yang lead Puteri UMNO semuanya pickup.. cepat tangkap strategi, arahan dan bijak menyesuaikan diri sebagai pemimpin politik. Cuba tengok Ketua-Ketua Puteri di zaman Azalina, semuanya tiptop dan berjaya menempatkan diri dalam dunia politik...

Rosnah Shirlin, Noraini, Suraya, Bibi Sharliza, Shahaniza Shamsuddin, Nordiana... ramai lagi la kalau aku sebut... semuanya dari team Azalina dulu. Semuanya mantap-mantap dan berjaya jadi pemimpin yang berjaya...kan?

Masa tu, Puteri memang hebat dan kehebatan tu menurun lepas Azalina tak jadi Puteri lagi dah. Masa tu Azalina jadi Menteri KBS atas lantikan Tun M. Azalina time tu cipta sejarah bila dia berjaya jadi Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Wanita jadi Ketua Bahagian tu bebbb... 


Di zaman Pak Lah, Azalina tak leka jadi Menteri. Digugurkan. Tak tahu la kenapa. Khabarnya disebabkan identiti "tomboy". Tapi aku dengar, Pak Lah dan KJ tak lantik dia jadi Menteri dulu sebab dia dikatakan "orang Tun M"..! Tak tahu la betul ke tidak...

Masa PRU ke-13 hari tu, Mami Ijat tak lekat jadi calon walaupun dia Ketua Wanita. Tak tahu la kenapa. Tapi yang pasti, mungkin DS Najib fikir Mami Ijat bukan lagi "winnable candidate". Azalina pulak menang di Parlimen Pengerang.. cuma dia tak dilantik jadi Menteri saja...

Nah! Aku dah ceritakan pasal prestasi kedua calon Ketua Wanita UMNO tu. Aku tak cerita pasal isu depa masing-masing. Kena fair and square la kan... Isu-isu tu semuanya mainan pembangkang. Tak boleh pakai pun isu-isu dari pembangkang ni...

So, pandai-pandai la para Wanita UMNO pilih nanti. Yang penting, pilihlah calon yang berdaya maju untuk jangka panjang, inovatif, kreatif, bersemangat waja, pandai buat kerja, pandai jaga kaum hawa dan yang paling penting, ada kriteria yang mampu mengukuhkan kembali Wanita UMNO...

Pada aku, aku sokong Azalina. Itu hak aku. Jangan tanya kenapa. Tapi memang aku pilih dia atas sebab-sebab aku sendiri. Bukan aku tak suka Mami Ijat. Mami Ijat pun bagus jugak. Tapi aku lebih yakin pada Azalina... korang buat la pilihan sendiri... aku tak persoal pun pilihan korang... heh!

2 comments:

Anonymous said...

Carik orang lain lah.

Dah muak nengok muka2 yang sama bertahun2.

Anonymous said...

Salam.

Saya pun kalau boleh saya pilih azalina...pernah ckap dengan seorang polis dari johor...dia cakap camne azalina jaga kawasan dia..powerr...

Azalina lagi bes perform dari kat jat...orang tak malu masuk puteri umno masa azalina jadi ketua...

Budakteranung

Bila Kak Su Bersuara... Heh!