Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 8, 2013

PANASSS..!!! PAS KEDAH, UMNO KEDAH DAN PRU14...

Korang rasa PAS kat Kedah ni kuat ke? Kuat sangat? Ye ke? Abis tu kenapa depa boleh kalah teruk pada tahun 2004, menang pada 2008 dan kalah simple majority pada 2013? Korang tahu kenapa? 

Kalau aku ambil maklumat dari UMNO atau agensi-agensi kerajaan, mungkin korang rasa kurang tepat, berat sebelah dan sebagainya... 

Tapi maklumat ni aku ambik dari orang kuat PAS sendiri dan meh sini aku cerita kat korang apa fakta serta maklumat yang kita boleh dapat dari orang kuat PAS Kedah yang duduk di Wisma Darulaman sebelum ni...heh!


Dia ni bukan orang lain, pangkat "pak menakan" aku jugak ni. "Uncle" ZulYa... heh! Cuba baca betul-betul fakta dia kat bawah ni...
Benarkah keputusan pilihanraya adalah adalah gambaran atau ukuran kekuatan PAS? Saya ingin merujuk situasi di Kedah untuk menjelaskannya. PAS menang di Anak Bukit (10.56 % pengundi Cina), Pengkalan Kundor (22.82 %), Kubang Rotan (27.3 %), Alor Mengkudu (23.96 %), Kuala Ketil (6.75%, I: 10.58 %) dan Merbau Pulas (13.35 %, I: 18.80 %). Jika tanpa undi Cina PAS atau bukan Melayu adakah PAS mampu memenangi kerusi tersebut? Kecuali Anak Bukit, selainnya hampir pasti PAS kalah.
Hanya tiga kerusi yang mampu dimenangi PAS tanpa bantuan undi Cina iaitu Tokai (Melayu 90.88 %), Bukit Pinang (M 93.04 %) dan Sungai Limau (M 93.19 %). Jika dicampur dengan Anak Bukit, bermakna hanya empat kerusi mampu dimenangi PAS, tanpa bantuan Cina. Kedudukannya lebih buruk dari PRU 2004 di mana PAS mampu menang 5 kerusi DUN. Jadi tidak tepat untuk mengukur kekuatan PAS berdasarkan keputusan pilihanraya.

Merujuk dari fakta-fakta dan peratusan yang "Uncle" ZulYa "aku" kata ni, DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS pada aku adalah berpunca dari undi orang Cina di Kedah. Majoriti depa bagi kat calon-calon PAS.

Kalau nak harap undi dari orang PAS saja, PAS hanya mampu dapat 4 kerusi saja di Kedah. Jadi secara tak langsung, PAS Kedah memang bergantung harap kat undi orang Cina saja untuk menang, kan?

Bukan aku kata semua orang Cina bagi undi kat PAS dan Pakatan Haram. Tapi majoritinya begitu. Padahal, bilangan pengundi MCA dan Gerakan kat Kedah ni boleh tahan ramainya..kan? 

Apa kita nak buat dengan depa ni? Masih lagi kita nak "tolong" depa atau kita "tegas" kat depa lepas ni? Islam kata..."kita orang Islam berkasih sayang antara saudara seagama dan bertegas (dan adil) pada golongan bukan Islam", kan?

Aku rasa, kita ikut cara Islam la yang terbaik. Kita tegas dan adil pada orang Cina kat Kedah ni. Bukan nak balas dendam, kita cuma buat kerja cara Islam. Lepas ni jangan marah la kalau kita dah bagi muka kat orang Cina, kan? Tapi kita ikut hukum dan undang-undang laaa...heh!

Satu lagi, dengan kenyataan "uncle" ZulYa "aku" yang sedang dihentam hebat puak-puak PAS sendiri tu, itu membuktikan PAS Kedah ni memang tak kuat pun! Depa bergantung kat orang Cina saja. Kalau orang Cina tak bagi undi, depa hanya dapat 4 DUN saja laaaa...heh!

Kalau cakap pasal kemenangan 4-0 kat Kuala Kedah tu, tu bukan pasal PAS kuat kat situ pun. Tu pasal undi Cina saja. Lagipun, setahu aku dan ramai orang UMNO Kuala Kedah sendiri akui bahawa UMNO kat bahagian tu caca-merba sikit...ehhh silap... caca-merba banyakkk...heh! Luar kawalan...

Kali ni BN menang di Kedah dengan simple majority. Aku yakin, kalau kena dengan strategi dan taktikal yang selaras, tak mustahil BN akan menang majoriti pada PRU14 nanti. Cuma nak selaras tu la yang pening kepala sikit tu...heh!

Anyway, aku dengar akan berlaku rombakan di peringkat UMNO Negeri. Itu bukan hak aku nak bersuara, itu hak DS Najib. Tapi aku terus terang kat sini, sekarang ni UMNO Negeri tak boleh nak berjalan atas sebab-sebab tertentu. 

Takleh salahkan UMNO Kedah, Tok Bashah atau Mukhriz dalam hal ni. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah tu masih tunggu jawapan dari DS Najib. Kalau DS Najib dah bersuara nanti, barulah UMNO Kedah boleh ligat balik macam sebelum ni...harap maklum pasal hal ni...

Aku dan rakan-rakan akan terus berjuang macam biasa. Pada aku, undi dari saluran 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 masih belum memuaskan hati aku. Dalam masa yang sama, undi dari saluran 1 dan 2 perlu dijaga...

Apa yang aku tahu, perjuangan aku belum selesai... korang macamana pulak?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!