Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 29, 2013

MINDSET PENGARAH INSTITUT PEMIKIRAN FADZIL NOOR MENGHINA ORANG KAMPUNG..!

info
Baru lima hari PAS tewas sekali lagi di tangan BN di PRK Kuala Besut, namun ada pihak di dalam parti itu yang sudah berani berkurang ajar terhadap masyarakat luar bandar, khususnya di DUN tersebut. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Hafiz Mansor, Pengarah Operasi Institut Pemikiran Almarhum Fadzil Noor (INFO).

Dalam tulisannya baru-baru ini di Harakahdaily, dia mahu PAS mengadakan “majlis-majlis ilmu” di surau dan masjid sebagaimana yang dilakukan di bandar-bandar. Kononnya, UMNO “takut” dengan gerakan itu.

Membaca tulisannya itu, dia seolah-olah membayangkan bahawa masyarakat di luar bandar ketinggalan dari sudut ilmu Islam sehingga tergamak memberi undi pada UMNO/BN.


Malah lebih menyakitkan hati, dia membayangkan majlis ilmu itu seumpama gerakan dakwah Rasulullah SAW terhadap golongan musyrikin Mekah dan mampu mengubah “mindset” untuk menyokong PAS!

ScreenHunter_01 Jul. 29 04.03
Pada saya, kenyataan Pengarah INFO PAS ini benar-benar satu penghinaan kepada masyarakat luar bandar, khususnya di Kuala Besut.

Ia seolah-olah membayangkan mereka sebagai kurang pengetahuan mengenai fahaman dan ilmu Islam. Kononnya kalau mereka faham tentang Islam maka mereka akan memilih untuk memberi undi pada PAS pula bunyinya…

Pada hemat saya, sama ada masyarakat itu dari bandar atau luar bandar, mereka adalah sama saja. Yang membezakan mereka ialah sama ada mereka memegang prinsip ajaran Islam yang sebenar atau terpesong dengan dakyah PAS yang menjual agama untuk kepentingan politik. Itu saja.

Siapa kata UMNO takut dengan majlis-majlis ilmu? Malah UMNO sendiri boleh dikatakan selalu mengadakan majlis dan program keilmuan secara khususnya mengenai agama Islam di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara.

Lebih membanggakan, majlis-majlis itu semuanya tidak berbaur politik, tidak menjual agama dan begitu fokus kepada ilmu Islam secara fundemantel. Malangnya, orang-orang PAS malas untuk hadir ke majlis-majlis ilmu anjuran kerajaan UMNO/BN.

Berbanding dengan majlis-majlis ilmu PAS, mereka lebih gemar menghentam musuh-musuh politik mereka di dalam ceramah agama mereka. Ya, memang mulanya mereka berbicara mengenai agama, tapi kemudiannya mereka lebih banyak berpolitik di dalamnya…

Sebagai contoh, Kerajaan PAS Negeri Kedah sebelum ini menganjurkan majlis kuliah agama di kediaman MB pada setiap minggu. Memang ramai kehadirannya dan menurut sumber yang saya perolehi, kuliah itu mendapat sambutan penyokong PAS kerana intipatinya diselitkan elemen politik!

Bila Kerajaan Negeri Kedah diambil alih oleh BN, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai MB telah bertindak mengharamkan kuliah politik tersebut dan menggantikannya dengan majlis kuliah agama yang sebenar.

Peliknya, bila beliau mengadakan kuliah tersebut pada setiap hari Sabtu, tidak ramai pula puak PAS yang mahu hadir di majlis ilmu berkenaan. Mungkin benar bahawa PAS hanya tertarik pada “perdagangan menjual Islam untuk politik” berbanding terhadap Islam yang sebenar, kan?

Saya menyarankan pada Mohd Hafiz supaya mengesa kepimpinan PAS untuk menukar “mindset” para pengikut agama PAS. “Mindset” masyarakat Islam sebenarnya dilandasan yang betul dan “mindset” para pengikut PAS saja yang perlu diperbetulkan.

Lebih elok lagi, saya sarankan supaya “tuan pengarah” INFO itu betulkan dulu “mindset”nya sendiri sebelum dia diperbetulkan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Bukan apa, masyarakat Islam di negara ini makin ramai yang tinggalkan kepalsuan PAS, dia bila lagi?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

Dimana ada PAS disitu ada pepecahan ummah. Dimana ada pepecahan ummah disitu ada penindasan terhadap umat dan agama Islam oleh DAP. PAS suka keadaan ini kerana disitulah cara ia mendapat pengaruh, kuasa dan makanan hasil sedekah karung dan sumbangan DAP.

PAS terus rosak selagi bersama DAP.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!