Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 6, 2013

MAAF...! BILA DUKE SANGGAH PROFESOR... #ABCD

prof 1

Saya bukan seorang profesor. Profesor Madya pun bukan. Ijazah kedoktoran pun saya tak miliki. Cuma mungkin saya akan berusaha ke arah mendapatkan ilmu sehingga ke tahap tersebut sehingga ajal menjemput saya pulang ke rahmatullah…

Namun saya sangat tertarik dengan ulasan seorang profesor dari UKM, Profesor Dr Samsudin Rahim yang dijemput menjadi panel sebuah forum yang dianjurkan di UiTM baru-baru ini.

Katanya, jika DAP memiliki “Red Bean Army”, apa kurangnya dengan BN yang mempunyai cybertroopers di alam internet. Dari sudut kata-katanya itu, mungkin beliau seolah-olah cuba menyamakan Red Bean Army dengan pejuang-pejuang maya pro-UMNO/BN.


“Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera)yang namanya tak didedah. Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah. Sesiapa sahaja yang dapat ‘sampai’, tepat ‘bunuh’ orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang,” – Profesor Dr Samsudin Rahim.

Saya sebenarnya tertanya-tanya, siapa yang menjemput profesor itu ke majlis forum berkenaan kerana kenyataannya itu pada saya tidak tepat sama sekali. Kenyataan itu bukan saja tidak layak dilabelkan sebagai “separuh masak”, malah sebenarnya “langsung tak masak”!

Maaflah profesor sekiranya penulisan ini menyinggung daya intelek seorang profesor. Namun saya fikir profesor perlu membuat “homework” sebelum hadir ke majlis forum berkenaan.

Nampaknya profesor tidak kenal dan tidak mengikuti perkembangan dunia siber, tapi cuba menggagahkan diri untuk bercakap mengenai Red Bean Army dan pejuang-pejuang maya pro-UMNO/BN di negara ini.

prof

Tidakkah profesor tahu tentang kepakaran Red Bean Army mencipta fitnah, persepsi negatif dan menyemai pengaruh yang mampu mencemar keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara ini?

Tidakkah profesor mengulangkaji isu mengenai bagaimana video “blackout” yang dipercayai dikeluarkan Red Bean Army kira-kira setengah jam selepas Perdana Menteri mengumumkan kemenangan BN di peringkat pusat?

Saya kira, itu hanya di antara contoh corak permainan Red Bean Army yang perlu profesor tahu. Itu belum lagi disebut mengenai dakwaan propaganda mereka mengenai 40,000 pengundi Bangla yang kononnya diimport masuk untuk mengundi BN!

Sebenarnya banyak lagi fitnah, tohmahan, gerakan propaganda berbau jijik dan persepsi buruk yang tidak benar telah menjadi mainan Red Bean Army untuk dihidangkan pada rakyat negara ini. Mungkin professor sendiri termakan propaganda Red Bean Army itu secara tidak disedari?

Tapi para pejuang maya pro-UMNO/BN tidak begitu sifatnya, profesor. Boleh dikatakan hampir semua dari kalangan kami yang tidak mengamalkan propaganda fitnah jahat, permainan kotor mahupun gerakan yang mampu menimbulkan kesan negatif pada masyarakat.

Mungkin ada segelintir di kalangan kami yang cuba meniru gaya Red Bean Army itu. Tapi mereka tidak berjaya dan “kantoi”. Kenapa? Kerana kami para pejuang pro-UMNO/BN memang tidak pandai menipu atau menfitnah seperti Red Bean Army. It’s not our nature…

Memang benar kata profesor, siapa yang bijak dan tepat “tembakan”nya, maka mereka akan menang. Malangnya, Red Bean Army memang sentiasa bijak mencipta fitnah dan kerana kepakaran itulah maka “tembakan” mereka itu selalunya dipercayai ramai dan mencipta sifat negatif rakyat terhadap BN.

Saya akui, para pejuang maya UMNO/BN tidak bijak untuk membuat fitnah. Tapi apakah kerana tidak pandai memfitnah itu maka para pejuan UMNO/BN layak dilabelkan merbahaya dan perlu dikekang sebagaimana Red Bean Army?

Justeru itu, sebab itulah Red Bean Army perlu segera disiasat dan dikekang dari terus mencetus ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. Sudah lebih lima tahun mereka membuat onar, takkanlah kita hanya berdiam diri membiarkan mereka menghancurkan Malaysia sewenang-wenangnya?

Maafkan saya sekali lagi sekiranya penulisan ini menyanggah kehebatan pemikiran intelek profesor. Namun pada saya, profesor perlu dapatkan fakta-fakta jelas dari mereka yang sudah bertahun-tahun berada di alam dunia siber. Harap maklum…

Sumber: Mykmu.net

7 comments:

Anonymous said...

Tak semua Professor cerdik. Profesor di Malaysia kebanyakkannya tidak hidup dibumi nyata. Sibuk buat research paper duduk dalam bilik sendirian, tak campur orang. Pastu bentang kertas kerja utk KPI bukan untuk pembangunan ummah dan kesejahteraan negara. RBA pun dia tak kenal tapi nak komen...?

Pertahankan Islam, Melayu dan Malaysia tercinta.

Anonymous said...

Tak semua Professor cerdik. Profesor di Malaysia kebanyakkannya tidak hidup dibumi nyata. Sibuk buat research paper duduk dalam bilik sendirian, tak campur orang. Pastu bentang kertas kerja utk KPI bukan untuk pembangunan ummah dan kesejahteraan negara. RBA pun dia tak kenal tapi nak komen...?

Pertahankan Islam, Melayu dan Malaysia tercinta.

Anonymous said...

Betul ke dia prof? Mcm bukan jek, aku ingatkn pangkat prof ni bijak2, rupa ada jugak sengal dia, wei prof, baca statemen aku ni.. BILA ADA FITNAH DIMEDIA MAYA JADI NAK TANGKIS PUN GUNA MAYA, KITA MENANGKIS FITNAH, BUKAN BPERANG, TAKKAN NAK TANGKIS GUNA SMS.. sekian.

Anonymous said...

Orang kalau kaki ampu pakai jek 50 tan, tak naik ampu dia, akan pakai pulak jek 100 tan. Mesti naik punya. Kadang-kadang yang tukang jek ni tak kira muatan. Sisa bahan kimia ke, taik babi ke atau macam-macam lagi. Kalau salah jek ... tumpah ... kena kat muka pembodek ni lah. MOTS orang macam kita yang masa muda tak mampu belajar untuk jadi "cendiakawan" tak mestinya bangang/baghal. Orang macam kita yang takde ijazah bergulung-gulung jangan di anggap bodoh. Jadi yang pandai jangan main cakap kerana nak mengampu! Macam kata pepatah "cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh di ajar" Sokong BBB. Sokong BBCD

Anonymous said...

letakkan akta multimedia selari dgn akta hasutan dan akta ISA.

Anonymous said...

Itu sebablah di Ukm beliau di kenali sebagai Profesor KANGKUNG Dr Samsudin Rahim.

maae said...

Kenapa di UITM ? Jika di perhalusi, bintang lima dap sudah mula menyusup masuk. Bintang 3(RBA) kelak menyusup kemudian jika tidak di pantau. Alam siber sekarang lebih tajam dari mata pedang. Percaya lah. Sdr tentu sudah baca blog Helenang tentang bagaimana licik permainan mereka. Awasi UITM!

Bukan semua Prof. atau Dr. penyokong kerajaan. Bukan semua mereka percaya pada ugama malah ada yang freethinker!

Ini kejahatan manusia yang sentiasa ingkar dengan perintah Allah SWT. Kejahatan yang tidak lagi mengenal status diri nya. Kejahatan yang konon duduk dalam golongan elitis, berpengaruh.

Itu kenapa Qabil dan Habil berbunuhan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!