Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 22, 2013

LIVE TERKINI DARI PRK DUN KUALA BESUT..!!!


Aku masih di Kuala Besut. Tapi terkena "angin" pantai timur ni, agak mudah pulak kena demam. Yup, aku kurang sihat. Tapi aku masih mampu lagi bertatih mengagahkan diri bagi mempertahankan kemenangan BN di DUN Kuala Besut ni...

Aku masih mampu berpuasa dan meluangkan masa ke PDM Bukit Puteri yang menjadi tumpuan aku sejak berada di Kuala Besut. Boleh dikatakan setiap malam aku "meronda" di kawasan tersebut sama ada berseorangan mahupun bersama rakan...

Dari pengamatan aku, kalau diizinkan Allah, BN tidak punya masalah untuk pertahankan DUN Kuala Besut. Tapi semuanya bergantung pada kehendak Allah SWT... kita hanya mampu merancang dan Dia yang tentukan segalanya, bukan?



PAS tidak sekuat mana di Kuala Besut. Dari segi calon, Che Long memang calon yang baik, tapi kurang sesuai.

Kenapa? Sebab Che Long bukan ahli politik. Che Long tu ahli perniagaan dan tak reti berpolitik. Kalau cakap pasal projek atau untuk rugi syarikat, memang dia "ahli". Tapi kalau cakap pasal politik, memang hancur. Sebab tu PAS arahkan dia "tutup mulut"...

Che Long ni memang baik. Dah lama dia jadi "ah long" kat Kuala Besut ni. Dia bagi pinjam duit kat majoriti nelayan kat Kuala Besut. Bila dapat hasil tangkapan nanti, nelayan ni kena bayar la hutang depa kat Che Long... lebih kurang "ceti" dan "ah long" la jugak dia ni...

PAS gunakan kelebihan tu untuk menangkan Che Long di Kuala Besut. Kononnya lepas terhutang budi pada Che Long, maka depa akan undi PAS di PRK Kuala Besut ni....

Problemnya, betul ke percaturan PAS tu? 

Heh! Kalau korang ada kat Kuala Besut dan korang bercampur dengan masyarakat nelayan di situ, korang akan tahu cerita. Kalau setakat datang Kuala Besut ikut pemimpin, payah la sikit nak dapat cerita ni...kan?

Kalau korang tengok kat jeti Kuala Besut, korang akan tengok banyak bot-bot nelayan dan bot pelancong yang pacak bendera BN di bot depa. Tapi untuk pengetahuan korang, tak semuanya sokong BN pun... ada segelintir dari depa yang letak bendera tu untuk "cari makan"...

Contohnya, baru-baru ni TPM datang jeti Kuala Besut dan umum sistem saraan nelayan (SSN). Rupanya segelintir nelayan pro-PAS tu nak SSN tu dan depa sengaja letak bendera tu. Jadi, diorang takde la malu kat kengkawan nelayan diorang yang lain... kononnya diorang pun sokong BN laaa...

Padahal, nelayan-nelayan yang selama ni memang pro-BN tu tahu tentang taktik depa tu. Tapi ye laaa... kengkawan, kan? Diorang layan je laaaa... heh!

Pada aku, jentera UMNO/BN di Kuala Besut kena double effort pada PRK Kuala Besut ni. Jangan rasa dalam "comfort zone". Kena kerja kuat lagi dan dapatkan kedudukan sebenar. Tulis report yang betul dan bukan report yang hanya nak "sedapkan hati boss"...

Aku orang luar. Bukan pengundi di Kuala Besut pun, Itu pandangan aku selepas beberapa hari dok melepak kat jeti dan area nelayan kat Kuala Besut ni. Apapun, kita teruskan kempen dan berjuang hingga ke saat terakhir...

PAS tak kuat mana pun dan kita boleh menang kalau kena dengan caranya, kan?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!