Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 31, 2013

KENAPA BLOGGER KURANG UPDATE BLOG DI BULAN RAMADHAN?

Bersamalah kita yer....
Baru-baru ni lepas terawikh, aku terserempak dengan seorang rakan yang mengenali aku sebagai seorang blogger. Dia mengikuti penulisan aku sejak aku mula berkecimpung di dalam dunia blog dan portal sejak awal lagi pada tahun 2004...

Dia tegur aku, kenapa aku jarang up-date blog di bulan Ramadhan? 

Aku tersengih. Aku jawab, aku masih aktif menulis di portal dan kalau masa terluang, aku ada jugak la menulis sikit-sikit di blog aku ni...


Aku kata, di bulan Ramadhan ni aktiviti aku dalam dunia blog ni agak terhad sikit. Bukan apa, selalunya pada bulan Ramadhan, aku akan beribadah lebih sikit dari bulan-bulan biasa...

Bukan apa, aku ni bukannya manusia yang sempurna. Aku akui sebagai manusia biasa, aku tidak terlepas dari melakukan dosa. Dan selain memohon keampunan dari Allah, aku perlu cari bekalan lebih sikit di bulan Ramadhan ni...kan?

Ye laaa.. sekarang ni aku masih sihat dan mampu beribadah. Manalah tahu kalau lepas ni aku sakit dan payah nak beribadah, kan? Apatah lagi kalau Allah ambil balik nyawa yang Dia pinjamkan kat aku ni... cukup ke bekalan aku di dunia akhirat nanti, kan?

Tugas aku sebagai blogger pada aku adalah salah satu tanggungjawab aku sebagai muslim yang sayangkan tanahair aku. Ia adalah antara ibadah aku jugak. Kata ustaz, kita akan "syahid" kalau gugur terkorban ketika mempertahankan tanahair...

Aku tak tahu. Kalau aku mati nanti, apakah Allah akan berikan status "syahid" pada aku. Semua tu aku serah pada-Nya. Aku ni hambaNya, Dia lebih layak untuk menilai tentang hidup mati aku...

Aku ni bukannya bagus sangat. Kadang-kadang aku terlajak jugak ikut syaitan. Sementara syaitan kena rantai ni, apa kata kalau aku bersihkan diri dari segala kekotoran yang syaitan palit dalam hidup aku... tak rugi, kan? 

Jadi, mungkin sebab tu la jugak aku kurang sikit update blog... So sorry. Ranking jatuh? Hmmm... aku tak pernah hirau pasal ranking pun. Aku tahu siapa aku dan aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu kemampuan aku dan aku tahu perjuangan aku...

InsyaAllah, lepas raya nanti aku akan aktif berblog sekerap mungkin.. Itupun kalau Allah izinkan. Kalau ajal aku dah sampai nanti, aku harap aku cukup bekalan...sebelum maut menjemput, maka aku rasa aku perlu kumpul la bekalan sebanyak mungkin, kan? Tak gitu?

Sesama la kita beribadah di bulan Ramadhan ni... Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..heh!

P/s: Tapi kadang-kadang jari jemari ni rasa gian nak menulis jugak.. sehari tak menulis rasa tak puas pulak... doakanlah yer...heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!