Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, July 4, 2013

KALAU AZEEZ RAHIM NAK MARAH AKU, MARAH LAAA.. AKU TETAP SIARKAN GAMBAR-GAMBAR PANAS NIHH..!!!

Mahfuz "Bean" mampu buat pahala macam Azeez?
Baru ni sebagaimana yang kita tahu, Datuk Azeez Rahim dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji. Ramai jugak yang kata lantikan tu tak sesuai dan tak setuju. Dan ramai jugak yang siap kutuk-kutuk Azeez atas lantikan tersebut...

Siapa Azeez Rahim ni sebenarnya? Korang kenal? Yup.. Terus terang, aku dulu pun tak berapa suka kat Azeez. Macam-macam perkara tak berapa sedap aku dengar pasal dia. Tak kurang jugak, macam-macam orang gelar dia. Azeez rempit la... Azeez mamak la.. macam-macam...

Aku tak pernah kenal dia, tak pernah jumpa dia dan tak pernah sembang dengan dia. Tiba-tiba pulak bila dengar benda tak elok pasal dia, maka aku jadi tak suka kat dia. Aku nak tanya, adil ke sikap aku time tu? Bila aku pikir balik, aku rasa tak adil...


Nak dijadikan cerita, satu hari boss aku suruh aku ikut Azeez ke Myanmar. Misi bantuan kemanusiaan di wilayah Rakhine. Mulanya malas aku nak ikut mengenangkan misi tu Azeez yang ketuai. Tapi pasal nak rasa pengalaman cover story di wilayah bergolak, aku setuju untuk ikut...

Etnik Islam Rohingya berbaris lebih kurang 1 km menyambut kedatangan kami... sebak aku beb...!
Dan kalau korang nak tahu, misi tu la yang jadi titik tolak aku berubah persepsi kat Azeez. Dulu aku tak suka dia, tapi sekarang ni dah berubah... Apa yang berubah? Meh sini aku ceritakan...

First time aku jumpa dia kat opis dia kat Jalan Tun Sambathan tu. Kena submit passport dan gambar, nak buat visa clearance katanya. Dia salam aku sambil tersenyum. Dia memang ramah. Lepas tu dia suruh pegawai dia layan aku A to Z untuk urusan passport dan visa tu...

Masa tu dalam hati aku kata.. okay gak mamat ni..

Kami bertolak ke Myanmar. Sampai ke Rangoon, dia stay kat situ satu malam dan dia bagi taklimat. Katanya, kami ke Myanmar tu bukan nak main-main atau makan angin. Kami bawa suara dan simpati rakyat Malaysia dan PM untuk umat Islam kaum Rohingya yang tertekan kat sana...

Pagi tu sebelum kami bertolak, aku sempat sembang dengan dia masa breakfast. Tak perlu la aku ceritakan apa yang kami sembang. Tapi mula detik tu, aku dah mula respect dan "kenal" siapa Azeez Rahim... 

Kalau korang kena kawal cam ni kat kampung, apa korang rasa? Siap pakai senapang tu bebbb... bila-bila boleh mati...
Actually, dia cerita pengalaman dia dengan Pak Lah, misi rempit terjun payung kat kutub utara, dan katanya, misi ke Myanmar ni la yang paling payah, sukar, berisiko tinggi dan dapat banyak tekanan, khususnya dari Kerajaan Myanmpar yang agak "dingin" pada misi tu...

Bagi mengatasi semua tekanan tu, Azeez terpaksa buat macam-macam untuk jayakan misi tu. Nama misi terpaksa ditukar, nama Rohingya terpaksa dibuang. Kami kena bantu golongan bukan Islam kat Rakhine tu jugak atas permintaan Kerajaan Myanmar (padahal, kami nak tolong orang Islam Rakhine)...

Ada sekali tu kami ke kuil sami buddha untuk hantar bantuan. Seorang wartawan perempuan dengan kami tu pakai tudung. Sami tu ludah depan wartawan tu. Dan lepas tu kami tahu depa tak "welcome" kami kat situ..

Sambil snap gambar, bergenang air kat kelopak mata aku...kenapa ekk? adehhh...
Tapi Azeez bijak tenteramkan keadaan. Dia betul-betul jaga keselamatan kami. Kami diawasi rapi oleh pegawai-pegawai keselamatan Myanmar. Dan kami standby.. mana la tahu, kan? Khabarnya tok-tok sami kat situ nak buat demo kat kami...tapi depa tak jadi buat.. kenapa? Sebab Azeez..!

Aku tengok, Azeez angguk kepala saja masa Kerajaan Myanmar suruh bagi bantuan kat golongan bukan Islam. Tapi masa kami buat misi bantuan tu, selamba je dia arahkan driver belok ke kampung-kampung orang Islam Rohingya. 

Modus operandinya senang. Pagi kami keluar, mula-mula Azeez bawa masuk kampung Myanmar bukan Islam.  Lepas tu ke kampung orang Islam, lepas tu orang Islam lagi dan lepas tu pun kami ke kampung orang Islam. Last sekali sebelum balik pun, kami masuk hantar bantuan kat kaum Islam Rohingya...heh!
3 - 4 orang wartawan dan jurugambar menangis sakan kat sini.. aku tak berani pergi dekat... silap-silap dengan aku sekali pun meraung kat situ... huwaaaa...!
Amacam? Bijak tak "politik" Azeez? Sekali je dia masuk kampung bukan Islam dan selebihnya semuanya kami hantar bantuan kat kampung orang Islam Rohingya... Heh! Pening kepala pegawai kerajaan Myanmar tu dia kona sana sini...heh!

Aku terus terang, misi tu memang berjaya bro. Aku kat sana, aku tau laa... Lepas balik dari Myanmar, Azeez buat macam-macam misi lagi. Tak silap aku, dia buat misi ke Jordan, Gaza dan sebagainya. Aku tak ikut misi dia... sebab busy buat gerak kerja kat Kedah...termasuk Baling, heh!

Pada aku, Azeez ni dah berubah. Dulu mungkin dia ni "problem" sikit. Alaaa... biasa la masa muda, kadang-kala kita pun buat silap macam dia jugak. Tapi mungkin lepas dia pegi haji hari tu, Azeez dah berubah... mungkin Allah dah buka hati dia untuk berubah ke arah kebaikan...

Tengah panas terik, kami disambut dengan alunan surah-surah lazim oleh kanak-kanak etnik Islam Rohingya ni... sayu betul aku...
Maksud aku, lepas dia balik haji, misi-misi yang Azeez buat tu kebanyakkannya ada kena mengena dengan kepentingan umat Islam. Misalnya, misi ke Gaza..kan? Jadi, aku sendiri tak hairan kalau PM pilih Azeez jadi Pengerusi Tabung Haji. Dia memang layak pun...

Lagipun, mana ada manusia kat dunia ni yang sempurna kecuali Rasulullah SAW...kan? Sama la dengan Azeez, dia pun tak sempurna. Tapi memandangkan dia berani berubah ke arah yang baik, aku respect dan hargai khidmat dia kat umat Islam...

Azeez sebenarnya banyak buat pahala. Masa korang tengah tidur dengan isteri, tengok bola BPL, layan teh tarik kat kedai mamak, tengok wayang dengan awek dan melancong ke luar negara, Azeez sebok buat pahala di Myanmar, Gaza dan sebagainya...
Apakah balasan dari Allah SWT yang menyaksikan Azeez mengembirakan kanak-kanak Islam Rohingya ini..?
Masa korang asyik dok sebok kutuk Azeez, dia tengah sebok hulur bantuan kat umat Islam di dalam dan luar negara. Siapa dapat dosa dan siapa dapat pahala? Tu korang pikir dan jawab sendiri dalam hati...

Ada orang kata Azeez tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji, kononnya dia takde pengalaman uruskan dunia korporat. Penipu la weiii..!!! Cuba baca kat sini dan tengok sendiri pengalaman dia dalam dunia korporat... nak menipu pun agak-agak laaa...

Itu la Azeez yang aku kenal. Mulut dia memang kepoh semacam.. tapi hati dia memang baik bebbb..! Memang tuturnya agak kasar sikit, tapi hati dia..heh! Lembuttt..! 

Korang try laa.. aku dah ada pengalaman dengan dia. Bukan sekali, dah banyak kali dahhh... cuma dia je tak tahu aku ni blogger! Heh! Korang jangan pepandai nak pecah rahsia aku pulak kat Azeez.. Biar la dia tahu sendiri...heh!
PM dan isteri sempat mencuri pahala dari misi Azeez and KP1M...aku?

Airmata dan lambaian persaudaraan Islam dari etnik Islam Rohingya masa kami nak balik dari kampung depa...

Kanak-kanak etnik Islam Rohingya... terus aku terkenang sedara mara, adik dan anak menakan di kampung halaman.. alangkah bertuahnya kita di Malaysia...

6 comments:

Anonymous said...

bergenang airmata saya bace artikel kali ni..sy xkisah sape pun Azeez tu tp keikhlasan beliau pergi ke negara2 mcm tu mmg ptut dipuji dan dikenang..mgkin beliau turut menangis dalam hati..semoga mendapat gnjaran di akhirat nnti..t'sentuh tgok ank2 kecil & org kmpung di sana..syukur Ya Allah kerana tempatkan saya di bumi Malaysia.

FATIN NURAQEELA said...

:'( sedyh nye tgk gmbr2 dr Rohingya.. Alhamdulillah..mash ada lg pemimpin sebegini yg ingin membantu org Islam yg x bkemampuan/ditindas d luar sana. Semoga Allah memberkhati usaha mrk.. Aamiin..

banggoi petai said...

alaannnnnlaaaaaaaaalaaaaaannnlaaaaaaa. .... autaaaaaa

Anonymous said...

tersentuh membaca cerita diatas , kita semua ada kesilapan sendiri .. saya sendiri tak mengenali beliau , hanya membaca misi-misi yang dilakukan beliau , memang cukup tersentuh

SEBABNYA kita kalau ada pengalaman bab diplomasi antara kerajaan dan menganjurkan misi-misi macam ni , mahu air mata darah sebab terlalu dan amat sukar nak buat ..

Tapi pada Azeez ia amat senang dan mudah .. beliau mempunyai keuoayaan yang ramai tak mampu buat !

Anonymous said...

PM n kak ros sempat curi pahala.... (sambil tu dosa masuk dengan lajunya sebab aurat tak terjaga dan PM rilek je)...
Azeez ni pengerusi Kelab Putera 1Malaysia ... so no wonder la dia ni selalu turun naik buat amal ni... xpa aku sangka baik lg... maaf aku x boleh nak pujuk hati aku utk percaya UMNO dan ahlinya.... sangka baik dengan azeez ni.... ok.... salam 1 akidah.... Hidup Islam .... bukan hidup Melayu....

-afif-

Anonymous said...

Awak dah sebarkan masalah2 ni pun da kira pahala... menyebarkan yang baik-baik ni

Bila Kak Su Bersuara... Heh!