Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 1, 2013

ISLAM BUKAN LAGI AGAMA RASMI MALAYSIA: SIAPA SETUJU..???

TERESA KOK DAP PKR PLURALISME ISLAM AGAMA RESMI

Sudah lebih dari tiga hari, tiada siapa pun dari kalangan para pemimpin PAS yang berani menegur, marah atau menempelak Teresa Kok atas kenyataannya yang enggan bersetuju untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Kenyataan pemimpin DAP itu dibuat ketika dia di dalam sesi perbicaraan da disebut di depan Hakim Siti Khadijah di Mahkamah Tinggi Jalan Duta beberapa hari lepas.

Agak kecoh bila Teresa keluarkan kenyataan begitu. Namun hanya beberapa pihak saja yang berani tampil menyelar kebiadapan Teresa Kok itu. Itu pun semuanya dari UMNO dan BN…


Persoalannya, di mana suara para pemimpin PAS yang kononnya “pejuang Islam” di negara ini? Sebelum ini PAS selalu mendabik dada seolah-olah mereka lebih Islam dari para muslimin dan muslimat di negara ini. Di mana suara mereka untuk membela kedudukan Islam di Malaysia?

Apakah kerana yang berkurang ajar terhadap Islam dan perlembagaan negara itu ialah pemimpin DAP, maka PAS perlu berdiam diri dan merelakan kedudukan agama Allah itu diperlekeh begitu saja?

Apakah ini merupakah satu lagi bentuk “tahaluf siyasi” yang diwar-warkan oleh PAS kepada rakyat di negara ini? Hanya disebabkan kepentingan kuasa politik, maka PAS rela membiarkan DAP memperlekehkan kedudukan Islam di Malaysia?

Dari mana PAS belajar bertahaluf? Dari Abdullah bin Ubai atau dari Musailamah Al-Kazzaab?

Saya tidak pasti sama ada rakyat di negara ini setuju atau tidak dengan kenyataan Teresa Kok itu? Kalau ditanya pada masyarakat Cina, mungkin 90% dari mereka setuju dengan Teresa Kok. Tapi bagaimana pula dengan masyarakat Islam di negara kita? Setuju?

Saya tidak marahkan Teresa Kok. Itu pandangan dia untuk tidak memilih Islam sebagai agama rasmi negara. Biasalah, memang kalau dasar kafir harbi, memang itulah pendirian mereka. Mereka mana mungkin hormat pada agama kita. Mereka lebih memilih kesamarataan agama…

Tapi saya kurang pasti pula jika PAS dan PKR juga bersetuju dengan pilihan DAP itu. Nampaknya sampai sekarang, mereka masih berdiam diri. Diam tandanya setuju?

Pada saya, pendirian Teresa Kok itu sememangnya sudah dapat dijangka dari awal. Dari dulu, DAP memperjuangkan kesamarataan agama dan mereka mempersoalkan kedudukan Islam yang diberi kedudukan yang istimewa di dalam perlembagaan.

Sebab itulah di zaman Arwah Ustaz Fadhil, PAS “pijak kepala” DAP dan menganggap parti chauvinis ultra kiasu itu sebagai “syaitan”. Tapi bila PAS di zaman Hadi Awang dan Nik Aziz, nampaknya DAP boleh “pijak” Islam semahu-mahunya…

Saya menjangkakan PKR akan bersetuju dengan pilihan Teresa Kok itu memandangkan Anwar Ibrahim sememangnya terkenal sebagai pendakwah agenda Pluralisme di Malaysia. Pada Anwar, agama di dunia ini sama saja, tiada yang lebih tiada yang kurang baiknya.

Cuma, saya tertanya-tanya, apakah masyarakat Malaysia khususnya umat Islam bersetuju dengan pilihan DAP dan PKR itu? PAS tidak mampu buat apa-apa, hanya sekadar menjadi “pak turut” di dalam Pakatan Haram.

Saya ingin berpesan. Kalau benar setuju dengan DAP dan PKR dalam hal ini, sila sokong Pakatan Haram. Dan jika benar tidak bersetuju dan tegasnya mahu melihat Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan terus subur secara fundemantel di negara ini, pilihlah UMNO – BN. Mudah bukan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!