Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 5, 2013

HEBAT..!!! 5 BULAN KHALID HABISKAN RM1.6 BILION DUIT RAKYAT SELANGOR?

Aku tak tahu la apa yang Khalid Gagap buat di Selangor. Dalam masa 5 bulan dia "lenyapkan" sebanyak RM1.6 bilion duit rakyat Selangor? Dalam 5 bulan saja...? Perghhh.... hebat betul la MB Selangor tuuu...hebat habiskan duit rakyat?

Berbanding dengan tenaga muda di Kedah, MB kita dah bawak hampir RM10 bilion pelaburan masuk ke Kedah. Tak sampai 100 hari pun jadi MB, Mukhriz sebok cari dana untuk mengisi perbendaharaan kerajaan negeri yang hampir dikosongkan oleh kerajaan PAS sebelum ni...

Berbeza betul, kan? Hmmm... mungkin Allah SWT sengaja nak tunjuk kat kita semua melalui apa yang terjadi.. Aku harap semua orang Melayu Muslim kat negara ni bukak mata dan tengok sendiri kepincangan Kerajaan yang dijajah Pakatan Haram... hancusss..!!!



Selangor Habiskan RM1.6 Billion Dalam 5 Bulan?

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor gagal mempertahankan belanjawan berimbang apabila mencatatkan defisit perbelanjaan sejak 2009 hingga 2013, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Beliau berkata, jumlah defisit perbelanjaan tersebut mencatatkan peningkatan yang tidak munasabah sekaligus membuktikan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.

“Selangor mencatatkan defisit perbelanjaan sebanyak RM120 juta (8.65%) pada 2009, dan jumlah ini terus meningkat kepada RM194 juta (14.9%) pada 2010.

“Pada 2011 pula defisit sebanyak RM210 juta (13.9%) dan RM197.2 juta (10.44%) pada tahun 2012,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada Khamis.

Wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata, lebih memeranjatkan apabila bagi tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun) tahun ini defisit perbelanjaan yang dicatatkan mencecah 46.7 peratus.

“Berdasarkan prestasi Bajet 2009 sehingga 2011 kerajaan negeri gagal mempertahankan bajet berimbang sedangkan setiap tahun kita bangkitkan perkara ini.

“Terbukti kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri tidak teliti dalam perancangan dan penyediaan bajet negeri dan gagal kawal perbelanjaan sehingga alami defisit setiap tahun,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi tahun 2013 dalam Dewan memohon untuk menggunakan RM761,440 juta daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri bagi menampung Perbelanjaan Perkhidmatan 2013.

Permohonan itu meliputi 46.7% daripada jumlah RM1.63 bilion yang diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2013 November tahun lalu.

“Baru lima bulan kerajaan sudah habiskan RM1.6 bilion, ini menimbulkan persoalan dan sepatutnya Dewan berikan penjelasan,” ujar Sulaiman.-  Mstar.com.my


3 comments:

Anonymous said...

Jalan kat SHah Alam cam Haram Jadah...Frust!! like leaving in Cowboy Town ke apa?

Anonymous said...

bangang punya komnen

Anonymous said...

Aku suka Selangor bankrap supaya Cinabeng tak dapat merampas apa2 lagi. Biar Cinabeng cepat berambus.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!