Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    51 minutes ago

Monday, July 1, 2013

GRADUAN AL-AZHAR JADI CALON BN DI PRK DUN KUALA BESUT..???

Aku tahu korang semua agak tertanya-tanya, siapakah gerangan calon BN yang bakal berentap di PRK DUN Kuala Besut, di Terengganu nanti....

Sebenarnya, aku pun tak tahu dan tertanya-tanya. Tapi bila aku terbaca blog sahabat aku, RBF, aku berpandangan beliau yang dimaksudkan itu agak sesuai jadi calon kat DUN tu...

Dari sudut latar belakang, beliau lebih dari layak. Cuma, kalau dia bertanding, maka ia seolah-olah "down grade".. dari bekas Ahli Parlimen dan Menteri, ditugaskan pula berkhidmat di peringkat DUN... tak salah pun kalau Allah takdirkan begitu, kan?

Siapa dia? Cuba baca kat bawah...
 

Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.
Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.
Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .
Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.
Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.
Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.
Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.
Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.
Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.
Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi.
Sumber: Wikipedia

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!