Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 10, 2013

GEMPARRR..!!! PERKARA AJAIB BERLAKU DI MASJID SEMALAM..!!!


Nak kata malam "lailatul qadar", baru masuk malam pertama solat terawikh! Tapi semalam memang berlaku perkara ajaib kat masjid! Tapi aku dan member-member aku dah biasa dengan "keajaiban" ni.. Tiap-tiap tahun sama jer... harap tahun ni berubah kot?

Bila masuk je bulan Ramadhan, ramai yang sebok cari songkok, lebai, jubah, baju cekak musang, baju teluk belanga dan kain pelikat. Ada jugak yang cari serban dan tasbih dalam laci. Butang baju melayu dah jumpa ke belum?

Kononnya, bulan Ramadhan ni depa takmau tinggal solat terawikh. Depa nak buat penuh, takmau buat 8 rakaat saja. Kalau solat terawikh tu ada 1,000 rakaat, depa akan solat sampai habis 1,000 rakaat tu...

Malam tadi seperti biasa, masjid kat kampung aku tu penuh. Saf sampai ke belakang. Ramai macam solat Jumaat pulak aku tengok. Herannya, solat 5 waktu sebelum ni takde pulak ramai macam ni. Selalu 1-2 saf saja. Tu pun dan cukup banyak... tapi solat terawikh semalam "fullhouse"...



Aku tertanya-tanya. Solat  5 waktu tu hukumnya wajib. Tapi solat terawikh ni sunat. Tapi jemaah penuh pada solat sunat... Pelik jugak, kan? kan? kan? Heh! Dan tak heran la semalam aku dan beberapa member aku dok buat muka "heran" pasal jemaah yang tiba-tiba ramai... Heheheee...

Aku jangka, fenomena ramai solat terawikh ni hanya akan bertahan sampai seminggu saja. Seperti biasa macam tahun-tahun lepas, minggu kedua Ramadhan akan menyaksikan penurunan statistik kehadiran secara ketara.. tinggal separuh masjid saja...heh!

Paling "menghairankan", lepas rakaat ke-8, jemaah yang separuh tu dah tinggal suku! Tak solat witir, depa terus blah balik rumah...heh! Apa cerita tu bebbbb...? Mana semangat pak lebai yang berkobar-kobar tu?

Aku bukan nak perlekeh semangat kita nak imarahkan Ramadhan ni. Tapi pada aku, segalanya bermula dari "dalam". Tak payah la beriya-iya sakan tunjuk warak, tapi hanya "kosmetik". 

Aku dan kawan-kawan aku macam biasa tahun lepas, jubah dan lebai saja dah cukup. Alaaa.. pakai macam kami pi solat 5 waktu kat masjid la. Standard. Yang pentingnya bersih, kemas dan tak selekeh. Nak mengadap Allah ni kena smart jugak bro.. jumpa awek boleh smart, jumpa Allah?

Kat sini aku nak share sikit la pasal solat terawikh Rasulullah SAW. Baginda solat 8 rakaat je. Tapi kalau korang nak tahu, satu rakaat yang Rasulullah SAW buat tu satu juzuk Al-Quran tau! Korang mampu? Baca surah panjang sikit dah gigil...heh! Kutuk Tok Imam dalam hati...kan? kan? kan? Heh!

Kira macam ni la.. Aku ni takde la baik sangat, takde la jahat sangat, wasatiah jer. Tapi aku nak kongsi tips sikit dengan korang, boleh? 

Ustaz aku cakap dulu, syaitan dirantai pada bulan Ramadhan ni supaya tak kacau kita beribadat. Maksudnya, syaitan takde nak hasut kita buat benda jahat, kan? Jadi, kalau korang buat jahat dalam bulan Ramadhan ni, maka korang faham-faham je la berhasil ke tidak syaitan didik korang selama ni.

So, bulan Ramadhan ni adalah bulan terbaik untuk korang "kembali ke pangkal jalan". Asuh dan didik diri korang balik supaya ikut landasan Islam yang sebenar. Paling utama, korang kena betulkan "iqtikad songsang" dalam hati korang selama ni... benda apa tu yang "songsang"?

Hehehehee... korang kena betulkan...bahawa... ISLAM ITU IALAH AGAMA ALLAH YANG SYUMUL DAN SEMPURNA, PAS TU PULAK SEKADAR PARTI POLITIK YANG JUAL AGAMA UNTUK KUASA SAJA... kan? Syaitan dok hasut korang selama ni, kan?

Pokok pangkalnya, Islam bukan PAS dan PAS bukan Islam. Titik!

5 comments:

Anonymous said...

YA. SYAITAN DIRANTAI TAPI NAFSU TERUS BERADA DALAM DIRI SETIAP MANUSIA. RAMADHAN ADALAH BULAN BERPERANG DENGAN NAFSU.

Pemuda Baling said...

terbaek bro.. aku pun termasuk mereka yg hangat2 taik ayam tu kut.. haha..

Anonymous said...

ape ni wey, cer tengok makna tarawikh tu..disuruh chill2 je. orang nak semangat penuh awal bulan ka, kosong akhir bulan ka, itu takpalah..takkan la itu pun jadi isu..nak perli2 sesama saudara..maaf bro

FATIN NURAQEELA said...

Suke entry nie :-) tbaek admin,sye setju..

world news said...

Thanks for your marvelous posting! I certainly enjoyed reading it, you could be a great author. I will always bookmark your blog and will often come back at some point. I want to encourage continue your great work, latest online news have a nice holiday weekend!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!