Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 2, 2013

EKSKLUSIF..!!! PEMIMPIN PAS TAK TAHU MALU MENYEBOK DI MAJLIS MB - PBT KEDAH..!!!

Kenal lelaki berdiri di posisi paling kiri dan terasing tu? Tu la "hantu hijau" KHTP muka tembokkk..!!!
Aku rasa, tak perlu lagi aku perkenalkan lelaki dalam gambar kat atas tu. Semua orang khususnya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kenal dengan lelaki ni. Dia bernama Mohd Sobri Osman, Presiden KHTP yang dilantik secara kontrak politik oleh PAS...

Kalau korang nak tahu, kalau tak silap aku, Sobri ni merupakan Timbalan Yg DiPertua PAS Kawasan Sg Petani merangkap AJK PAS Negeri Kedah. Masa PAS jajah negeri Kedah penggal lepas, depa lantik dia jadi Presiden dan bekas menantu Azizan jadi "assistant"nya yang dikatakan "gila kuasa"...

Lepas Sobri dan pak-pak lebai conquer KHTP, depa gulingkan pengasas yang banyak berjasa dan membangunkan KHTP iaitu Datuk Syukri. Dan salah seorang yang jadi mangsa depa ialah YB Sabrina yang sekarang ni dah jadi ADUN Kulim merangkap Exco ICT...


Datuk Ahmad Syukri...bekas boss besar KHTP... hebat!
Lepas depa beri tekanan dan gulingkan Datuk Syukri, pengasas KHTP tu terima tawaran dari Hi-Tech Park di selatan semenanjung dan ternyata Hi-Tech Park kendalian Datuk Syukri tu pulak jadi tumpuan. Pelabur percaya kat kreadibiliti Datuk Syukri... rekod dia cantik!

Manakala YB Sabrina pula terpaksa berhenti kerja dan ikut suami ke Melaka. Atas kelulusan dan kepakaran yang ada, beliau ditawarkan jadi CEO Biotech di Melaka... Orang berkebolehan ni letak kat mana pun depa boleh hidup punyaaa...
Dulu Sobri beri tekanan dan "buang" dia dari KHTP.. sekarang ni dah jadi Exco ICT... Allah SWT bayar "cash" kat PAS PIS PUS...!!!
Maka bermaharajalela la Sobri di KHTP... Malangnya, Sobri ni tak reti buat kerja. Tak reti tarik pelabur. Pelabur yang masuk di KHTP tu pun hampir 95% diusahakan kerajaan BN Kedah dulu (Datuk Syukri punya hasil tangan).. Sobri pulak claim dia yang "hebat"...? Heh!

Sekarang ni, PAS dah kalah di Kedah. BN dah rampas balik dah. Tapi si Sobri ni muka tak malu, masih buat muka tebal tak reti nak letak jawatan. Khabarnya dia pegang jawatan kat situ sampai habis kontrak.. maklum laa... sedap makan gaji buta...

Masalahnya, payah la Kerajaan BN nak bua kerja. Conflict of interest. Sobri boleh sabotaj dasar dan kerja kerajaan BN bila-bila masa saja. Paling buruk, pelabur takut nak masuk ke KHTP selagi Sobri jadi Boss kat KHTP tu...
 
Paling memalukan, baru-baru ni Sobri sekali lagi buat muka tak malu bila dia hadir ke Majlis Perjumpaan MB bersama Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah. Perghhh..!!! Betul-betul muka tembokkkk..!!!

Mere nam Sobri he... Mere Timbalan Yg DiPertua PAS Sg Petani.. Mere Presiden KHTP makan gaji buta... dan mere nam memang muka tembok punnn..!!!
Aku nak tanya, apa kapasiti dia sebagai Presiden KHTP untuk hadir di majlis tu? Siapa yang jemput dia? Siapa? Adakah bini Ketua Pemuda PAS yang jadi PA Exco yang punya kerja? Ada "hantu hijau" yang jemput Sobri muka tak malu tu?

Amboiii.. Sampai terhegeh-hegeh bergambar dengan MB, Exco-Exco dan pemimpin BN? Weiii Sobri, hang tu Ahli Majlis PBT dari mana? Hang PBT Danoq atau Hadnyai? 

Aku pelik... Apa semua pemimpin PAS Kedah ni perangai macam Sobri ni ke? Semua muka tak malu ke? Weiiii... dah kalah tu blah je laaa... tak malu ke makan gaji buta? Dah la tak reti buat kerja. Asyik dok check toilet KHTP tu saja nak buat apaaaa..??? Syohh...syohhh... syohhhh..!!! Pushhhhh..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!