Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 20, 2013

EKSKLUSIF #N01KUALABESUT: MUKHRIZ HANTAR JENTERA TERKUAT DARI KEDAH..!!!

DSC_0172

PRK DUN Kuala Besut mempunyai 8 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di mana fakta menunjukkan BN menguasai enam PDM berbanding tewas di dua PDM. Salah satu PDM yang BN tewas ialah di PDM Bukit Puteri.

Di PDM Bukit Puteri, BN kurang 90 undi dan keputusan itu menunjukkan PAS agak kuat di kawasan tersebut. Saya diberitahu bahawa kawasan itu yang merupakan sempadan Terengganu – Kelantan memang ramai pengikut PAS.

Kebetulan, saya difahamkan bahawa jentera UMNO-BN Kedah ditempatkan di Kampung Air Terjun dan ditugaskan untuk membantu kemenangan BN di PDM Bukit Puteri. Saya kira, ia adalah tugas yang agak mencabar bagi pasukan jentera UMNO Kedah.


Semalam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bersama para Exco Kerajaan Negeri Kedah meluangkan masa berkunjung ke Kampung Air Terjun bagi  memberikan sokongan pada kempen jentera UMNO-BN di sana.

Memulakan langkah di Bilik Gerakan UMNO Kedah A, beliau singgah bersolat Jumaat di Masjid Kampung Tok Has. Menariknya, selepas solat Jumaat, imam masjid berkenaan meminta Mukhriz menyampaikan “tazkirah ringkas” pada jemaah yang hadir!

DSC_0102

Seterusnya, Mukhriz dan Exco-Exconya bergegas ke Kampung Air Terjun bagi menyampaikan zakat di PDM Bukit Puteri. Di situ, beliau sempat meluahkan penghargaan beliau pada Ketua Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, sebagai salah seorang pemimpin berjiwa besar.

Katanya, konsep Ulul Albab dan Gelombang Biru yang dimulakan di Terengganu telah menjadi “model” dan pemangkin pada kebangkitan rakyat serta UMNO-BN di Kedah untuk merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari terus dirosakkan PAS.

Justeru itu katanya, beliau dan jentera UMNO-BN Kedah merasa terhutang budi atas cetusan tersebut dan sedia untuk “membalas budi” Kerajaan BN Terengganu atas “tunjuk ajar” itu.

DSC_0256

Lebih menimbulkan semangat, beliau menegaskan bahawa UMNO-BN Kedah telah menghantar “jentera terbaik” untuk menggempur PAS di PDM Bukit Puteri di PRK Kuala Besut kali ini. Kata-kata tersebut disambut dengan tepukan gemuruh dari hampir 200 warga Bukit Puteri yang hadir…

Selanjutnya, Mukhriz turut meluangkan masa untuk singgah sebentar menunaikan solat asar di rumah seorang orang kuat PAS, Hasan Ali, 68, yang berikrar untuk tidak lagi memberikan undi pada PAS.

Kata “Pokcik” Hasan, dia sudah lebih 56 tahun bersama PAS dan serik untuk terus ditipu dengan sikap hipokrit para pemimpin serta jemaah “bulan purnama” itu.

DSC_0398

Katanya, mereka bercakap seolah-olah mereka lebih Islam dari orang lain, tapi mereka langsung tidak amalkan apa yang mereka katakan. Lain yang dikata, lain yang dibuat. Bak katanya dalam nada kesal, “cakap tak serupa bikin!”.

Lebih manis, beliau menegaskan bahawa dia dan seluruh keluarganya di Kampung Air Terjun kali ini nekad untuk bertransformasi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memberikan undi pada BN pada PRK DUN Kuala Besut.

Dengan perkembangan tersebut, saya tertanya-tanya sama ada jentera UMNO-BN Kedah dapat membantu memberikan kemenangan di PDM Bukit Puteri yang dikatakan menjadi “kubu” PAS di Kuala Besut itu?

Nampaknya jentera terkuat UMNO-BN Kedah itu akan menghadapi ujian getir di PRK Kuala Besut. Pun begitu, melihat sambutan dan sokongan masyarakat di PDM Bukit Puteri, insyaAllah, Allah akan permudahkan BN untuk menawan PDM tersebut. Sama-samalah kita doakan…

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Berkat pantauan lebih 40 orang tenaga UMNO Kedah yang diketuai Dato' Paduka Spiker dengan bantuan kepakaran pakar-pakar petugas Kedah dalam PRK, dengan kehadziran MB Kedah pulak sudah pasti Peti Indi Bukit Puteri akan dapat dirampas kembali oleh BN.

INSYA ALLAH.....

Tok Kenari said...

terbaik!! gempur kaw-kaw punya!

Tok Kenari said...

terbaik!! gempur kaw-kaw punya!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!