Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 8, 2013

DAP SEBUT NAMA MYKMU.NET DALAM SIDANG PARLIMEN...!!!

Tony Pua

Sebagaimana yang dilaporkan rakan saya di sini, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua begitu resah gelisah apabila isu mengenai gerakan Red Bean Army (RBA) dibangkitkan di dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mungkin tidak tahu bagaimana hendak menyembunyikan keresahannya, dia sebut nama portal mykmu.net di sidang Parlimen di depan seluruh ahli parlimen di dalam dewan yang mulia itu. Saya kira, kenyataannya itu turut dihansardkan di parlimen, bukan?

Mencuit hati, dia menuduh mykmu.net dengan pelbagai tuduhan yang langsung tidak berasas, kononnya laman ini melaporkan laporan fitnah dan menghasut rakyat ke arah yang negatif. Bagaimanapun, pengendali portal ini telah menafikan tuduhan Tony Pua itu.


Sebenarnya saya tidak faham mengapa Tony Pua secara tiba-tiba saja menyebut nama mykmu.net. Kenapa mykmu.net saja yang disebut? Tony Pua hanya kenal mykmu.net saja, kah? Tiada laman portal, blog, facebook, twitter atau laman sosial lain yang ada di dalam otak Tony Pua?

Persoalannya, mengapa Tony seolah-olah dilihat “phobia” sangat terhadap mykmu.net? Apakah Tony terlalu terkasima dan tergugat dengan penulisan fakta serta kupasan tepat di laman portal ini?

Saya bukanlah “founder” laman portal mykmu.net. Saya juga bukan “orang lama” dan bukan juga pengendali portal ini. Saya hanya sekadar kolumnis yang diberi kepercayaan dari pengendalinya untuk menulis pandangan dan ulasan mengenai situasi politik semasa di negara kita.

Namun ingin ditegaskan disini bahawa sepanjang hampir 10 tahun bersama mykmu.net, portal ini begitu bertanggungjawab dan beretika dalam apa jua bentuk siarannya. Itu memang sifat semulajadi portal yang ditubuhkan pada lewat tahun 1990’an ini. Sejak dulu lagi memang begitu.

Pernah mykmu.net tersilap lapor (hasil dari salah faham penerimaan maklumat), namun tidak sampai 24 jam, pihak pengendali laman ini telah meminta maaf secara terbuka dan telah memperbetulkan kesilapan yang tidak disengajakan itu. Fair enough…

Bagaimanapun, saya tertanya-tanya mengapa Tony Pua hanya terlintas untuk menyebut nama mykmu.net sahaja? Terasa pedas dan tidak dapat menahan kebenaran yang disiarkan di laman portal para pejuang Islam, Melayu dan Tanahair ini?

Di awal zaman kewujudan mykmu.net dulu, laman web ini begitu konsisten mempertahankan kerajaan BN dan begitu vokal menentang perjuangan opportunis golongan reformasi belaan Anwar Ibrahim di medan maya.

Tapi kini reformasi telah bertukar menjadi “reformasin” dan “reforbasi”. Malah lebih membanggakan, ramai pejuang-pejuang kepalsuan reformasi itu telah berubah arah dan menyertai mykmu.net sebagai rakan-rakan yang menyokong pihak kerajaan.

Dan kini timbul pula “musuh baru” untuk mykmu.net tangani, iaitu Red Bean Army. Dan ternyata RBA layak dinobatkan sebagai sebuah kumpulan pro-Pakatan Haram yang wajar diperangi oleh seluruh pejuang dan penyokong kerajaan BN di alam internet pada hari ini.

Syabas saya ucapkan pada pihak pengendali laman portal mykmu.net ini. Meskipun sudah lama berkecimpung di alam “perang siber”, mykmu.net tetap menggerunkan “pemilik” Red Bean Army biarpun secara rasmi di Parlimen. Tahniah!

Buat rakan-rakan penulis, wartawan, forumer-forumer dan pembaca setia portal ini, kita wajar terus berjuang demi agama, bangsa dan negara. Kita harus pertahankan setiap inci dan ruang yang ada dari terus dicemari pihak-pihak yang cuba merosakkan agama, bangsa dan negara kita.

Apapun, kita perlu kekalkan mykmu.net sebagai sebuah portal yang begitu konsisten menentang propaganda busuk pihak Red Bean Army – Pakatan Haram berlandaskan hukum Islam dan undang-undang yang wujud di Malaysia.

Mykmu.net tetap dihati dan perjuangan kita masih belum selesai. Demi sebuah perjuangan, ayuh kita beri sokonga padu pada portal ini sebagai sebuah laman utama yang bakal membenam Red Bean Army ke dalam kubur buat selamanya, insyaAllah….

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!