Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 19, 2013

BONGKAR #PRKKualaBesut..!!! JUTAWAN PAS INI TAK BAYAR 54 SAMAN TRAFIK..!!!


che long 54 saman 1

Tinggal kira-kira seminggu, sebelum rakyat Kuala Besut menentukan siapa yang bakal menjadi wakil rakyat mereka. Hanya ada 2 pilihan, samada Abe Ku yang mewakili Barisan Nasional, atau Che Long dari Partai Islam Se-Malaysia.

Menariknya, jentera PAS menggunakan kekayaan milik Che Long sebagai modal untuk strategi pemasaran politik bagi meraih undi pada hari dan sehari selepas penamaan calon. Apa yang cuba disampaikan ialah, calon mereka “esklusif” dan “berada”, bukan seorang penjawat awam yang tidak berharta.

Dalam asyik mereka bercerita akan kekayaan milik Che Long, khabar yang cukup memalukan, apabila melalui semakan MyEG, penulis difahamkann bahawa Che Long memiliki 54 saman yang masih belum dibayar sejak 1999! Itu bermakna ia sudah mencecah 14 tahun!


Bayangkan… apakah jenis manusia yang berperangai seperti ini?

Dengan kekayaaan yang ada, dan keengganannya membayar saman berkenaan, ia membawa maksud bahawa beliau bukanlah seorang warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Sedang beliau gagal mengikut undang-undang yang sedia ada, apakah wajar untuk rakyat meletakkan tanggungjawab  seorang wakil rakyat ke atas bahunya?

Sepanjang pemerhatian penulis terhadap calon PAS, iaitu Azlan @ Endut Jusoh, atau dikenali ramai dengan panggilan Che Long, bagai ada yang tidak kena dengan pemilihan beliau.

PAS terpaksa mengarahkan Che Long untuk berbaiah di depan umum, seolah PAS sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada calon yang mereka putuskan. Apakah ada “tangan ghaib ekonomi” yang memainkan peranan sehingga Jawatankuasa Pusat PAS terpaksa tunduk dengan kemahuan “tangan ghaib ekonomi” tersebut?

Tidak cukup dengan itu, PAS mengarahkan Che Long untuk “tutup mulut” dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sewenang-wenangnya. Ia menjelaskan lagi betapa Che Long bukanlah calon utama PAS untuk Kuala Besut. Lebih bercelaru, Che Long dalam satu kenyataan berkata, beliau akan terus berceramah, dan mengeluarkan kenyataan sepanjang tempoh berkempen.

Jelas, samada Majlis Syura PAS, kepimpinan PAS pusat atau sesiapa sahaja tidak mampu untuk mengawal Che Long. Pada perkiraan penulis, ada kemungkinan wujud “godfather” sehingga Che Long mampu bersikap sedemikian terhadap kepimpinan PAS!

Berbalik kepada tajuk artikel ini, 54 saman trafik yang dikeluarkan sejak 1999 bukanlah jumlah yang sedikit.  Jadi, penulis tertanya-tanya, bagaimana seorang yang punya saman trafik sebegitu banyak, masih mampu memperbaharui lesen dan juga cukai jalan kenderaan-kenderaan miliknya sehingga kini?

Umumnya, sekelian rakyat juga mahu tahu, apakah tindakan yang pernah pihak berkuasa ambil ke atas pesalah trafik yang mempunyai sehingga 54 saman trafik ini?

Atau, apakah ia kelihatan mirip seperti “didiamkan” oleh pihak berkuasa atas “sebab-sebab tertentu”, seperti mana DAP berjaya mengundi mulut PAS dalam hal ehwal berkaitan agama Islam?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!