Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 12, 2013

BARANG RUMAH KETUA WANITA PKR PENANG DI SITA... TAK BERAYA LE NAMPAKNYA...?

kenangan aidilfitri tahun lepas.. tahun ni tak raya bila barang-barang kena sita..???
Aku sendiri tak tahu apa salah Ketua Wanita PKR Pulau Pinang sampai terbiar sampai disita mahkamah. Anwar Berahim tak ambil tahu pasal dia ke? Habis barang-barang rumah dia disita mahkamah sebab tak bayar saman... Anwar Berahim seronok dok kat Parlimen bergelak ketawa...

Pada bulan September tahun lepas, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar diperintah mahkamah untuk payar saman pada bekas Ketuanya, Aminah Abdullah, atas tuduhan fitnah di Harakah. Tak banyak pun... RM30,000 jer... bukan RM juta-juta punnn...

Tapi dari September lepas, sampai sekarang ni dia tak bayar-bayar saman tu. Sebab tu la mahkamah sita barang-barang dalam rumah dia. 


Yang aku herannya, takkan la Anwar Berahim tak boleh tolong kot? Kasi la pinjam RM30,000 tu. Nanti Hayati ada duit, dia bayar la balik. Anwar Berahim tu dari Penang jugak, kan? Takkan la sanggup biarkan anak buah dia sampai kena sita macam tu.. memalukan betul!

Pelik lagi, kalau puak-puak DAP kena saman macam si Tony Pua tu, boleh pulak Anwar tolong, kan?

Lagipun, Anwar kan banyak duit. Jusuf Kalla kata dia banyak dapat duit dari oversea dan syarikat-syarikat besar kat sana. Duit RM3 bilion yang dia gelapkan dulu tu mana? Tak luak la kalau campak RM30,000 kat Hayati tuuuu...

Itu la nasib bila dapat pemimpin yang gila kuasa, tapi tak reti nak jaga anak-anak buah sendiri...

Pada aku, perkara ni adalah pengajaran berguna pada Hayati. Pertama, dia perlu tahu bahawa Islam melarang keras umatnya memfitnah. Dosanya lebih besar dari membunuh. Bukan aku kata, ada tertulis dalam Al-Quran... firman Allah tu...

Keduanya, agak-agak la bila nak sokong pemimpin tu. Kalau dah tahu Anwar tu macam tu, satu sen pun dia tak pandang, tak ambil berat, maka tak payah lagi la sokong orang macam tu. Hari ni kena kat Hayati...sebelum ni pun ramai yang dah kena... nak sokong lagi orang macam tu?
BUKIT MERTAJAM 11 Julai - Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah.

"Hari ini pihak mahkamah telah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang-barang milik defendan pertama dalam kes itu iaitu Norhayati.

"Dia diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi atau barangan terbabit boleh dilelong oleh pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di Balai Polis Machang Bubok di sini hari ini.

Selain Norhayati, dua lagi pimpinan PKR iaitu Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin dan Timbalan Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman itu ekoran satu kenyataan dalam akhbar parti Pas, Harakah edisi 20-22 Mei 2011 yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya. - UTUSAN

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!