Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 5, 2013

70 KEPING GAMBAR EKSKLUSIF MISI PAHALA AZEEZ RAHIM DI RAKHINE, MYANMAR...

Kalau Mahfuz boleh buat misi macam ni, dia layak jadi Pengerusi Tabung Haji.. kalau setakat misi nak huru-harakan negara, elok lupakan saja laaaa....
Sebagaimana yang diminta rakan-rakan semalam yang mintak aku siarkan gambar-gambar eksklusif Misi Bantuan Kemanusiaan Etnik Islam Rohingya di Myanmar, aku tunaikan permintaan tu. 

Cuma maafkan aku, aku tak mampu nak siarkan semua. Aku pilih-pilih saja yang menarik pada mata aku... Just nak share sikit pasal pengalaman cover story di wilayah bergolak. Bahaya misi ni dan tak macam misi-misi lain... anytime je kami boleh di ambush... 



Sampai je kat Yangon, Azeez kena serbu dek media Myanmar... mujur dia tahu cakap omputih... mahfuz eja "lunch" pun tak betulll..!!!

Kitorang baru sampai... malam... letih... penat... lapar....tapi hati semangat bebbb...!

Yangon di waktu malam... baru sampai je terus capai kamera....ikut je driver bas bawak... ke mana kami tak tau... ke hotel kot...

Kedutaan Malaysia di Myanmar... Adehhh... ingatkan terus ke hotel... singgah kat sini pulak dah... ada taklimat katanya...

Duta Malaysia ke Myanmar dok bagi breifing, macam-macam info yang kami dapat.. katanya kat Yangon okay jer.. kami belum sampai ke wilayah bergolak... katanya, etnik Rohingya tak diiktiraf kerajaan Myanmar dan depa dilabel sebagai "muslims" saja dan tidak diberi kewarganegaraan... Aku terfikir...kalau la Melayu tak diktiraf di Malaysia, dah tentu aku tak jadi warganegara Malaysia, kan? Penting jugak nama bangsa ni...kan? Lepas taklimat, kami terus balik ke hotel, makan, solat dan terus tidur... esok nak ke wilayah Rakhine... wilayah bergolak!

Pagi lagi kami dah breakfast... Kat sini la aku borak dengan Azeez dan aku berubah persepsi kat dia. Dia friendly, kelakar dan berjiwa besar. Oh ya... Azeez dan ustaz yang datang dengan kami awal-awal lagi dah check dan pesan kat hotel tu pasal makanan muslim... so no worries sama ada makanan yang kami makan tu halal ke tidak... anyway, hotel tu orang Malaysia yang punya...heh!

Semalam aku letih, tak sempat nak rakam gambar airport... dan kali ni baru aku sempat nak snap. Ni la Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon... Tak besar pun.. lebih kurang airport Kepala Batas kat Kedah tu je saiznya.. dan nanti korang tengok sendiri kat bawah pasal airport ni...heheheheee....

Ni pulak bas yang bawak kami kat Yangon... bangga la jugak ada bendera Malaysia kat situ... orang Myanmar ushar semacam jer...heheeheheeee...Opsss...lupa nak bagitau... aircond bas tu rosak...adehhhh... berpeluh bebbb...!

Masuk je pintu airport, terus nampak ruang ni.. kecik giler..!!! Ada satu kedai runcit kat tepi airport tu.. Ni bahagian domestik... nampak macam kat stesen bas, kan? Hahahahahaaaaa....okay la tuuu...
Kami bawa nama Malaysia, rakyat Malaysia dan PM bersama misi kami ke Myanmar...

Ni tiket kapal terbang aku... Air KBZ... boarding pass ni kalau hilang, meraung aku...heheheee...

Adoi laaa... flight delay sejam pulak dahhh... sabotaj ke? Kami lepak dalam smoking room... tu "boss" Utusan tu...korang kenal tak? Brader memang best brader...!!! Tabik...!

Tetiba pulak Duta kita datang bawak Menteri Pertahanan dia... layan je laaa...

Tengah sedap ambik gambar, dia hulur tangan nak salam ngan aku pulak dahhhh... ishhhh...

Ni la kat bahagian dalam airport.. maksud aku, lepas boarding kat gate airport tu, ini la pemandangannya sementara bas nak sampai.. ehhh..silap.. kapal terbang nak sampai...heheheee...

Fokker ni la yang akan bawak kami ke Rakhine... kecik jer... 2 jam perjalanan... dan kena singgah kat 2 lapangan terbang kecil untuk ambil dan turunkan penumpang... oooo... rupanya macam bas la jugak... hebat Myanmar ni.. kapal terbang depa buat macam bas saja...

Dalam flight... aku berdebar-debar sebenarnya. Apa yang akan kami berdepan bila sampai Rakhine nanti? Wilayah tu namanya Rakhine, orang kat situ dipanggil Rakhin...depa bukan Islam dan diiktiraf warga Myanmar... Yang kami nak melawat ni orang Islam...etnik Rohingya... bukan saja tak diiktiraf bangsanya, depa tak dapat kewarganegaraan pun... adeh.. camana ni? Kena study sikit nihhh...
Dah sampai...dan kami disambut Ketua Menteri Rakhine...ntah aku lupa nama mamat tu...
Aku tak dengar apa yang Azeez bincang dengan KM Rakhine tu.. tapi serius benar bunyinya... Azeez macam cuba menyakinkan KM Rakhine tu... dan aku difahamkan semuanya berjalan lancar sebagaimana yang Azeez plan... kowtim!

Ni balai polis Rakhine tu... kecik gak la... besar lagi Balai Polis Pendang yang baru siap tu.. Lupa aku nak cakap... kat Rakhine waktu tu dikenakan undang-undang darurat... 5 pagi ke 5 petang je boleh keluar.. lebih dari tu depa tembakkk..!

Ni la hotel tempat kami menginap di Rakhine... nampak cantik... tepi pantai... tapi bila masuk kat dalam.. hanya Allah saja yang tahu.... hotel ni terkenal dengan "nasi goreng kucing"! Tak caya tanya geng yang pegi misi ni...hahahahaa... Semua tahu pasal nasi goreng kucing tu... Hotel biasa je... tak layak dapat 2 bintang pun.. tapi ini pun dah okay... darurat beb... kolam dia pun berdaki takde air... hotel ni macam terbiar je a few years... internet takde... line gsm! hadoiii... Tapi mujur la lepas tu Azeez settlekan masalah internet tu... walau agak terhad, lebih baik dari takde langsung, kan?
Esoknya kami ingat nak terus beroperasi... hantar bantuan kemanusiaan tu, tapi plan tu kena hijack.. Azeez kata, KM nak jumpa kat opis... kami kena ke opis dia... ingatkan kejap jer.. rupanya lama... cissss... aku syak dia cuba nak lengah-lengahkan misi kami nak tolong etnik Rohingya kat Rakhine tu....cissss..!!!

Pertemuan dua hala antara wakil PM Malaysia dengan wakil Kerajaan Junta Myanmar.. peace..!!!

DS Najib ni la yang hantar kami ke sini.. say tengkiu to him... tengkiu Mr Najib... mungkin tu la kot dialognya... aku tak dengar sebab sebok amik gambar... tapi Azeez memang hebat dalam bab diplomatic deal ni... dia "sayur"kan KM Rakhine tu selamba jer...

Bijak tak Azeez...dia bawak sekali Ketua Sami Malaysia dalam misi dia... orang Myanmar ni kalau dapat jumpa Ketua Sami, depa sembah wooo..!!! Tak caya... nanti aku tunjuk bukti kat bawah...

Lepas wayang sikit kat KM Rakhine tu, kita angkut bawak balik barang-barang tu... hahahaaaa... kami bawak bukan nak bagi kat KM... kami nak bagi kat saudara seagama kami...kan? kan? kan? heh!

Ni la Kuil yang aku kata semalam tu. Seorang sami kat kuil ni ludah depan seorang wartawan kita yang bertudung... kurang ajar la tu... ingat kami nak sangat tolong korang? Mujur tolong ni "wayang" saja... kami nak tolong etnik Rohingya... alaaa.. bukan kami tak tau kerajaan korang banyak sekat bantuan untuk Rohingya yang negara Islam hantar dan bagi bantuan tu kat korang... puiii..!

Keselamatan kami dikawal ketat... semua ni Azeez yang deal... khabarnya ada sami-sami yang nak demo bantah kami kat situ... tapi Azeez dah settlekan... depa tak jadi buat demo...heh!
Ni pintu masuk ke sebuah masjid kat salah sebuah kampung etnik Rohingya yang kami singgah... nampak bangunan sebelah kanan tu? Tu la masjid depa... kat situ la depa solat Jumaat dan sebagainya... tapi dah lengang sebab diserang pelampau Rakhine...

Salah sebuah perkampungan etnik Islam Rohingya.. ada sampan kat situ.. laut jauh dari kampung... camana sampan tu boleh sampai ke tengah kampung tu? Depa angkut ramai-ramai..!!! Sebab apa? Rupanya ada dikalangan depa yang duduk jauh di tepi pantai dan jadi nelayan... bila jadi huru-hara dan nyawa terancam, depa lari duduk kat kampung ni...

Ni surau salah sebuah perkampungan Islam di Rakhine...

Ramai ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai pakcik ni yang "hilang", dibunuh dan dizalimi... siapa yang kejam sangat tu? Korang fikir sendiri laaa...

Dr Alwi tengah check seorang nenek yang mengadu sakit... Azeez bawak ramai doktor dalam misi ni...

Sedang menunggu giliran... kesian nenek ni dengan cucunya...

Nasib anak ini sangat berbeza dengan nasib anak-anak kita di Malaysia... tu pun tak reti bersyukur lagi?

Demam dah lebih seminggu... kesian betul... mengalir airmata aku kat kampung ni...
Walaupun dalam kadhaifan, kalimah syahadah tetap teguh di bumi Rakhine ini... Allahu Akbar...

Mahfuz mampu bela nasib adik-adik ni? Aku dengar, PAS cuba hantar orang dia ke wilayah bergolak untuk beri bantuan... diorang hantar 2 orang je? Itu pun tak lepas masuk kat wilayah bergolak... mampu sampai kat Yangon je? Lepas tu balik? Itu je yang mampu PAS buat? Patut pun Mahfuz tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji...

Azeez dok ajar makcik ni 1Malaysia... heheheheee.. terbakar kalau Mahfuz tengok... Hahahahaaa..!!!

Seorang isteri yang taat pada suami.. walau susah macamana pun, takde dapur gas, takde microwave, letrik takde, air bersih terhad, makanan mentah pun kurang, dia tetap masak demi keluarga... korang macamana? Lupa pulak.. bedak yang bertempek kat pipi dia tu memang famous kat Myanmar.. bedak tu bedak tradisional.. sejuk jer... diorang selamba je pakai keluar ke bandar... aku dah try dah... heheheeee...

Aku tak tau berapa kali depa ucap terima kasih kat aku sepanjang jalan... dan aku rasa, tak terhitung pahala Azeez Rahim melalui misi ni... tu yang aku jeles tu... adehhh...!!!

Wartawan ni sempat bermesra dengan baby Rohingya ni.. seronok dapat lolly pop...

Kitorang hadiahkan topi kat baby Rohingya ni... rasanya mungkin dia simpan sampai dia besar sebagai kenangan dari kami... Hahahahaa...

Terbaik brooo..!!! Mungkin tu la yang pakcik ni kata kat Azeez masa kami nak balik dari kampungnya... Nak kata Azeez nak bertanding PRU kat wilayah Rakhine ni, tak jugak. Tapi kenapa dia susah payah bersabung nyawa datang sini bawak team KP1M ke Myanmar ni? Hmmm... banyak betul pahala dia... mintak sikit boleh?

Adoiii... tangan sapa pulak yang lambai ni... Err. Azeez ke? Gambar ni bukan kat Baling tau... ni gambar kat Rakhine, Myanmar... Penduduk kampung tu siap follow kami sampai ke luar kampung mengiringi kami dengan ucapan terima kasih dan salam perpisahan... ada yang menangis time ni... adehhh..!!! Lembutnya hati manusia...

Tu dia... jenuh kami lambai balik... ada antara kami yang sebelah tangan melambai.. sebelah tangan lagi tengah kesat airmata... saja aku tak siarkan... heheheheee...

Sepanjang kampung tu lambai kami... terharu betul... itulah semangat persaudaraan kami...silaturrahim sesama Islam...
Haaaa... ni la bukti orang Myanmar sanggup sembah Ketua Sami Buddha... kiranya taktik dan percaturan Azeez memang tepat untuk jayakan misi bantuan ni... tahniah Azeez... brilliant.. ternyata Azeez buat homework sebelum buat misi..!

Perghhh..!!! Budak ni memang selamba... korang pernah tengok tak perkara ni kat Malaysia? Dulu mungkin ada... bebudak sekarang ni asyik dok layan smart phone sambil What'sapps boyfriend depa... hancussss..!

Steady betul budak ni... dia jalan selamba je.. laju lak tu... tak jatuh pun kayu tu...heh!

Ni la suasana kat hotel tempat kami menginap setiap kali kami balik operasi hantar bantuan... letih broo..!!! Panas...habuk.. debu.. semua penat... tapi Azeez dan KP1M memang tak kenal erti penat... depa hayun semacam saja... tapi depa dah standby "redbull" awal-awal... hahahahaaa..!!!

Ingattt.. semua ni kena hantar kat kampung etnik Rohingya... jangan lencong-lencong... Duta kami pantau semua ni... setiap lori yang nak hantar mesti inform kat Duta kami tu... kalau tipu, kami rampas balik barang tu... understand?

Petugas KP1M, termasuk Presidennya sekali turun dalam kapal ni punggah barang bantuan.. sekapal brooo..!!! Ni dan tinggal suku ini... lebih 3/4 dah di angkut... amacam? Korang sanggup buat misi macam ni? Dah la kapal tu kena "hijack" kat Yangon, Azeez settlekan... dah sampai kena punggah pulakkk... 3-4 hari pun belum tentu clear barang-barang ni kalau tak reti manage...

Kanak-kanak ni la yang sambut kami dengan ayat surah-surah lazim... terus terang aku kata... dada aku sebak masa tu.. dan aku tak dapat tahan.. airmata ni mengalir jugak macam kawan-kawan aku yang lain... aku tewas akhirnya... lepas tu depa bantai gelak kat aku masa balik ke bilik hotel.. cisss..!!! Depa menangis lagi teruk dari aku apaaa... sampai berhingus..!!! Kah! Kah! Kah!

Betul aku sebak brooo... adehhh..depa ni semua duduk kat kawasan yang dibina khas.. macam kem pelarian tu...lebih dari 10,000 orang Islam ada kat sini...

Semua ahli keluarga brader ni mati dibunuh... manakala 3 orang dalam gambar tu adalah ahli keluarganya yang hilang... puas dia cari...tapi tak jumpa... korang ada pengalaman macam dia?

Kalau korang ada nampak, sila beritahu konsulat Myanmar atau Duta kita kat Myanmar... mungkin depa boleh tolong...
Sidang media terakhir Azeez di Rakhine... dah selesai dah time ni...
Kami dah standby kat Airport dah... tengah tunggu bas.. ehhh.. silap.. tengah tunggu flight... hahahaaa.. hujan renyai-renyai time ni... ni sebelah dalam airport Rakhine tu laaa...

Lepas snap gambar ni, aku tidur sepanjang penerbangan... letih brooo..!

Sebelum balik ke Malaysia, Azeez bawak kami ke pejabat Islamic Religious Affairs Council.. Alaa.. lebih kurang macam JAKIM laaa.. tapi kenapa dia bawak kami kat lorong ni? Macam lorong belakang chow kit je nihhh...

Mak aiihhh... gelap nya.. ni nak pegi mana ni? Kata nak ke Jabatan Agama Islam Myanmar.. ni dah lain macam je gelap ni... macam tempat orang jahat dalam filem je ni... betul ke ni?

Betul la bebbb..!!! Ni la pejabat Islamic Religious Affairs Council kat Yangon... Tu Azeez tengah bincang dengan pegawainya... kesian... itu la nasib agensi Islam di negara luar... yang puak-puak pembangkang asyik dok perlekeh agensi-agensi Islam kita... tak reti bersyukur langsung..!!!

Ni pulak adalah lambang "halal" di Myanmar... kita pun ada jugak kan? Cuma kat Malaysia ni kengkadang tu ada segelintir tauke Cina DAP yang tipu dan letak lambang halal kat kedai depa.. padahal kedai depa tak diiktiraf halal pun oleh Jakim... penipu betul..!!!

Bila aku cross saja tali kaler biru tu, maka maknanya aku dalam perjalanan pulang ke tanahair. Memang menarik pengalaman di Rakhine... rasanya pengalaman ni takde kat tempat lain... perkara pertama yang aku buat masa tiba kat LCCT ialah sujud syukur... Aku lari cari surau dan aku sujud padaNya... betapa bertuahnya aku dilahirkan sebagai Islam, Melayu dan jadi warganegara Malaysia... korang macamana?

7 comments:

Anonymous said...

Cayalah...nak harap puak fuckatan buat macam ni...atau si Mr Bean Mahpus tu nak buat benda yang sama ...mintak maaplah. silap-silap dia pi cari mynmar doll plak atau joint sekali dengan puak sami bunuh puak muslim.

Anonymous said...

Mahfuz boleh ker?? Ceramah Siang malam POngg!Pangg!pongg!pangg ! boleh laaaa !!

Anonymous said...

Terbaik bro... melinang mata aku dengan air mata.

Bershukur aku kepada Allah, aku tak diuji seperti itu. Aku bershukur hidup di Malaysia.

Ayuh umat Muhammad, ayuh orang Islam, ayuh orang melayu.... bersatulah.

Ketepikan permusuhan... pegang tali Allah dengan erat. Nyahkan musuh-musuh Islam..

Adakah kita bersedia menempuh sebagaimana orang Rohingya lalui? Tengoklah anak-anak kita, mampukah mereka menempuhnya?

Tak payahlah mendabik dada ... kita ini lebih Islam dari orang lain.

Tepuk Dada Tanya Iman

Anonymous said...

Tahniah bro..ko dah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam..sebak aku tgk gambar ko beb..sama2 bermuhasabah diri dengan kenikmatan di bumi Malaysia..

Anonymous said...

tak da gambar u org solat 5 waktu tak kan rak dak

FATIN NURAQEELA said...

:'( sye suke entri nie... Bru thu Dato Azeez mcm ne. sejak smlm ramai yg kate dye x lyak(dlm fb). Bg sye beliau lyak utk menjd pengerusi tabung hji :-)

Ahmad Firdaus Burhanudin said...

tahniah bro akhirnya ko post gak gambar2 ni.. biar depa tau mana yang batil dan hak

Bila Kak Su Bersuara... Heh!