Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 22, 2013

16:16 CUBAAN PALING BODOH PAS KELIRUKAN RAKYAT KUALA BESUT..!!!

1715

Antara modal yang ditabur puak pembangkang di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut ialah “16:16”. Tag itu mula disebarkan puak-puak PAS sejak awal kempen pilihanraya dan mereka cuba meracuni minda rakyat Kuala Besut dengan angka tersebut.

Maksud di sebalik kempen “16:16” itu bermaksud PAS mempunyai 16 kerusi DUN dan UMNO/BN juga memiliki 16 kerusi DUN negeri Terengganu. Kononnya jumlah DUN bagi PAS dan BN perlu sama banyak supaya Kerajaan Negeri Terengganu “seimbang”.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi baru-baru ini menegaskan bahawa PAS tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar diberikan pada partinya jika DUN Kuala Besut jatuh ke tangan PAS. Kononnya perjuangan PAS merebut kerusi DUN itu bukannya kerana kuasa atau mahukan jawatan.


Pada saya, hanya mereka yang tak tahu politik dan pentadbiran saja yang akan percaya dengan kempen “16:16” dan kenyataan Abdul Hadi itu. Bagi mereka-mereka yang malas berfikir, mungkin mereka akan termakan dengan pujuk rayu PAS itu.

Saya cabar mana-mana pihak di dalam PAS supaya bertanya pada para penganalisis politik yang waras dan adil, apakah sesebuah kerajaan itu akan stabil sekiranya bilangan kerusi yang dimiliki oleh kerajaan dan pembangkang sama banyak jumlahnya?

Saya yakin, hanya orang gila saja yang akan mengatakan kerajaan yang memiliki kerusi yang sama banyak dengan pembangkang adalah sebuah kerajaan yang stabil! Tidak mungkin..!

Sebagaimana maklum, UMNO/BN sudah “masak” pengalamannya menghadapi PAS yang bertindak sebagai pembangkang sebelum ini. Di dalam dewan, tidak kiralah sama ada dasar yang baik atau tidak, PAS akan bangkang sekeras-kerasnya.

Kita tidak hairan jika PAS mempersoalkan dasar-dasar yang kurang sesuai. Tapi yang peliknya, walaupun dasar-dasar yang dilaksanakan UMNO/BN itu sangat wajar dan mengikut lunas Islam pun mereka bangkang juga! Apa cerita?

Malah kadangkala, program-program keagamaan yang dianjurkan kerajaan BN pun langsung tidak mendapat sokongan dari puak-puak PAS dan mereka “tembak” pula ilmuwan-ilmuwan Islam di majlis itu sebagai “ulama UMNO”.

Justeru itu, mana mungkin sidang DUN Kerajaan Negeri Terengganu akan aman jika berhadapan dengan pembangkang-pembangkang yang sama banyak bilangannya? Rasanya, satu dasar pun tidak akan dapat terlaksana dan bagaimana kerajaan negeri nak buat keputusan?

PAS tidak akan meminta kerusi Menteri Besar? Itu cakap “ahli politik” sebelum menang pilihanraya. Bila sudah menang nanti, lain pula ceritanya…

PAS pernah mentadbir Terengganu selama sepenggal dari tahun 1999 hingga 2004. Sebelum menjajah Terengganu, macam-macam komitmen dan janji yang PAS tabur pada rakyat di negeri itu. Tapi bila sudah dapat kuasa, mereka langsung tidak kotakan kata-kata mereka, bukan?

Malah lebih teruk, negeri Terengganu yang begitu kaya dan makmur ketika ditadbir UMNO/BN, tiba-tiba bagaikan padang jarak padang tekukur, hampir hancur dikerjakan. Mujurlah “penyu enggan menangis” sekali lagi, UMNO/BN kembali merampas Terengganu dari terus dijajah pak lebai PAS…

Jadi, apakah wajar PAS berkempen dan cuba mempengaruhi rakyat di Kuala Besut supaya mengulangi kesilapan yang lalu? Apakah PAS fikir rakyat di Kuala Besut begitu bodoh untuk memperjudikan masa depan negeri dan rakyat Terengganu yang lain?

Sudah-sudahlah menipu rakyat. Warga Kuala Besut tidak mudah terpedaya dengan omongan kosong PAS yang memperdagangkan agama untuk meraih kuasa. Mereka tidak rela lagi dipermainkan PAS. Harap PAS sedar tentang hakikat ini…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

QalamQabut said...

Err... Macam mana kalau jadi 16:16 dan Mat Said serahkan jawatan MB tu kat Hj Hadi. Kan hilang dah pening dia nak fikirkan hal 'balun balak' yang timbul masa PAS pegang Teganu dulu.

Tapi aku rasa Mat Said tak mau Hj Hadi faraid 60,000 lot tanah lagi kat sape2 yang nak. Silap2 Ngoh dan Ngeh dari Perak pun dapat jugak.

Dan aku jugak rasa Hj Hadi tak mau jadi MB sebab dia dah sedar dia bodoh sekali, tak mau jadi bodoh dua kali.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!