Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, June 30, 2013

WIRA TAK DIDENDANG DI PEJABAT UMNO KEDAH LETAK JAWATAN...???

Kalau tak silap aku, hari ni member aku kat UMNO Kedah tu tamat tugasnya. Dalam ertikata lain, dia berhenti kerja lepas all out pastikan kemenangan UMNO/BN di Kedah. Bunyinya macam merajuk jer.. dia tolak tiket melancong dengan UMNO Kedah tu... malas nak pegi katanya...

Tapi tak mengapa la.. Nak buat camana? Aku dah lama kenal brader ni. Sejak di zaman blog "depakata" lagi aku dah kenal dia. Aku kenal gerakan dia. Sama ada secara berdepan atau gerakan di belakang, selalunya semuanya demi UMNO...

Masa PRU ke-13 hari tu, dia banyak bantu UMNO Kedah di sebalik tabir. Ye laa.. dia bukan boss dan bukan ahli UMNO pun! Tapi kalau tengok gerak kerja dia, orang UMNO pun kalah! Memang terbaik!

Bayangkan, dia boleh kerja 24 hours tanpa henti. Kalau setakat balik umah dalam pukul 3-4 pagi tu, tu dah biasa sangat. Aku rasa, dia lebih banyak habiskan masa buat kerja untuk UMNO berbanding kerja untuk dirinya sendiri...

Katanya, dia dibayar gaji untuk tolong UMNO Kedah menang PRU13. Dan tanggungjawab tu dah dia laksanakan dengan baik. Maksud aku, dari sudut apa yang dia ditugaskan la.. Dia deliver kerja dia dan buktikan banyak perkara yang tunjuk kebenaran sebenar...

Aku bukan nak kata dia hero. Tapi kalau tengok dari gaya kerja dia dan hasil kerjanya, aku berani kata bahawa dia adalah antara "unsung hero". Aku berani cakap macam tu sebab aku tengok dengan mata kepala aku sendiri... Dia lebih UMNO dari sesetengah ahli UMNO tuuu...

Lepas Kedah dapat dirampas balik dari PAS, katanya tugas dia dah selesai buat masa sekarang. Tapi dia yakin, tugas untuk PRU ke-14 memang lebih mencabar dan teruk! Dia kata, gerak kerja patutnya dah mula jalan dah dari sekarang...

Bila dia berhenti kerja, maka aku rasa separuh dari gerak kerja di UMNO Kedah lumpuh. Aku tak sure pandangan orang lain, tapi aku percaya brader ni sangat-sangat diperlukan untuk PRU ke-14 nanti... Mungkin UMNO Kedah tak perlukan blogger, tapi brader ni memang diperlukan...

Aku call member aku tadi. Dia kata, dah terlanjur jadi cam ni, dia kata dia nak berehat sat. Dia kata, dia malas nak bagitau sesapa ke mana dan macamana dia nak berehat tu. Tapi dia janji, hanya aku saja yang tau dia pi mana... hahahahaaaa...

So takpalah. Aku ucapkan selamat berhenti kerja, selamat menganggur macam aku dan selamat berehat "sembunyikan diri". Kita "hibernate"....heh!

6 comments:

Anonymous said...

memang umno kedah becelaruuuuuu,
pru14 makin susah, dan mungkin anggapan "RAHMAN" akan berakhir,
petugas2 umno dibiarkan selps pru13, org2 PAS masih dikekalkan lagi di dalam GLC Kedah, makan gaji, gaji besar2 belaka, walaupun kerajaan negeri sudah berubah tangan, tapi depa masih berkuasa ke atas GLC dll, penuh dgn wang yang dinikmati mereka,
ahli2 umno di pinggir, diketepi, tiada langsung diajak berunding, ahli2 umno kini ramai kecewa, beginilah juga kedah dibawah det khalid dlu yang memberikan ahli2 umno kecewa, seterusnya pru12 kecundang, cepatlah belajar wahai pemimpin2 BN, jgn aniayakan ahli2 nti buruk padahnya, pemimpin2 umno bergaji, ahli2 mengharapkan makan gaji, jika ini tidak dipedulikan, tunggulah akibatnya, betul lah kata org 'melayu dah tak kira siapa akan jadi kerajaan pd pru14 nti'......

anaQarbana said...

Dimana-mana pun macam tu...hilang manis hampeh kenalah dibuangkan....kalu nasib baik hampeh depa buat baja untuk membesar dan menyuburkan orang lain...bukan dalam UMNO je...dalam jabatan kerajaan pun cama...tapi bunyinya baik sikitlah...bersara..pencen..sedangkan ise, gerak kerja dia semangat kerja dia lebi baik yang yang belum bersara.....maka pergilah dia dengan labu-labunya....

Anonymous said...

JolokkK... fikiran diujung jari.

Anonymous said...

salam bro.

salam hormat dan terima kasih untuk rakan tersebut.terima kasih untuk semuanya.banyak dari kita unsung heroes yang d lupakan pemimpin termasuklah presiden UMNO...

terima kasih banyak2

budakteranung

kluangman said...

Masalah besar kalau rasa diri hebat. Semut tetap semut, tak kena kencing manis walau telan manisan hari-hari. Jadi apakah perlu mahu mengangkat diri sebagai gajah?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!