Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 13, 2013

TERKINI..!!! UPDATE STATUS USTAZ AZIZAN DI ICU...!!!

Alhamdulillah... status terkini bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak dilaporkan semakin pulih dan stabil. Walaupun beliau masih di dalam ICU dan dipantau rapi, Ustaz kita ni dah mampu baca surat khabar kat dalam wad...

Kita terus doakan agar bekas MB Kedah ni sihat seperti dulu. Walaupun Ustaz dari PAS, berbeza fahaman politik dengan kita dan hilang dua belah kakinya, kita tetap hargai dan hormat beliau sebagai saudara seagama dengan kita...

Kita tak macam puak-puak PAS Kedah yang dok fitnah, tohmah dan buruk-burukkan Ustaz Azizan lepas PAS kalah PRU13 hari tu. Biar la puak-puak PAS tu tunjuk "rupa" depa yang sebenar. Selama ni depa dok berlakon baik... tapi kali ni depa dah tunjuk "akhlak" sebenar depa...kan?

Berikut adalah pengesahan status terkini Ustaz Azizan...



Azizan masih dirawat di ICU, keadaan stabil

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) namun keadaannya semakin stabil.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Helmi Khalid berkata, Azizan telah sedar namun tidak sepanjang masa kerana perlu berehat.

"Dua hari lalu Azizan ada minta surat khabar untuk dibaca dan kami pun bagi dia baca surat khabar yang mana ada di HPP.

"Hari ini juga dia sedar, keadaannya semakin baik dan dia akan menjalani rawatan sehingga benar-benar pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Onlinedi sini hari ini.

Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas negeri dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman. 

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Fazillah Mohd Ali yang juga sepupunya dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Azizan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Mukhriz berikutan kekalahan pakatan pembangkang negeri kepada BN pada pilihan raya umum itu. - UTUSAN ONLINE

1 comment:

Anonymous said...

.Sesiapa yang pergi menziarahi ustaz ni toonglah jangan bercerita pasal politik lebih2 lagi pasal nuar bagilah sstaz tu rehat secukupnya....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!