Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 15, 2013

TERKINI..!!! TAKLIMAT PEMILIHAN UMNO KEDAH 2013..!!!

Selepas taklimat PRU13, kini tiba pula giliran taklimat pemilihan UMNO 2013 mengambil tempat. Sedar tak sedar, masa untuk lebih 3 juta ahli berdaftar UMNO untuk memilih pemimpin-pemimpin UMNO di seluruh negara...

Tak terkecuali di negeri Kedah, taklimat pemilihan UMNO diadakan pagi tadi di Bangunan Tunku... Khabarnya, corak cara dan kaedah pemilihan UMNO kali ni berbeza berbanding dulu... ada transformasi...

Katanya, akar umbi kali ni ada peluang untuk tentukan pemimpinan tertinggi UMNO sama ada di peringkat Pusat mahupun di peringkat negeri, bahagian ataupun cawangan masing-masing... 


Pada aku, cara ni ada pro can contra. Ramai kengkawan aku bincang pasal perkara ni. Depa kata... siapa yang popular dan buat kerja dengan baik, akan senang terpilih. Siapa yang dikenali ada kepentingan diri dan banyak "kudis", dah tentu "karam"...heh!

Depa kata, pemilihan UMNO kali ni sengit. Dan kalau diberikan fokus di peringkat negeri (bahagian la maksud aku tu...), lobi melobi dah bermula sebelum PRU13 hari tu dahhh.. 

Aku pilih sapa? Aku pilih pemimpin yang tolong rakyat, yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat, yang tak merajuk buat perangai bila tak lekat jadi calon, yang tetap bersama UMNO dan BN walau tak diangkat jadi calon...

Pada aku, berjuang untuk Islam, bangsa dan negara ni, tak perlu jadi pemimpin pun boleh dilakukan. Bila ahli-ahli UMNO tengok individu tu ikhlas berjuang dan buat kerja, tak payah promote kempen pun akar umbi akan pilih dia jadi pemimpin...kan?

Anyway, aku ucapkan selamat bertanding pada semua. Bertanding cara sihat tauuuu...! Heheeeee.. Kami sekadar tengok-tengok kat tepi sajaaaa... heh! Mana yang kami berkenan, kami tolong promote. Tapi kalau buat hal, kami "cuit" la sikit...boleh? Jangan marah aaaaa.... heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!