Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 11, 2013

TERKINI..!!! DUKE JUGA BERSARA DARI BLOG..???!!!


Agak lama saya mendiamkan diri. Lebih kurang 5 hari. Ramai yang bertanya, apakah saya nak ikut jejak langkah Gomo - tutup blog? Saya tersengih...dan jawapan saya, TIDAK SAMA SEKALI..!!!

Entah la... tiba-tiba saya takde mood nak menulis. Ada macam-macam isu dalam kepala, tapi takde mood nak menulis. Mungkin masih lagi dalam mood "holiday" kot?

Bukan apa... dok tengah asyik tengok orang pergi bercuti setelah penat bekerja sepanjang PRU13 hari tu. Ada yang dibawa berehat di Jakarta, ada yang ke Ho Chi Minh, ada ke Krabi, ada ke Australia, ada ke Switzerland, ada ke Cambodia.. dan paling cikai pun dibawa ke Langkawi seminggu!



Saya? Saya dok depan pagar rumah je laaa.. "Demam" dan tak mampu nak ke mana-mana untuk berehat. Rehat kat rumah la kot... 

Rasanya saya belum lagi mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada seluruh pengundi di Kedah, khususnya dari saluran 1 dan 2. Jutaan terima kasih dan tahniah atas pilihan bijak tersebut. Hanya Allah saja yang akan membalasnya dengan kepimpinan sebuah kerajaan yang terbaik penggal ini...

Seterusnya, saya ucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO/BN di seluruh negeri Kedah yang bertungkus lumus siang dan malam berusaha memastikan kemenangan BN di negeri kita ni. Jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga...

Tanpa kalian semua, UMNO/BN tidak akan menang di Kedah. Kalian semua adalah faktor utama kemenangan UMNO/BN Kedah kali ni. Berehatlah sepuas-puasnya setelah beberapa malam tak tidur berkempen selama musim PRU baru ni...

Blogger? Blogger pro-UMNO/BN Kedah tetap seperti biasa... Dok kat rumah masing-masing dan menulis setiap hari.. macam 6-7 tahun dulu juga, tak berubah perjuangannya. Rehat? Rasanya kami tak pernah rehat kot.. hanya "demam" sikit saja...rehat kat rumah je laaa.. heh!

1 comment:

MMI said...

Slm Duke mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com utk makluman blog Duke sudah pun di pautkan di blog MMI.Terimakasih.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!