Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 26, 2013

PUTERI UMNO: APA DAH JADI DENGAN ADIK-ADIK KITA NI..?

Di awal penubuhan Puteri UMNO di zaman Tun M dulu, sayap paling bongsu UMNO itu dilihat sangat mantap. Dengan kepimpinan Azalina yang tegas, mampu memberi command dan pro-aktif, Puteri memang digeruni pihak pembangkang...

Tapi itu dulu. Lepas Noraini ambil alih, Puteri makin slow. Dan sehingga kini, Puteri dilihat tidak bermaya. Hanya Puteri diperingkat grassroot saja yang mampu jadi jentera bantu gerak kerja UMNO, tapi dari sudut kepimpinan, depa terlalu goyah...

Aku sendiri pernah interview Datuk Rosnah kat bilik dia di Parlimen dulu. Masa tu dia masih Timbalan Menteri Kesihatan. Dia akui.. Puteri memang lesu dan makin "mandom"... Dia sendiri pun teruk nak "bangunkan" Puteri...



Dia akui, Puteri di zaman Azalina paling mantap dan terlalu lesu di zaman yang dia ketuai. Malah masa aku tengah interview dia, dia dapat sms dari press bertanya pasal sorang Ketua Puteri Bahagian yang "kantoi" di mahkamah Syari'ah.. 

Masa tu, Datuk Rosnah ada tanya pandangan aku, nak buat camana dengan kes Ketua Puteri Bahagian ni. Aku just cakap.. kalau aku, aku serah pada mahkamah, tapi Puteri takkan kompromi dengan mana-mana anggota yang tidak bermoral... Dia setuju dan itulah yang dia beritahu kat press..

Masa dok sembang dengan dia, kami setuju bahawa Puteri makin lemah sebab di ketuai oleh beberapa individu yang kurang berkelayakan dari sudut kepimpinan.

Pada aku, ada beberapa individu ni yang sebenarnya hanya layak jadi followers, dan bukan leaders. Sebab apa? Sebab mentaliti dan cara depa berfikir. Depa kebudak-budakan dan bila jadi ketua, depa masih lagi kebudak-budakan...

Rosnah sendiri akui, ada sebilangan individu yang jadi Ketua Puteri Bahagian yang mindanya bukan minda seorang pemimpin. Depa sebok berinteraksi dalam media sosial, tapi hanya berkisar tentang perihal apa yang depa makan, apa yang depa minum, kereta rosak dan boyfriend..

Ada dikalangan depa yang dah jadi buah mulut masyarakat setempat. Tapi depa tak sedar dan ego depa sebagai Ketua Puteri membuat depa enggan terima teguran atau nasihat. Kadang-kadang, kena marah dengan Ketua Bahagian pun depa boleh buat tak peduli...

Ada jugak Ketua Puteri yang langsung tak reti bercakap, tandus idea, tak tahu memimpin dan kurang daya intelek. Bila ditegur, depa melenting marah. Padahal, apa yang ditegur tu sebab nak bagi depa jadi elok... tapi depa tetap takleh terima...

YB Rosnah luahkan apa yang dia rasa pasal Puteri kat aku time tu. Frankly, aku kesian sangat kat dia. Tapi, aku ada tinggalkan beberapa tips untuk dia. Thanks to my friends yang selalu bagi komen pasal performance Puteri dalam discussion dan sesi brainstorming kami...

Tak lama lagi akan diadakan pemilihan agong UMNO. Itu bererti Puteri juga terlibat. Camana? Dah sedia untuk memilih? Pilih la yang ada sifat kepimpinan. Yang ada visi dan hala tuju, bukan yang tak tentu hala. Pilih yang educated. Kalau calon terbaik tu kurang educated, pastikan dia ada "wow factor" untuk dipilih sebagai ketua korang...

Amacam? Ada cadangan lain untuk perkasakan Puteri UMNO semula? Atau nak biarkan layu terus sampau "kaput"? Ada komen?

2 comments:

kluangman said...

Zaman najib, puteri tidak relevant untuk aktif - kelak kalau tak kena herdik dng rosmah - jadi tukang angkat beg rosmah pula.

Zaman najib - pemuda jadi budak baik, pukul 3 baca buku, pukul 5 main papan gelungsor dpn rumah, pukul 7 dah siap mandi, pukul 7.30 tengok ultraman.

Jadi? Apakah perlu puteri jadi tomboy?

Anonymous said...

Puteri dan Pemuda UMNO serupa juga, tak apa yang perlu dibangga, takut kot,sikap yang agresif dan rasis dari PR, terutama sekali DAP. Apa nak buat melayu kena terimalah, dalam UMNO pun bukan semua yang memperjuangkan bangsa dan agama.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!