Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 15, 2013

PUSAT TAHFIZ PULAU TUBA: EXCO AGAMA KERAJAAN BN KEDAH "ZALIM"?

Ishhhh..ishhh..ishhh..!!! Zalim betul la Kerajaan BN Kedah ni.. Tak sampai 100 hari mentadbir Kedah, Pusat Maahad Tahfiz di Pulau Tuba jadi mangsa? Pusat Tahfiz tu ditutup Exco Kerajaan Negeri? Biar betoiiii...?

Itu la yang dituduh oleh puak-puak blogger PAS Kedah. Depa tuduh macam tu...Sampai Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah keluarkan kenyataan pasal "kezaliman" Kerajaan BN... ish..ishhh...ishhhh...!

Tapi, betul ke apa yang Pemuda PAS Kedah kata tu? Atau itu adalah satu lagi fitnah yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan Kerajaan BN Kedah yang dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir..?

Sebenarnya...


Cerita yang dikatakan Dewan Pemuda PAS tu sama sekali tidak betul. Bukan saja tidak tepat, malah tuduhan tu boleh dikategorikan sebagai "syubhah fitnah". Apa jenis "pejuang Islam" yang dok amalkan "fitnah" ni, bro?

Menurut Exco Agama, sudah terang-terang beliau menegaskan bahawa Pusat Tahfiz di Pulau Tuba tu hanya ditangguh untuk dikaji semula... aku ulang.. DITANGGUH UNTUK DIKAJI SEMULA...!!!

Menurut sumber, duit peruntukan untuk Maahad Tahfiz tu sebenarnya dah HABIS digunakan oleh KERAJAAN PAS KEDAH sebelum PRU13 hari tu. Sekarang ni nak kena cari peruntukan baru la untuk Maahad Tahfiz tu. Ahmad Yahya boleh tanya Taulan Rasul tentang perkara ni...

Faham bahasa, tak? Berbeza sangat la dengan makna perkataan DITUTUP dengan DITANGGUH UNTUK DIKAJI SEMULA... Aku rasa, Dewan Pemuda PAS Kedah perlu hantar blogger dan Ketua depa pi tiusyen bahasa balik... depa ada masalah kefahaman bahasa...

Pusat Tahfiz tu sebenarnya hanya ditangguhkan buat sementara waktu untuk dikaji semula. Mungkin ada yang tak kena dan kurang sesuai dalam perancangan PAS Kedah sebelum ni. Jadi, mungkin perancangan lebih teliti dan berkesan sedang dikaji semula untuk Maahad Tahfiz tu...

Jadi, tak payah la nak bohong rakyat dan fitnah Kerajaan BN Kedah. Belajar-belajar la jadi pembangkang yang bertanggungjawab, sihat minda dan faham bahasa noooo... Aku harap Ahmad Yahya faham dengan teguran kali ni...

Salam bro... salammmm... heh!


5 comments:

Anonymous said...

puak2 pencacai fitnah memang mcm tu, awat depa tak bising bila madrasah salihiah alor setar di robohkan utk buat pusat hiburan.......
Kerajaan BN ada pengalaman luas dlm mentadbir negara, Kalu tak sesuai maahad tahfiz tu di bina d langkawi, ubah sja ketempat lain, tapi kena rujuk kpd pas dulu, dimana duit peruntukan depa simpan......
bagi keluar duit tu dlu, baru BN boleh terus bina.....
tak kan duit nak buat sekolah tahfiz pun hangpa nak sebat.....

FATIN NURAQEELA said...

Nasib baek admin ade cerita kn benda btl.. Alhamdulillah.. :-) btl kate admin.blogger pakatan kne pi tusyen,bhasa Malaysia fail cm LGE jge.. Runtuh dikata luntur/lentur..huhuk,

hidup ummnu said...

Betul tu.awat depa dok bising bila kita runtuhksn masjid Kpg Bujal,Terengganu.depa runtuh bole kita runtuh tak bole

Anonymous said...

Blogger pas..kenapa anda zalim sangat ni??? Pemimpin pas dan .ustaz haron din kenapa zalim sangat dengan terus membiarkan kemungkaran fitnah berleluasa dari pihak anda???? Macam tak takut neraka pulak...

Anonymous said...

Pejuang pas dah lari dr landasan...golongan yg baru nak berjinak ngn pas pun dh terpedaya dgn fitnah yg ada...bercakap benarlah walaupun pahit utk didengar...itu adalah lebih baik dari membuat fitnah..sayang sekali..ilmu agama yg banyak dipelajari..hanya sedikit di praktikkan ke jln yg benar.....lebih baik dari org yg sedikit ilmu agamanya tapi mempraktikkn semua ke jalan yg benar..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!