Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 13, 2013

PENGHARGAAN UNTUK TMK: PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM CUTI-CUTI 1TMK...!!!

Adehhhh...kesian pulak aku dengar rintihan member TMK aku yang sorang ni, Aktivis UMNO Pekan Naka aka AUPN. AUPN ni salah seorang anggota TMK...dia aktif Facebook.. dan banyak berjuang lebih 5 tahun menentang rejim PAS Kedah bersama TMK...

Dia mengeluh...dia hanya dapat tengok saja kawan-kawan dia di bahagian-bahagian di bawa berehat ke luar negara...Sedangkan kami TMK ni takdak sapa yang bawak berehat ke mana-mana...

Relaks la Bro... ni aku beritahu berita baik kat hang... Untuk pengetahuan hang, TMK akan mengadakan cuti-cuti 1TMK tak lama lagi... mungkin dalam masa terdekat ni kot... detailnya adalah seperti berikut...



TMK akan menganjurkan pakej cuti-cuti 1TMK berehat di Titi Hayun. Tapi memandangkan ayaq kat situ tak berapa elok, mungkin kita akan beralih ke Lata Sedim, di Kulim nuuuunnn...

Tarikh cuti-cuti 1TMK tu akan aku beritahu kelak selepas berbincang dengan boss TMK, Mctheory, melalui facebook...mungkin kita akan berada di situ 3 hari 2 malam...Jadi jangan lupa bawak broadband masing-masing.. perjuangan kena teruskan jugak walau dalam cuti...heh!

Jadi, semua anggota TMK dinasihatkan supaya bawa khemah, periuk belanga, bahan-bahan mentah seperti beras, sardin, ayam, daging, rempah, santan, garam, gula, teh, kopi, milo dan sebagainya, mengikut keperluan dan kehendak masing-masing...

Jangan lupa jugak bawa pinggan dan cawan kertas. Beg plastik hitam untuk buang sampah pun jangan lupa bawak tauuu.. kita takmau cemarkan alam sekitar kat Kedah ni... faham?

Oleh itu, aku harap AUPN tak sedih-sedih lagi lepas ni tengok orang pi jalan-jalan. Kalau depa pi jalan, kita pun boleh pi jalan apaaaaa...! Tak kira la jalan jauh ke dekat ke.. asalkan kita jalannnn...kan?

AUPN perlu tahu, depa dibawa jalan-jalan sebagai satu penghargaan atas jasa depa kuat bekerja masa PRU13 hari tu. Kita pun iktiraf kerja kuat depa. TMK tak perlu jeles-jeles dalam hal ni. Kalau TMK nak berjalan, kita bawak pi berjalan... cuma ke Lata Sedim je laaa... nak ikut? Heh!


3 comments:

McTheory said...

Siott Duke.. hahahah..

zs said...

aku ni x penah pi aloq staq mall, so bole ka anjur p jenjalan 1 hari disitu?

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Bila Kak Su Bersuara... Heh!