Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 13, 2013

PEDASSS..!!! MATA MAHFUZ TERBELIAK TENGOK MUKHRIZ BUAT KERJA KAT KEDAH..!!!?? @MukhrizOfficial @MukhrizMahathir #DemiKedah

Aku rasa puak-puak PAS, khususnya para bloggers depa akan "terbeliak biji mata" bila tau pasal perkara ni. Bukan apa, bila orang Kedah kata depa tak reti perintah negeri, depa marah. Bila orang Kedah kata depa tak reti jana pendapatan untuk kerajaan negeri, depa marah...

Tapi memang betoi pun...kan? 

Memang depa tak reti perintah dan jana pendapatan untuk kerajaan negeri...yang depa tau ialah balun balak sebanyak mungkin sampai licin gondol, korek semua mineral hasil bumi dan balun duit peruntukan jalanraya yang depa dapat beratus juta dari kerajaan persekutuan...

5 tahun PAS tadbir Kedah, hutang Kerajaan Negeri dah sampai mencecah RM3 bilion! RM3 bilion, bukan RM3 henggetttt..!!! Itu pun depa kata PAS perintah Kedah baguih elok "merelitttt"... heh!


Adehhh..ramai pulak orang Jepun yang mai nak melabur... terbeliak mata puak PAS..?!
Tapi bila BN kembali mentadbir Kedah, tak sampai 100 hari pun...dah berbilion-bilion ringgit akan masuk ke negeri Kedah...

Semalam, aku diberitahu pelaburan baru yang membabitkan bidang automotif bernilai RM7.1 bilion akan masuk di Kedah. Bila ada pelaburan macam tu, maka peluang pekerjaan pun akan ada jugak la.. Puak-puak PAS jugak yang akan beratur mintak borang kerja nanti...heh!

Lepas tu, Mukhriz semalam bagitahu bahawa projek ZIPY kat Yan tu akan diteruskan. Projek tu dulu BN punya idea. Tapi lepas PAS ambil alih, depa nak ambik nama, ubah nama projek tu kepada SULIHH...

SULIHH tu ntah berapa kali tangguh ntahhhh..!!! 5 tahun tak nampak apa pun. Bila tanya, asyik tangguh je jawapannya. Tapi ZIPY dah wujud kembali... berbilion juga projek tu. Ada peluang pekerjaan lagi... Puak PAS jugak la yang akan serbu...kan? kan? kan?

Dan siang tadi, aku difahamkan MB Kedah bertemu dengan para pelabur dari Jepun kat Kulim Hi-Tech (KHTP). Bukan sorang dua orang Jepun yang mai... ramai pulak tu..! Heh! Tak terbeliak bijik mata puak PAS?

Amacam? Tak sampai 100 hari, dijangka berbilion pelaburan baru.. aku ulang "pelaburan BARU" akan masuk ke Kedah. Pelaburan BARU ni bukan diusahakan olah PAS dan disambung oleh BN.. Tapi fresh investment yang dibawa masuk oleh kerajaan BN Kedah...heh!

Semuanya pasal nak bayar hutang yang PAS tinggalkan. RM3 bilion! Bukan sikit jumlah tu. Kalau PAS terus perintah Kedah penggal ni, silap-silap jadi hutang RM6 bilion... Menyusahkan orang Kedah betoi la puak PAS Kedah ni... hishhhh..!

5 comments:

Anonymous said...

pas ni yg dia tau memaki hamun, fitnah, menipu lepas tu keje orang lain pas akan kata keje dia.. silap2 hutang 3 bilion pun pas akan perbodohkan macai2 dia kononnya BN yg punya..... kahakkk pthuiii punya pas...

Anonymous said...

Dah tahu puak ni bangang mentakbir negeri tapi mengapa masih ramai org mengundi pas?contoh terbaik kelantan,mengapa ye?

Anonymous said...

Alhamdulillah, aku juga harap kebajikan dan kebersihan juga dipulihkan. Dah nampak macam kelantan ja aku tengok masa Pas perintah. Kat pekan tu, tolong la tangkap anjing tak bertuan yg dok melilau dekat rumah orang. Kat kampung pulak, tolong la ambik kontraktor kebersihan yg mahal sikit supaya sampah diangkut kerap. Parit2 disenggara, rumput lalang ditebas selalu. Aku pasti rakyat akan bahagia.

Anonymous said...

Itu CEO CEO GLC Kedah generasi PAS bila nak pecat?...

Anonymous said...

Sebab sikap ego dan bodoh sombong org melayu spt ini...apa jua kebaikan akan dijebek....tai last kalau tak dapat survive mula lah amik tongkat dan jln terdengkot2 menagih bantuan dan mengemis simpati...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!