
Seperti yang dijangka,
drama kononnya DAP akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli
Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, hanyalah sekadar “wayang opera Cina”
apabila tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadapnya.
Setiausaha Publisiti
DAP, Anthony Loke yang pada mulanya “garang” mahu mengambil tindakan
terhadap Teck Hwa, tiba-tiba kendur mengatakan DAP memberi keampunan
kepada Ahli Parlimen DAP itu setelah dia meminta maaf.
Teck Hwa hadir di
program Taklimat Ahli-Ahli Majlis Dewan Rakyat Majlis Parlimen ke-13 di
Parlimen semalam dan memberi alasan bahawa dia “tidak tahu” bahawa
seluruh ahli parlimen pembangkang memboikot majlis tersebut.
Persoalannya, boleh
terimakah alasan “tidak tahu” sedangkan semua ahli parlimen pembangkang
yang lain tahu tentang agenda memboikot majlis tersebut, bukan? Logik
akal alasan “tidak tahu” pada saya tidak dapat diterima akal…
Pada hemat saya, DAP
sebenarnya enggan mengambil tindakan terhadap Teck Hwa memandangkan Ahli
Parlimen Bakri itu sebangsa dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng.
Hanya kerana dia
berbangsa Cina, Teck Hwa dilepaskan dari sebarang hukuman atau tindakan
disiplin lain dan hanya diberikan sekeping surat amaran yang tidak
bermakna.
Saya yakin, sekiranya
tindakan menghadiri majlis yang diboikot ahli parlimen Pakatan Haram itu
dilakukan oleh mana-mana ahli parlimen DAP yang berbangsa India atau
Melayu, nescaya dia akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas.
Sebelum ini kita pernah
melihat bagaimana beberapa pemimpin DAP berbangsa India dan Melayu yang
dikenakan tindakan disiplin yang agak berat, malah ada dipecat dari
parti hanya kerana meluahkan beberapa ketidakpuasan hati mereka terhadap
pucuk pimpinan parti itu.
Bila dikatakan DAP
mengamalkan semangat perkauman yang sangat tinggi dan mengutamakan kaum
Cina di dalam parti mereka, pucuk pimpinan parti itu akan marah-marah
dan menafikan sikap “chauvinis ultra kiasu” mereka itu.
Namun apa yang kita
lihat dari setiap permainan politik DAP, kita dapat lihat dengan jelas
bagaimana sayang dan tebalnya sifat rasis mereka yang melebih-lebihkan
kaum Cina dalam pelbagai sudut.
Misalnya, kemelut
pemilihan CEC di dalam DAP yang lalu menyaksikan “auta” pemimpin Cina
DAP yang keterlaluan apabila keputusan pemilihan itu lebih didominasi
oleh kaum Cina berbanding bangsa Melayu dan India.
Hanya seorang dua
pemimpin India dan seorang “Melayu celup” yang “diredhai” menganggotai
Jawatankuasa CEC DAP Pusat itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan
tentang ketelusan dan integriti pemilihan tersebut.
Hasilnya, beberapa
pemimpin DAP kaum India tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap
proses pemilihan parti itu. Pada mulanya ketidakpuasan hati itu
diluahkan melalui saluran dalaman dan memandangkan suara mereka tidak
dilayan, maka ia diluahkan secara terbuka melalui media.
Kerana mempersoalkan
dan meminta penjelasan pucuk pimpinan parti, beberapa pemimpin India di
dalam DAP dipecat dan disingkirkan begitu saja. Dan mungkin kerana
terlalu marah, beberapa pemimpin lain turut meletak jawatan.
Namun DAP tetap menuduh
UMNO sebagai parti rasis dan kononnya mengamalkan dasar perkauman di
negara ini. Padahal, merekalah contoh terbaik sebuah parti yang
berselindung di sebalik amalan perkauman yang sangat tebal di Malaysia.
Beberapa bekas pemimpin
DAP seperti Tunku Aziz sedang giat mendedahkan perihal sifat perkauman
yang ada pada DAP dan saya tertanya-tanya, apakah sukar sangat untuk
menilai betapa kuatnya sifat “chauvinis ultra kiasu” yang ada pada DAP?
Renunglah sendiri…
Sumber: Mykmu.net
3 comments:
Apa kata kalau kerajaan pulak boikot semua pembangkang. Jangan layan kawasan pembangkang. Apa pulak mereka kata. PR ni dah macam budak2 dan aku pelik pas pun dah terikut2.
Our New Opposition Leader...boleh lah wei
Takkan tak hantar wakil pi merisik2... sorang pun cukup le bawa pulang repot, yg lain2 tu mesti duk sibuk nak kena fikir apa helah lagi nak buat supaya kerajaan tumbang..
Dah kalah tu kalah le..
Lain kalilah.
Post a Comment