Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 12, 2013

PANASSS..!!! ORANG KEDAH SEBOK BERCAKAP PASAL "UTC"...!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah

Dulu "billion"...sekarang ni dah berubah jadi UTC...Terbaikkk..!!!
Sekarang ni orang Kedah, khususnya di Alor Setar dok tengah seronok bercakap pasal UTC. Benda apa UTC tu? Bas UTC dulu tu ke? Bukaaannnn... UTC tu "Urban Transfomation Centre" atau Pusat Transformasi Bandar...

UTC ni dah wujud kat beberapa negeri macam di Melaka, Perak dan banyak lagi negeri-negeri yang dipimpin kerajaan BN...

Dalam kata lain, UTC ni akan menempatkan lebih 100 agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, JPJ, Tekun dan macam-macam lagi agensi yang akan memudahkan urusan rakyat dengan pihak kerajaan...

Wow factor yang ada pada UTC ni ialah ia dibuka dari jam 8 pagi dan ditutup pada jam 10 malam! Heh! Jadi, kita orang Kedah ni ada "one stop centre" yang akan memudahkan segala urusan hidup kita.. nak bayar bil senang, nak bayar saman senang, nak buat IC pun dah bertambah mudah...



Lagi pun, UTC ni terletak kat City Point tu... Alaaa.. shopping complex yang akan diubah suai dan semua ni dijangka beroperasi pada bulai Julai ni... Senang la rakyat Kedah lepas ni..kan? Ada pilihan dan tak perlu lagi ke pejabat kerajaan yang selalu sesak dengan orang ramai...

Pak Long Mak Long, Pak Ngah Mak Ngah, abang adik kakak semuanya senang nak berurusan. Lepas ke UTC, depa boleh shopping kat City Plaza kat sebelah tu... tak pun pergi baca buku kat Library tu.. tapi jangan lupas solat kat Pusat Dakwah kat sebelah tu tau... yang tu wajib!

Apa pun, aku ucapkan tahniah pada semua rakyat Kedah, termasuk orang PAS, yang bakal menikmati "hadiah pertama" dari Kerajaan pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir ni... Perkara baik ni perlu disokong..kan?

Tapi tak tahu la kalau ada jugak orang nak bangkang UTC ni... Kalau bangkang jugak, maka betul la orang kata yang puak pembangkang kat Kedah ni "tak berapa sihat"...kan? kan? kan? Heh!

Begitu la...belum sampai 100 hari pun, tapi dah ada "something" yang baik untuk rakyat Kedah. Dapat mandat, terus Kerajaan BN Negeri Kedah buat kerja... tak payah cakap banyak, kerja 24 jam demi rakyat Kedah... syabas BN..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!