Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 27, 2013

PANASSS..!!! INFO MENARIK UNTUK MALAM JUMAAT...


Korang kalau malam Jumaat takde ingat yang lain, ingat yang "itu" saja. Cuba-cuba la latihkan diri baca YaaSin lepas solat berjemaah dengan family. Lepas tu buat tazkirah kitab Ihya 'Ulumuddin sikit... tak boleh?

Kalau tak mampu baca kitab tu untuk anak isteri, sila bacakan kisah kat bawah ni kat depa... InsyaAllah, ia info yang menarik untuk seluruh umat Islam di akhir zaman ni... Wallahu'alam...


SUBHANALLAH…Satu-Satunya ‘Sahabat Nabi’ Yang Masih Hidup!

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya, Muhammad SAW.

Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan.

Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.
Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda  berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan.

peta jordania
peta jordania2

Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Basra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Basra.

1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. kali kedua rasulullah ke Basra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Basra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

~ Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang.

Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
pohon_sahabat3

Dan di dalam video dibawah ini juga, Raja Abdullah II (Jordan) dan Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah SAW turut menziarahi pohon di mana Rasulullah pernah berada di situ.

Wallahualam…- Mynewshub

1 comment:

Anonymous said...

Kalau bolehlah:

Setiap malam baca Yaasin
Malam Jumaat baca surah Al-Kahfi


Kalau bolehlah:

Sewaktu membaca AlQuran, pastikan seluruh aurat ditutup

Bila Kak Su Bersuara... Heh!