Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 13, 2013

MESTI BACA..!!! DEPA DAH LAMA HINA RAJA-RAJA MELAYU..!!!

wasiat raja melayu copy

Sebenarnya, saya masih belum puas hati selagi mereka-mereka yang menghina DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Saya memandangkan tinggi cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang mahu akta Derhaka digubal bagi membendung penghinaan terhadap institusi yang menjadi “payung” rakyat Malaysia bernaung selama ini.

Pada saya, kebiadapan mereka-mereka ini perlu diajar dengan hukuman yang berat memandangkan ia adalah satu kesalahan serius yang mampu mencetus kemarahan bangsa Melayu dan menjejaskan imej kedaulatan Raja-Raja Melayu.


Kalau di zaman kesultanan Melayu Melaka, mereka-mereka ini sudah tentu akan dipancung. Mungkin hukuman itu agak keterlaluan untuk dilaksanakan di zaman ini, namun hukuman itu melambangkan betapa seriusnya kesalahan tersebut, bukan?

Memalukan, masih ada lagi beberapa pengkhianat bangsa yang tak sedar diri dan masih memandang remeh penghinaan kepada Raja-Raja Melayu itu. Antaranya ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusuff, Peguam Suaram, Fadiah Nadwa, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah dan Presiden TERAS, Mohd Azmi Hamid.

Mereka mendakwa, kononnya akta Derhaka ini melambangkan fikiran yang tidak matang, sempit, menghalang kebebasan bersuara, menyekat kemajuan pemikiran dan rakyat perlu diberikan ruang untuk meluahkan pemikiran mereka.

Saya tertanya-tanya, apakah menghina Raja-Raja Melayu itu melambangkan “luas”nya pemikiran seseorang? Apakah memperlekeh dan mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu itu menunjukkan kebebasan suara yang wajar diperjuangkan?

Apakah dengan wujudnya akta Derhaka itu maka ia akan menyekat kemajuan pemikiran rakyat dan sekaligus membataskan kotak pemikiran kita semua?

Saya tak tahu dari mana dan bagaimana akal puak-puak Pakatan Haram ini berfikir, namun dari sudut pandangan saya, ada yang tak kena dengan cara puak-puak ini berfikir.

Akta Derhaka itu pada saya dicadangkan untuk menghukum mana-mana pihak yang memiliki kebiadapan melampau dan keceluparan yang mengganggu sensitiviti kedudukan serta kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang ketuanan Melayu di negara ini.

Perkara ini sangat penting pada bangsa Melayu. Derhaka pada Raja-Raja Melayu bermakna “mencari pasal” dengan bangsa Melayu. Orang Melayu dulu berparang dan berkeris kerana mempertahankan Raja-Raja Melayu. Dan kini mungkin kerana keris disimpan di dalam sarungnya, maka Akta wajar menggantikan “keris” itu.

Saya ingin bertanya, apakah kebebasan bersuara dan meluahkan pemikiran itu maka mewajarkan seseorang itu menghina Raja-Raja Melayu?

Tidak salah untuk mana-mana pihak bersuara dan meluahkan buah fikiran. Namun, adalah salah sama sekali menghina orang lain, khususnya Raja-Raja Melayu yang memiliki kedudukan dan kedaulatan tersendiri di negara ini.

Pada Peguam Suaram, sila buka perlembagaan dan fahami kandungan perlembagaan Malaysia semula. Sia-sia jadi peguam kalau tak faham kandungan perlembagaan negara.

Akta Derhaka wajar dikaji bagi menghentikan tindakan melampau segelintir rakyat yang tidak sedar diri ini. Mereka yang tidak matang, dituduhnya pula orang lain tidak matang. Mereka yang buat salah, dituduh pula orang lain berfikiran sempit…

Pada saya, institusi Raja-Raja Melayu perlu dijaga imej mereka sebagai lambang kedaulatan negara. Malaysia bukan negara republik seperti China atau Singapura. Kalau itu pun gagal dihayati, rasanya elok “migrate” saja ke negara lain dan pohon kerakyatan di sana. Harap maklum.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Sbenarnya puak2 derhaka ni mgaitkan sultan dgn org melayu, apa saje yg ada kaitan dgn melayu akn disanggah, tmasuklah agama Islam, kan mmg itu niat mereka..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!