Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 20, 2013

HANGATTT..!!! CERITA BOHONG DARI POKOK SENA NAK JATUHKAN USTAZ AZIZAN..???!!!

Kecoh kat Kedah sekarang ni pasal cerita kononnya bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak akan meletak jawatan sebagai ADUN Sg Limau dalam masa terdekat. Bersorak sakan depa menghebahkan perkara ni, khususnya pak-pak lebai PAS..!!!

Depa kata, ini peluang keeemasan PAS Kedah untuk "tamatkan riwayat" karier politik Ustaz Azizan dan orang-orang yang wala' pada bekas Pesuruhjaya PAS Kedah tu. Depa nak benam Ustaz Azizan, Sanusi Setpol dan beberapa orang lama PAS Kedah...

Tak cukup dengan itu, depa dah congak-congak nak letak calon PAS di Sg Limau. Depa kata, kalau Ustaz Azizan letak jawatan ADUN tu, depa nak letak "orang Mahfuz" kat situ...heh! Betul ke? Meh sini aku ceritakan perihal sebenarnya...



Dari sumber-sumber risikan aku di Sg Limau, cerita tu adalah satu cerita bohong yang direka-reka oleh mereka yang nak jatuhkan Ustaz Azizan. Depa saja create story macam tu sebab nak tekan Ustaz Azizan supaya letak jawatan selepas keluar wad nanti...

Khabarnya, rancangan menghebahkan cerita propaganda bohong ni berasal dari Pokok Sena! Tu diaaa... jauhnya! Dari Pokok Sena? Ish..ish...ishhhh...!!! Betul ke orang Pokok Sena? Awat yang tak suka kat Ustaz Azizan ni? Awat jadi lagu tuuuu...?

Kalau jadi PRK kat Sg Limau, PAS nak letak sapa bertanding di Sg Limau tu agaknya? Heh! Hangpa letak la sapa pun, aku yakin mesti kalah punyaaaa..!!! Nak tahu kenapa?

Setahu aku, kat Sg Limau tu politiknya lain macam. Dulu, orang Sungai Limau tak kira PAS atau UMNO, depa akan bagi undi kat arwah Pak Teh Mat. Pak Teh Mat ni pak menakan Ustaz Azizan dan merupakan seorang pendokong UMNO tegar... Dulu UMNO pegang DUN Sg Limau...

Lepas Pak Teh Mat meninggal dunia, Ustaz Azizan take over tempatnya. Maka sejak tu, DUN Sg Limau beralih ke tangan PAS. Ustaz Azizan dipancing PAS sekembalinya dari belajar di oversea dan ketika dia jadi lecturer kat UKM kalau tak silap aku...

Dan kali ni korang nak fikir senang nak jatuhkan legasi kepimpinan keluarga Ustaz Azizan kat Sg Limau? Heh! Ingat lah... orang Sg Limau tak sebodoh orang PAS di Pokok Sena. Depa takkan undi pemimpin tak cukup akal macam Mahfuz "Bean" tu...heh!

Tak caya? Try la.. Kalau takde PRK kat Sg Limau, try letak calon PAS yang lain pada PRU ke-14 nanti. Aku yakin, korang akan terkejut tengok pengundi Sg Limau berbesar hati akan beri undi pada UMNO/BN...heh!

Amacam? Ada berani? Kalau tak berani...maka tak payah "tebiang" la nak sebar cerita bohong nak jatuhkan Ustaz Azizan tuuuu... heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!