Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 12, 2013

GEMPARRR..!!! RAKAN KARIB ANWAR BUAT PERANGAI DI TURKI...!!!

TOPSHOTS-TURKEY-POLITICS-UNREST

Baru-baru ini negara Turki dilanda masalah tunjuk perasaan dari puluhan ribu rakyatnya yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Turki, Recep Tayyip Erdogan. Mereka berdemonstrasi siang dan malam mengutuk beliau.

Sehingga kini, sudah 10 hari rakyat Turki mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di lokasi-lokasi strategik di Istanbul, Ankara dan bandar Izmir.

Demonstrasi-demonstrasi rakyat Turki itu telah mencabar kesabaran Erdogan yang kemudiannya mengarahkan pihak keselamatan negara itu menggunakan kaedah tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kekecohan tersebut.


Malah Erdogan sendiri telah menganjurkan himpunannya sendiri di tiga bandar tersebut dengan mengumpul para penyokong kerajaan Turki sambil berkata di hadapan penyokongnya…

“Setakat ini kami masih bersabar, tetapi kesabaran kami ada batasnya. Mereka yang tidak menghormati kerajaan akan menerima padah!”

Signifikannya, ketika Erdogan mengeluarkan ancaman itu di Angkara, pihak keselamatan di negara itu sedang melancarkan gas pemedih mata dan menggempur beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Kizilay.

Sebagaimana kita sedia maklum, bila disebut negara Turki, secara sinonimnya kita akan teringatkan “kedutaan Turki”, tempat Anwar Ibrahim bersembunyi kerana takutkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Bila disebut pula nama Erdogan, secara sinonimnya kita akan terbayang wajah Anwar Ibrahim yang merupakan sahabat baik “dewa PKR” itu. Kalau Anwar susah, selalunya Erdoganlah tempat dia mengadu…

Malah golongan yang “diimplan” Anwar di dalam PAS juga dikenali sebagai golongan “erdogan” selain digelar “Anwarinas”, bukan?

Persoalannya, apakah Anwar tidak marah pada sahabatnya itu kerana menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan rakyat Turki yang berhimpun memprotes pentadbirannya di negara itu?

Anwar cukup “phobia” dengan meriam air dan gas pemedih mata. Bukan apa, dia selalu anjurkan demonstrasi haram dan pihak berkuasa di Malaysia sering melayan tindakan melampaunya itu dengan meriam air serta gas pemedih mata.

Setiap kali Anwar dan pengikutnya yang berdemostrasi diserang pihak polis dengan meriam air dan gas pemedih mata, maka mereka akan menuduh BN sebagai sebuah kerajaan yang kejam serta mempergunakan pihak PDRM sebagai “anjing” politik.

Apakah Anwar tidak marah pada sahabatnya itu menggunakan kaedah Kerajaan Malaysia itu untuk menangani kekecohan yang ditimbulkan rakyat Turki? Anwar tidak berani tuduh Erdogan sebagai “kejam”?

Atau, apakah Anwar sanggup mengecam puluhan ribu rakyat yang menuntut Erdogan meletak jawatan secara demonstrasi jalanan itu? Anwar sendiri anjurkan demonstrasi menentang kerajaan di Malaysia, apakah dia sanggup mengecam sesuatu yang dia sendiri lakukan?

Nampaknya apa yang Anwar lakukan terhadap kerajaan BN di Malaysia telah mengajar rakyat Turki untuk menjatuhkan rakan karibnya, Erdogan.

Pada saya, Anwar patut kecam Erdogan dan menyokong tindakan puluhan ribu rakyat Turki yang menuntut sahabat baiknya itu meletak jawatan kerana itulah perkara yang sedang dia lakukan di Malaysia sekarang.

Cuma saya tertunggu-tunggu dan teruja ingin tahu, Anwar menyebelahi siapa, rakannya Erdogan atau puluhan ribu rakyat Turki yang berdemonstrasi seperti yang dia lakukan? Anwar juga perlu tahu bahawa “kerajaan Malaysia juga ada had kesabarannya”, bukan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!