Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 25, 2013

GEMPARRR..!!! MAHFOOZ "BEAN" OMAR MERAJUK MARAHKAN ANWAR..???!!!


Aku dapat tahu Mahfoooz "Bean" Omar marah-marah dalam Parlimen semalam. Khabarnya dia tak puas hati Pandikar Amin Mulia dapat jadi Speaker Dewan semula penggal ni. Dan Mahfoooz mula buat perangai tak senonoh dia dalam dewan...

Kalau dah kalah tu kalah laa.. Awat yang Mahfoooz tak suka sangat Pandikar Amin jadi Speaker? Pasal Pandikar selalu suruh Mahfoooz duduk dan tak bagi cakap dalam dewan? Standard la tu... Mahfoooz kan suka merapu... orang meroyan macam dia sapa nak layan?

Aku rasa, kalau Mahfoooz tengok gambar-gambar kat bawah ni, makin meroyan la dia lepas ni.. 




Ada ke patut? Anwar yang dok kutuk DS Najib, TS Muhyiddin, UMNO dan BN selama ni boleh duduk semeja bertepuk bertampar, bergurau senda macam takde apa-apa yang berlaku? 

Dah la tu... Anwar tak ajak Mahfoooz pulak tu! Anwar duduk kat situ sorang-sorang saja dengan pemimpin tertinggi kerajaan. Langsung Anwar tak ajak Mahfoooz? 

Anwar perlu tahu kedudukan dan taraf Mahfooz sebagai Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah adalah lebih kurang setaraf dengan PM. Anwar patut ajak dia duduk sama semeja dengan PM dan TPM!

Lagipun, dengan kelayakan Mahfooz yang memegang PHD ijazah kedoktoran dari Yale Universiti, tahap IQnya jauh lebih hebat dari Anwar yang selalu kantoi dan kalah dalam politik. Paling penting, Mahfoooz mempunyai tahap lawak yang jauh lebih baik dari Anwar..!

Aku risau kalau-kalau Mahfoooz tak mau cakap dengan Anwar lagi lepas ni. Aku risau kalau orang tua tu merajuk. Bukan apa, Mahfoooz tu susah sikit nak dipujuk kalau tak tahu kelemahannya...

Aku cadangkan pada Anwar, kalau nak pujuk Mahfooz, sila buat lawak "SRP". Sebut je "Mahfooz cemerlang dalam SRP", aku yakin Mahfooz akan suka dan baik balik dengan Anwar...heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!