Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 11, 2013

GEMPARRR..!!! INIKAH "HANTU HIJAU" YANG MENYERANG WISMA DARULAMAN..???

Inikah "hantu hijau" yang dimaksudkan di Wisma Darulaman?
Aku ada terbaca tentang "hantu hijau" yang ada kat Wisma Darulaman, kat sini. Katanya, ada MB Kedah dan barisan Exconya telah mula diserang "hantu-hantu hijau" tu... Dan sebab tu la ada "leakage" pasal beberapa info tentang kerajaan pimpinan Datuk Mukhriz...

Masalahnya, info-info yang bocor tu banyak salah dari kebenarannya. Kononnya ada KCS yang bocorkan. Padahal, aku yakin..semua tu bukan KCS punya kerja. Depa sengaja sebut nama KCS supaya Kerajaan BN gaduh dengan badan dibawah kuasa DYMM Sultan Kedah tu...

Jadi siapa gerangannya "hantu hijau" ni? Heh! Toyol ke apa "hantu-hantu" ni?



Aku dan rakan-rakan aku sebenarnya tengah cuba sedaya upaya kami untuk trace siapa "hantu-hantu" tu. Bukan apa, kalau dah dapat bukti nanti senang kita nak deal dengan "hantu-hantu" ni...heh! Akta Sosma ada...OSA pun ada...

Cuma aku nak ingatkan "hantu-hantu" ni. Buat kerja profesional la sikit. Tolak la politik ke tepi. Kalau dapat dibuktikan nanti, depa yang susah... kena tindakan disiplin la.. kena pindah sana sini la.. kena terminate la... lepas tu nak marah kat kerajaan. 

Padahal depa yang tak amanah dan terbabit salah laku kerja...kan? Budaya tak mengaku salah sendiri dan salahkan orang lain memang lumrah dalam dunia ni... contoh terbaik, Anwar Berahim...

Jadi, aku minta hantu-hantu yang bocorkan info palsu dari Wisma Darulaman tu supaya hati-hati. Bukan mengugut. Tapi perkara tu salah dan perlu dihentikan. Ingat... rezeki gaji dari Wisma tu korang guna untuk bagi makan anak isteri... kalau kerja tak amanah, halal ke rezeki tu?

So... sendiri fikir la. Korang nak politik, boleh. Itu hak demokrasi. Kalau takmau bantu kerajaan negeri, sila berhenti kerja macam Dr. Jamil dan kroni-kroni dia kat Insaniah Holding buat tu. Resign terus... senang cerita...kan?

Amacam? Ada berani? Setuju?

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jual dan beli secara online atau iklankan perniagaan anda di www.produkmuslim.info

Daftar segera ia percuma

Terima kasih

TOYOL said...

Ada hantu yang dok kat cafeteria wisma 24 jam seperti mai pejabat. Tiap-tiap hari ada tapi dah pencen pun dok ada lagi.
Jengok sana, jengok sini, korek sana, korek sini, selak fail sana, selak fail sini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!