Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 19, 2013

GEMPARRR..!!! BUKTI ANWAR LEBIH KAFIR DARI ORANG KAFIR...?!!!

tnc

Rasanya semua umat Islam di negara ini tahu dan faham tentang rukun iman ke-6 di dalam Islam iaitu “percaya pada qadha dan qadar” yang ditentukan Allah SWT. Ustaz atau Ustazah kita pernah ajar kita perkara ini sejak di tadika lagi, bukan?

Setelah itu, kefahaman dan pengertian percaya pada ketentuan Allah itu dihuraikan pada kita di sekolah rendah dan menengah. Malah bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di dalam jurusan agama pasti mendalami isi dan maksud di sebalik rukun iman ke-6 itu.

Pada 5 Mei lalu, Allah SWT telah menetapkan bahawa BN memenangi PRU ke-13 dengan 133 kerusi parlimen, sekaligus mempertahankan kuasa politik di Malaysia bagi meneruskan kesinambungan perjuangan sebuah negara Islam yang berdaulat.


Namun pada beberapa pemimpin Islam pembangkang, mereka enggan percaya qadha dan qadar Allah itu. Mereka fikir mereka boleh menang, tapi Allah telah kalahkan mereka pada pilihanraya tersebut.

Tidak dapat menerima hakikat itu, Anwar yang begitu gilakan jawatan Perdana Menteri telah menganjurkan himpunan Blackout505 di seluruh negara. Kononnya BN dan SPR menipu dalam pilihanraya pada Mei lalu.

Peliknya, tidak ada satu pun penipuan yang mereka dakwa itu berjaya dibuktikan dengan kukuh. Malah khabarnya petisyen yang dikemukakan baru-baru ini juga langsung tidak disebut tentang “pengundi bangla 40,000” mahupun perkataan “blackout”.

Sebagai pemimpin beragama Islam,  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta Pakatan Haram agar menerima kemenangan BN itu dengan hati yang terbuka memandangkan ia adalah takdir qadha dan qadar dari Allah SWT.

Tapi tanpa rasa hormat pada agama Islam dan jutaan umatnya di negara ini, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, begitu kurang ajar menempelak Abdul Rahman. Katanya, BN menang bukan kerana takdir, tapi kerana menipu.

Pada saya, kenyataan perempuan Cina ini adalah satu penghinaan pada kepercayaan agama bagi seluruh umat Islam di negara ini. Berani dia berkurang ajar menghina rukun iman yang ke-6? Sudah berapa lama dia hidup di Malaysia, tapi masih tak tahu hormat agama kita?

Apa tujuan Teo Nie Ching berlaku biadap pada Islam dan kepercayaan umat Islam di negara ini? Dia sengaja nak cari pasal untuk bangkitkan kemarahan kita, kah? Jangan dijolok sarang tebuan…

Lebih pelik, saya tertanya-tanya, mereka-mereka yang nak berhimpun pada 22 Jun itu juga tidak percaya pada qadha dan qadar Allah, kah? Nak protes apa lagi? Di mana yang tipunya lagi? Anwar menang di Permatang Pauh itu tak tipu juga, kah?

Kalau benar SPR dan BN menipu pada PRU ke-13, kenapa Khalid, Ahmad Yaakob dan Khalid Ibrahim angkat sumpah sebagai Menteri Besar? Bukankah kemenangan mereka dianggap tidak sah kerana ada penipuan?

Kalau BN menang, maka kemenangan itu adalah satu penipuan. Kalau Pakatan Haram menang maka ia adalah satu kemenangan yang sah? Kepala bapak mereka! Boleh pula isu menipu ini di “double standard”kan?

Itu pun masih lagi ada “nangoi-nangoi” yang percaya pada himpunan Blackout505? Percaya pada penipuan dan fitnah pihak yang kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri? Rukun iman ke-6 mereka tak percaya pula!

Mungkin Teo Nie Ching itu kafir dan tidak beriman pada qadha dan qadar. Tapi tok-tok lebai yang mengaku lebih Islam dari umat Islam yang lain pun tak percaya juga pada ketentuan Allah SWT? Mazhab mana mereka pakai? Ajaran siapa yang mereka pegang?

Saya memandang serius mengenai penghinaan terhadap Islam oleh Ahli Parlimen Kulai ini. Tapi saya kira, para pemimpin Pakatan Haram yang beragama Islam lebih teruk pegangannya berbanding Teo Nie Ching kerana mereka mengaku saja Islam, tapi tidak percaya pada qadha dan qadar Allah…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Ini bererti mereka yang menyertai demontrasi pakatan haran tidak mengaku khado dan khaddar Allah. Apa nak jadilah dengan mereka ini rukun iman pun dipersoalkan dan dipermainkan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!