Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 13, 2013

FAKTA BENARRR..!!! DAP MEMANG TAK PERLU JADI PM, TAPI..!!!

guan-eng

Ketua Menteri “Republik” Pulau Pinang baru-baru ini mengatakan bahawa DAP tidak pernah menuntut kerusi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dari terus dikuasai oleh bangsa Melayu.

Dia mendakwa kononnya orang Cina cuba mendominasi keputusan PRU ke-13 baru-baru ini adalah satu putar belit pihak-pihak tertentu dan mengalih perhatian ramai berhubung “undi popular” yang dikatakan berpihak kepada Pakatan Haram.

Selain itu, dia juga mengatakan bahawa DAP lebih mewakili rakyat Malaysia berbanding BN yang kononnya hanya diwakili bangsa Melayu, kaum Cina dan India.


Pada hemat saya, memang benar DAP tidak pernah meminta kerusi PM atau TPM diberikan kepada mereka selama ini. Memang mereka tidak pernah tuntut pun kedua jawatan tertinggi pentadbiran negara itu.

Selama ini, hanya Anwar Ibrahim saja yang “gilakan” jawatan PM dan berusaha untuk merampas jawatan tersebut sama ada dengan cara baik mahupun kotor. DAP memang tak pernah tunjuk keinginan pun nak dapatkan jawatan itu.

DAP tidak perlukan kedua jawatan tersebut memandangkan mereka boleh mengarahkan Anwar untuk jadi boneka mereka. Itu fakta jelas. Setiap kehendak DAP sudah pasti akan dikabulkan Anwar walau dengan apa cara sekalipun.

Contoh terbaik yang membuktikan PKR adalah boneka DAP ialah corak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besarnya dari PKR. Tetapi segala dasar, perlaksanaan, projek kecil dan besar, semuanya dikuasai oleh DAP secara langsung mahupun tidak langsung.

Cuba kita lihat, segala kemahuan DAP dikabulkan oleh Khalid Ibrahim sewenang-wenangnya. Meskipun PAS cuba seimbangkan “perkongsian kuasa” di Selangor, parti pak-pak lebai itu begitu mudah dipinggir dan dikelas ketigakan oleh PKR dan DAP.

Mana-mana pemimpin PAS yang cuba bersuara dan mengenepikan kepentingan DAP, sudah pasti akan menjadi mangsa PKR. Sama ada dilucutkan jawatan, dipecat serta merta atau disingkirkan begitu saja, pemimpin PAS boleh pilih cara mana yang mereka suka.

Kemudian, lihat saja cara “perkongsian dasar” mereka di dalam buku “Jinggay”. Tiada tempat untuk PAS sama sekali. Langsung tidak menyebut mengenai dasar PAS. Hudud dan Negara Islam telah dimansuhkan lebih awal sebelum kewujudan buku “Jinggay”. PAS hanya menurut perintah saja…

PKR takkan berani melawan DAP kerana mereka tidak punya kekuatan seperti parti “chauvinis ultra kiasu” itu. Dan dengan “status quo” yang dimiliki oleh DAP itu, mereka tidak perlu jadi PM atau TPM, tapi kuasa mereka lebih tinggi dari kedua jawatan tersebut.

Belum pun jadi kerajaan, DAP sudah menyerang pemimpin tertinggi negara, DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu melalui propaganda Red Bean Army dan beberapa pengkhianat bangsa.

Saya yakin, jika DAP dan Pakatan Haram mentadbir Malaysia, kedudukan Raja-Raja Melayu akan terhapus dan akan mereka “muzium”kan saja di dalam lipatan sejarah. DAP pula akan menggantikan tempat Raja-Raja Melayu sebagai “Maharaja” dari keturunan “Dinasti Lim”, kemungkinan perkara itu menjadi kenyataan memang ada jika dilihat cara DAP berpolitik sekarang.

Saya masih ingat tentang cerita seorang rakan yang menjadi pensyarah di Australia mendedahkan bahawa pesawat dari sana ke Malaysia ketika PRU ke-13 tempohari penuh dengan orang Cina yang mahu pulang untuk mengundi.

Katanya, semua orang Cina warga Malaysia di Australia begitu teruja untuk pulang beramai-ramai untuk “merampas kuasa” dari orang Melayu. Dengan angkuh mereka beritahu pada rakan saya bahawa kuasa Melayu akan tumbang pada PRU ke-13.

Pada saya, inilah hasil dari cara propaganda DAP berpolitik di negara ini. Mereka timbulkan kebencian di kalangan orang Cina Malaysia terhadap orang Melayu melalui kaedah politik perkauman yang tebal, khususnya kepada golongan muda kaum tersebut.

Seperkara lagi, tak payahlah Guan Eng putar belit fakta. BN bukan saja diwakili Melayu, Cina dan India. Parti komponen BN lebih mewakili banyak kaum berbanding DAP. Kalau dicampur dengan parti komponen di Sabah dan Sarawak, rasanya Guan Eng sendiri boleh tutup buku!

DAP mewakili semua kaum di Malaysia? Tolonglah! Boleh muntah darah dan bernanah telinga dengar pembohongan Guan Eng ini. Tolong cermin diri dan tengok apa yang berlaku pada pemilihan CEC DAP baru-baru ini dan jangan buat orang loya dengan kenyataan tidak berfakta!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!