Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, June 24, 2013

AMARAN..!!! KALAU NAK TEGUR TU BIAQ LA FAKTA...!!! @MukhrizOfficial @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Tahniah aku ucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir, barisan Exco, ADUN-ADUN BN dan ADUN-ADUN PAS atas majlis angkat sumpah yang berjalan lancar semalam di Wisma Darulaman semalam... malas aku nak ucap tahniah kat ADUN DAP dan PKR...buang karan...

Member aku di Wisma beritahu, Datuk Mukhriz selaku MB Kedah betul-betul humble dan dengan rasa rendah diri mengalu-alukan sebarang teguran padanya dari mana-mana pihak, khususnya pembangkang...

Maklum la, Mukhriz "orang baru" dalam sidang DUN. Beliau dari Federal dan bagai "sirih pulang ke gagang", Mukhriz dikembalikan ke Kedah untuk memastikan BN memacu kegemilangan Kedah supaya aman makmur kembali seperti dulu...



Justeru itu, Mukhriz kata semalam, beliau sedia terima teguran yang membina asalkan teguran itu berasaskan fakta dan ikhlas semata-mata mahu melihat kemakmuran negeri Kedah. Kalau takdak fakta dan mengarut tak tentu hala, tak payah layan pun takpa... faham, kan?

Aku teringat dulu masa salah seorang Khalifah Ar-Rashidin (tak silap aku Sayyidina Abu Bakr As-Siddiq) dibai'ah. Beliau sedia ditegur dengan pedang asalkan teguran itu berfakta dan membina. Pada aku, kata-kata Mukhriz tu agak mirip dengan sifat Khalifah tu... 

Dan aku yakin, kalau Mukhriz buat silap dalam pentadbirannya, orang pertama yang akan "tibai" beliau ialah ayahandanya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang negarawan ulung yang banyak berjasa pada negara dan kita semua... Takkan beliau nak biarkan anaknya buat silap kot?

Tapi kalau silap tegur, takdak fakta... aku risau jugak la kalau "pedang" tu makan tuan... kan? kan? kan? Heh! 

Silalah Tegur Dengan Fakta – Mukhriz

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.

Beliau turut berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada.

“Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna.

“…Pengalaman ini (mentadbir negeri) sangat penting untuk meningkatkan kefahaman dua-dua pihak, dalam demokrasi penting wujud peranan semak dan imbang,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Adun Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sebagai ‘orang baharu’ dalam Dun Kedah, Mukhriz berkata beliau belum dapat membuat perbandingan mengenai perjalanan sidang DUN, namun berharap ia tidak berlaku seperti dalam Dewan Rakyat.

“Kalau banding dengan Dewan Rakyat, harap tak berlaku (dalam Dun). Polemik politik terlampau dalam Dewan Rakyat, suasana agak tegang dan peraturan mesyuarat dilanggar sewenang-wenangnya,” kata Mukhriz.

“Saya lihat nama-nama (Adun) ramai yang baru, ada juga orang lama dan rasa sidang dewan akan meriah dengan pandangan dan idea baharu.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Datuk Md Rozai Safian sebagai Speaker Dun Kedah dan Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker merupakan pilihan yang tepat berikutan kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam mengawal perjalanan dewan. – Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Betul tu bro.tun dah sound awal2,dia yang akan tegur mukriz paling awal kalau ada yang tak kena mukriz buat.lagipun tun sayanh sangat kat kedah ni...

Projek syed mokhtar bila nak jalan. ?.

Budakteranung

Bila Kak Su Bersuara... Heh!