Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 20, 2013

AIKKK..? "THINK TANK" HEBAT PUN SUKA FITNAH JUGAKKK?

drdzul

Susah betul kalau melayan kerenah mereka yang tidak dapat menerima kenyataan. Mereka ditolak majoriti rakyat pada PRU ke-13 baru-baru ini, tapi mereka tidak dapat menerima hakikat tersebut dan sebaliknya mereka tuduh pula pilihanraya dipenuhi penipuan.

Di Selangor, salah seorang yang tidak dapat terima kekalahannya ialah Dr Dzulkefly Ahmad. Dia yang kononnya “think tank” PAS paling ampuh gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Selangor yang dimenanginya pada PRU ke-12 sebelum ini.

Mungkin terlalu malu dan sakit hati kerana dikalahkan oleh calon muka baru BN, Datuk Irmohizam Ibrahim, tiba-tiba menuduh pengundi di parlimen itu menerima “sogokan” RM1,000 seorang dan perlu bersumpah atas nama Allah untuk mengundi BN.


Pertamanya saya ingin bertanya, macam mana “think tank” PAS ini boleh kalah? Kalau diikutkan kreadibiliti “think tank”, dia mestilah pakar dalam segala taktik politik dan mudah menewaskan calon lawan. Tapi Dr Dzulkefly kalah? “Think tank” jenis apakah ini?

PRU ke-13 menyaksikan Selangor tewas teruk dalam sejarah negeri itu. Ramai pemimpin Pakatan Haram yang sengih macam kerang busuk kerana berjaya mengekalkan jajahan mereka. Tapi Dr Dzulkefly pula kalau ditempat sendiri? Buat malu PAS sajalah…

Mungkin tak tahan diperli dan dipersendakan kawan-kawannya yang menang besar di Selangor, Dr Dzulkefly cuba “cover” malu dengan menyebarkan tuduhan tanpa bukti sahih atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai FITNAH!

Lagipun, siapa boleh tahan melihat rakan-rakan lain segak bergaya mengangkat sumpah pada 24 Jun ini di Parlimen, sedangkan dia terpaksa gigit kuku di depan kaca televisyen di rumah? Tentulah dia sakit hati, bukan?

Saya tertanya-tanya, dari mana Dr Dzulkefly dapat angka RM1,000 yang kononnya ditabur di Kuala Selangor pada PRU baru-baru ini? Logikkah jumlah tersebut? Sebagai “think tank”, apakah dia tidak fikir bahawa jumlah tersebut terlalu “overkill” tuduhannya itu?

Kalau jumlah pengundi di Kuala Selangor berjumlah lebih 62,000 orang, ini bermaksud calon BN perlu menabur sebanyak RM1,000 x 32,000 sebagai usaha membeli undi. Jumlahnya ialah RM32 juta! Mana Datuk Irmo nak korek duit bayar pengundi? Itu baru nak “cover” majoriti 1,000 undi…

Betulkah para pengundi Kuala Selangor dipaksa bersumpah dengan nama Allah untuk mengundi BN?

Dr Dzulkefly perlu tahu bahawa BN tidak pernah ada sistem bai’ah sebagaimana parti PAS. Malah BN tak pernah paksa sesiapa untuk undi BN. Kami cuma kata, kalau undi PAS, samalah juga dengan undi DAP dan PKR yang sokong murtad dan cemar kalimah Allah.

Masalahnya, siapa suruh Dr Dzulkefly sokong gejala murtad dan cemar kalimah “Allah” di Bible? Siapa suruh Dr Dzulkefly sokong komplot Khalid Samad untuk gulingkan Hasan Ali yang pertahankan aqidah umat Islam di Selangor?

Apakah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu fikir umat Islam suka pada pemimpin sepertinya yang menyokong gejala murtad, cemar kalimah “Allah” dan terlibat dengan komplot menggulingkan pengasas PAS di Selangor itu? Orang PAS sendiri pun tak suka..!!!

Jadi, janganlah marah sangat kalau kalah pilihanraya. Dan kalau nak “cover” malu pun sekali, janganlah sampai tergamak nak tuduh pengundi makan duit haram. Tak patut betullah. “Think tank” apa ke namanya begitu?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!