Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 12, 2013

TOLONG JANGAN TEKAN DATUK MUKHRIZ... BOLEH TAK?

Aku tahu, ramai rakyat Kedah yang teruja apabila Datuk Mukhriz jadi MB Kedah. Memang aku pun begitu. Sokong 100% pilihan DS Najib tu dan pilihan beliau sangat tepat. Aku tahu, penyokong PAS pun sokong Datuk Mukhriz jadi MB Kedah menggantikan Ustaz Azizan...

Ye laaa.. dari diberikan kuasa tu pada "puak-puak Wahabi", lebih baik bagi kuasa kat BN, kan? Itu yang pernah terbit dari mulut Ustaz Azizan sebelum ni...

Tapi, korang perlu tahu bahawa Datuk Mukhriz punya tugas yang sangat berat. Memang berat bebbb..!!! Cuba korang fikir... Kedah ni dah hampir rosak teruk dikerjakan puak-puak PAS selama sepenggal dulu...



Ustaz Azizan cuba selamatkan Kedah dari tangan-tangan rakus puak PAS Kedah. Tapi dia pulak yang nak digulingkan PAS Kedah. Padahal dia Pesuruhjaya PAS Kedah tuuuu..!!! Orang PAS sendiri nak jatuhkan pemimpin PAS... Tu diaaaa..!!!

Jadi, korang kena faham. Bukan mudah tugas yang digalas Datuk Mukhriz. Tambahan pula sebelum ni beliau lebih banyak di Federal, jadi korang tak wajar la expect perkara-perkara yang agak susah untuk diselesaikan dengan segera.

Aku ni bukan apa.. Aku tak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Tapi aku yakin, Datuk Mukhriz mampu selesaikan segala kerosakan yang PAS buat tu dengan baik dan sewajarnya. Cuma masa yang akan menentukan...

Macam-macam isu. Antaranya peninggalan hutang piutang PAS yang berbilion ringgit tu. Termasuk hutang KUIN pada bank sebanyak RM330 juta. Perghhh..!!! Bukan mudah nak selesai tu brooo...

Yang aku pening, macamana nak cover balik hutan simpan kekal yang ditarah puak-puak PAS selama sepenggal dulu. Kalau setakat depa ambik 2-3 batang tu takpa la. Ni depa tebang habih semua sekali. Pokok sebesar lengan budak pun depa sapuuuu..!!! Haru wooooo..!!!

Pusat hiburan pun PAS banyak luluskan lesen. Masalahnya, satu lesen yang PAS bagi tu, pengusaha pusat hiburan tu bukak sampai 7-8 buah premis hiburan dengan menggunakan lesen dan nama perniagaan yang sama. Aku harap Datuk Mukriz dapat berbuat sesuatu...

Selain tu, jalanraya state yang terbiar rosak tidak diselenggara, berlubang sana sini sampai ramai yang accident pun perlu diberi perhatian serius. Duit peruntukan jalanraya yang diterima dari Federal dulu aku tak tau la PAS buat apa.. Tapi Datuk Mukhriz perlu buat sesuatu jugak..

Actually, tu baru sikit saja perkara-perkara yang dah dirosakkan PAS Kedah dulu. Ada banyak lagi yang aku tak sebut....

Jadi aku harap korang jangan la bagi pressure teruk sangat kat MB kita ni. Datuk Mukhriz baru nak bukak file.. Aku harap, kita bagi peluang sepenggal dua kat Datuk Mukhriz untuk selesaikan semua masalah tu... okey?

9 comments:

Anonymous said...

Insya Allaaaahh... kita semua wajib rasional dengan pengharapan rakyat kapada pemimpin muda kita yang pernah dididik dan diuji oleh Dato' Sri Najib.

Apa pun kita kena sentiasa memberi sokongan kapada YAB Dato' Paduka Mokhriz Mahathir supaya sentiasa selesa menerajui negeri Kedah.

Masaalah kerosakan Negeri Kedah yang diujud beberapa pemimimpin yang perintah Kedah 2008-2013 iaitu lima tahun lalu itu, koi koi lah kita selamatkan bagi menggembirakan hati rakyat seluruh Kedah.

KUIN - wajib tukar rektor dan kuncu-kuncunya dan terus keasliannya Pusat Pengajian Tertinggi Islam.
LADANG RAKYAT - batalkan semua.
AMANCENTRAL - kembalikan surau Al-Salihin di tapak asalnya.

لف توف™ said...

Ianya 1 jemaah dengan 1 imam. Sokong dan ikut imam selagi dia tak buat yang dilarang Allah. Boleh?

AFTERDARK said...

Mengenai kawasan tanah gondol yang dahulunya hutan.. buat sementara Dato Mukhriz boleh tanam bambu dulu. Tujuannya ialah menyelesaikan masalah hakisan dalam tempoh hanya empat bulan. Kemudian Dato Mukhriz boleh offer mana-mana kilang plywood untuk harvest bambu tu jadi plywood laaa.. Selepas 1 tahun boleh lah bambu ditebang dan dibakar secara zon berperingkat untuk menyuburkan tanah dan lepas tu start tanah anak pokok hutan..

http://afterdarkwrites.blogspot.com/2011/02/plastic-bamboo.html

Anonymous said...

Yelah TOLONG JANGAN TEKAN DATUK MUKHRIZ... Pijak je. Mai bangsat di Kedah, nasib bapak hang bekas PM je... Susah payah kami usaha pugaq tanah selama 5 tahun untuk tawan Kedah, senang-senang je dia rembat hasilnya. Haah phuui.

Anonymous said...

AFTERDARK... gondol-gondol hang jangan sebut... sensitif tau. Hang ingat ataih kepala dia boleh tanam bambu???

Anonymous said...

salam.

bro,hutan yang gondol satu peluang besar kepada BN untuk menarik hati pemuda pemudi termasuklah pelajar sekolah yang tak lama lagi akan menjadi pengundi dewasa kelak.

aku cadangkan kawasan hutan tu negeri kedah tanam balik dengan pokok2.jangan suruh pejabat perhutanan buat kerja sorang diri.panggil budak2 kampung, buat kem ke ape ke n buat kesedaran.buat mereka sedar apa yang pas telah buat selama ini.ajak mereka sekali dalam program tanam semula pokok di sana.

buka mata diaorang ni seluas2nya.bawa mereka melawat kawasan2 yang d gondolkan.pastikan anak2 muda kita yang tanam pokok.bukan sahaja yang duk sokong BN tapi buat juga yang duk atas pagar dan yang sokong pas.dengan adanya program macam ni,bukan diorang tengok dalam tv je tapi dengan mata kepala diorang sendiri.

d harap dengan program tanama pokok ini, mereka sedar betapa memang ada pembalakan yang d sorokkan kerajaan negeri sebelum ini.secara tidak lansung kesedaran prihatan terhadap alam sekitar dapat di jalankan serentak.serampang 2 mata tu.

keburukan sebagai peluang.inilah peluang seluas2nya.tak perlu kita ceramah panjang lebar, tapi dengan pengalaman diaorang, memang tak cukup tanahlah orang pas nak jawab balik.lebih2 lagi setelah mereka sendiri letih2 tanam, dia orang berani ke nak bagi dekat kerajaan yang berkemugkinan akan tebang pokok2 lagi sekiranya kedah nak d berikan kepada pakatan.

projek perintis ini akan menyedarkan anak2 muda supaya kembali pada BN.

mb kena banyak bertanya pada bapa dia.kedah perlu menjadi contoh kebangkitan kepimpinan BN dan contoh perlunya berterusan kepimpinan bn d negeri dan persekutuan.

sbb bapa dia orang besar negara, tak salah rasanya menggunakan bapa dia untuk memajukan kedah.kalau sekalipun untuk memajukan kedah, tun dah tak ada bias kerana tidak lagi memegang jawatan perdana menteri.dulu tun tak boleh buat banyak kat kedah sbb dia perdana menteri malaysia.

tapi skarang sbg anak kedah, tun boleh membantu sebanyak mungkin.mungkin sebagai membalas jasa sokongan orang kedah kepada tun.kedah kepada pas pada 2008 kerana kemarahan orang kedah bila paklah memperlekehkan tun.orang kedah sedih...2013 kembali kedah kepada BN mungkin juga sokongan kuat tun dan juga faktor lain.

satu je yang perlu di elakkan, konsultan dan juga rakan2 yang bersifat parasit yang akan menjatuhkan mukriz sekiranya leka seperti jatuhnya paklah kerana KJ!

harap ramai beri panduan dan nasihat yang bernas kepada beliau.bukan punasihat.insyaAllah, dengan bantuan gurunya yang semakin dekat,yelah satu negeri, mukriz akan berjaya...

bro, jumpa tak guru mukriz...teroponglah kalau nampak dan perasan mukriz pergi rumah siapa kat kedah...insyaAllah, dalam perhatian gurunya seperti gurunya memantau tun

tak perlu menggunakan agama untuk menaikkan diri sendiri tapi menggunakan politik untuk menaikkan martabat agama

budakteranung

Anonymous said...

woi celaka... blah la lu... semak je kat sini... aku punya negeri.. aku suka dia pimpin negeri aku... klu ko x suka... pi kelantan tak pun penang... hak puih! kat bapak hang...

Anonymous said...

ini olang 11.01 bodoh punya melayu... kasi jahanam bangsa sendiri

Anonymous said...

aku sokong. apa kata kau bg surat rasmi kat mukhriz ttg usul n cadangan kau. tp cadangan afterdark tu pun ok jgk kot.2-2aku suka.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!