Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 14, 2013

TERKINI..!!! TERIMA KASIH BANYAK KEPADA BRO SANUSI MD NOOR...

Aku ucapkan terima kasih banyak kepada Sanusi Md Noor kerana meluangkan masa untuk menulis tentang keadaan sebenar dan pengalamannya sepanjang membantu menemani bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak di hospital sejak dari awal di blognya, di sini dan di sini...

Terima kasih banyak bro.. dan aku harap dengan penjelasan Sanusi tu, dapat menamatkan segala spekulasi yang dibuat terhadap keadaan Ustaz Azizan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Korang jangan nak memandai nak speculate kalau tak tahu keadaan sebenar.. itu berdosa hukumnya...

Namun dalam penulisan Sanusi itu, aku tengok dia betul-betul sayang dan membela Ustaz Azizan. Dia ceritakan keadaan Ustaz Azizan yang dimaki hamun oleh puak-puak PAS yang tak puas hati dengan pemilihan calon PAS baru-baru ni...

Begini ulasan aku terhadap tulisan Sanusi tu...



Sanusi juga cerita macamana Ustaz Azizan boleh dibayangkan sebagai "hilang kuasa" sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Ustaz seolah-olah tidak dihormati lagi dan "dicantas" dengan kejam oleh ramai pemimpin dan orang PAS di Kedah...

Aku dapat selami apa yang Ustaz Azizan dan Sanusi rasa. Tapi, pembelaan yang Sanusi buat terhadap Ustaz Azizan tu sudah terlewat. Nasi dah jadi bubur... Kalaulah Sanusi membela Azizan Razak dari awal dulu di blognya, rasanya keadaan tak akan jadi seteruk sekarang ni...

Dari pemerhatian aku, PAS sekarang ni dah terbelah banyak kem. Ustaz Azizan adalah pemimpin lama PAS yang dikagumi sejak di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor lagi. Sebab tu aku selalu backing Ustaz sebelum ni... Aku tahu dia baik...cuma dia ada beberapa kelemahan.. itu biasa la...

Lepas Ustaz Azizan jadi MB, pemimpin PAS lapis baru ni mula naik tocang. Berlagak tak tentu hala dan ramai yang dah lari dari perjuangan PAS yang sebenar. Depa lebih gemarkan duniawi berbanding ukhrawi (akhirat). Tu yang banyak timbul pasal projek, seleweng sana sini tu...

Banyak projek dan tindakan yang diambil para pemimpin PAS Kedah ni yang dikatakan tak dirujuk pada Ustaz Azizan. Ustaz tahu pun lepas dia secara tiba-tiba "dibalun" atas tindakan pemimpin PAS yang diberi sedikit kuasa tu... 

Mahu atau tidak, setuju atau tidak, sebagai MB Kedah dari PAS dan seorang Ahli Politik, Azizan perlu "cover" setiap kesalahan anak-anak buahnya. Kalau sekali sekala takpa la.. Tapi kalau dah banyak kali sangat... teruk la Ustaz macam tu...kan?

Ustaz Azizan selalu marah pemimpin PAS yang dilantik jadi Exco. Sebab tu kebanyakkan Exco PAS tak suka kat Ustaz Azizan. Puncanya, depa dikatakan selalu buat tindakan sendiri di belakang Ustaz. Patut tak Ustaz jerkah depa? Heh! Kalau aku kena macam tu, aku jerkah jugak...kan? Heh!

Ustaz Azizan suka kat KCS. Sebabnya ialah KCS selalunya akan rujuk terlebih dahulu semua dasar yang Kerajaan PAS suruh depa buat. Cerita habis pasal pro dan contra tentang dasar tu. Tu yang Ustaz suka tu... 

Tapi sebab tu la jugak maka Exco PAS ni rancang nak gulingkan Azizan. Depa dikatakan berpakat dengan ahli-ahli majlis di kawasan depa dan buruk-burukkan imej KCS, khususnya KCS yang buat kerja dengan telus dan betul...

Korang ingat tak masa Ustaz Azizan masuk IJN dan pemimpin PAS Kedah dok sebok ulang alik ke KL masa awal tahun 2012 dulu. Pemimpin PAS Kedah tu ke KL bukan untuk melawat Ustaz Azizan, depa pi ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut tu melobi untuk gulingkan Ustaz Azizan...

Patut ka lagu tu? Perkara ni orang kat ibu pejabat PAS tu sendiri yang cerita kat aku. Tak payah tanya nama la. Dia kesian kat Ustaz Azizan dan bila aku bagitau aku ni dari Kedah, terus dia cerita semua tu kat aku.. heheheeee.. rasa macam orang PAS pulak time tu...heheeee...

Dah banyak kali dah Ustaz Azizan cuba digulingkan. Tapi Presiden PAS, Ayah Chik la yang menyelamatkan kedudukan sahabat dia tu. Pemimpin lama dalam PAS ni lain sikit bebbb.. brotherhood depa kuat... tak macam pemimpin PAS baru yang suka tikam orang dari belakang!

Aku mohon kepada seluruh umat Islam di Kedah, sama ada penyokong UMNO, PAS mahupun atas pagar supaya mendoakan kesihatan Ustaz Azizan kembali stabil dan sihat. Sebagai saudara seagama dan tokoh yang lebih berumur dari kita, kita patut sayang dia... Islam suruh macam tu... bukan aku...

Sehingga kini, Ayah Chik dan Nik Aziz dah melawat Ustaz Azizan. DS Najib, Datuk Mukhriz, Datuk Bashah, DS Mahadzir Khalid, dan ramai pemimpin UMNO dan PAS Kedah yang dah melawat Ustaz Azizan di Penang...

Aku tertanya-tanya, Guan Eng, Kit Siang, Karpal, Anwar, Azmin, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution pi mana? Tak pulak aku dengar depa dah melawat Ustaz Azizan. 

Kalau berkempen dulu, depa siap naik helikopter. Takkan tak boleh sewa helikopter untuk melawat Ustaz, kot..???

P/s: Mengejutkan aku, blogger PAS Kedah sekarang ni antara yang paling kuat hentam Ustaz Azizan. Sanusi tak boleh buat apa-apa ke? Atau "Uncle" Zul Ya dah kasi "green lite" suruh hentam Ustaz?

4 comments:

Harimau Kumbang said...

Depa semua dok sebok atur gerakan nak gulingkan kerajaan yg di pilih rakyat...nak susun demo jalanan...

Anonymous said...

Saudara!Dunia ini memang begitulah.Disanjung dan dipuja sewaktu berkuasa untuk sama merasa.Perjalanan saudara Sanusi adalah contohnya.Sanusi merasakannya kerana hidupnya selama lima tahun bersama Ustaz Azizan.Berperang dengan sesame puak dan juga puak yang lain yang ingin menjatuhkan Ustaz.Allah menentukan segalanya.Allah pengatur yang paling sempurna kerana jika takdirnya PAS memenangi pilihanraya lepas akan lebih gawat politik Kedah bersama PAS.Sesungguhnya selama 5 tahun pemerintahan PAS di Kedah bukan Ustaz yang membuat onarnya yang menyebabkan keadaan negeri menjadi lintang pukang dan bercelaru.Kesian dengan Ustaz Azizan kerana telah dimainkan oleh pegawai di GLC yang dilantiknya berdasarkan cadangan orang lain.Bukan salah Ustaz Azizan sepenuhnya jika kebanyakkan GLC bukan menurut kehendak Pengerusinya iaitu Ustaz tetapi mereka mendengar kata orang yang mencadangkan nama mereka kepada Ustaz.Maka kerana itulah terjadinya perkara-perkara yang diluar jangkaan Ustaz.Contoh terbaik ialah BDB.Siapa yang mencadangkan CEOnya kepada Ustaz.Cuba saudara Duke selidiki apa jadi dengan Golf Darul Aman.Buat sedikit homework pasai padang golf Darul Aman ni.Cuba saudara Duke bandingkan pencapaian SADA yang CEOnya dipilih sendiri oleh Ustaz Azizan walaupun ditentang oleh puak-puak PAS kerana menganggap CEO SADA adalah orang kuat UMNO tetapi Ustaz tetap dengan keputusannya dan hasilnya SADA dapat berkembang dan bersaing dan dikagumi oleh SPAN sendiri.Bercakap soal CEO SADA ini banyak blog pro kerajaan yang menghentamnya bila keputusan tidak menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk urusan pembayaran bil SADA.Blog-blog pro kerajaan menjadikan isu itu untuk menghentam kerajaan PAS waktu itu tanpa menyelidiki puncanya.Pos Malaysia juga ingin berpolitik untuk menunjukkan yang Kerajaan Pas sengaja menyusahkan rakyat Kedah dengan menghentikan perkhidmatan pembayaran bil di Pos Malaysia sedangkan yang tidak diberitahu ialah Pos Malaysia telah menaikkan bayaran komisennya kepada SADA tanpa sebab.Ini yang sebenarnya terjadi.

Bercakap soal Ustaz sebagai Ketua Negeri Kedah untuk 5 tahun,semua pegawai dan kakitangan kerajaan amat menyenanginya seorang.Pegawai dan kakitangan kerajaan tidak menyenangi sikap dan perangai EXCO-EXCOnya sahaja.Dengan sikap semua tahu EXCOnyalah menyebabkan pegawai dan kakitangan kerajaan amat tidak senang dengan mereka ini.Jika dibuat pilihan ternyata Ustaz amat popular dikalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

Kini Kedah memasuki dunia baru pemerintahan.Soal siapa salah siapa benar dulu telah terakam menjadi sejarah dan pengajaran untuk generasi sekarang yang akan memerintah seterusnya 5 tahun lagi.Kedah adalah negeri bertuah dan berdaulat.Sesiapa juga menjadi kepalanya harus menginsafi bahawa kuasa yang ada akan hilang sekelip mata sahaja jika tersalah bawa.Kedah tidak memerlukan pemimpin yang retorik tetapi perlu kepada pemimpin yang dapat mendengar rintihan dan keluh kesah rakyat terutamanya diluar-luar Bandar yang telah memberi kemenangan kepada UMNO.

Kedah ini adalah bumi Ambiyak yang perlu disuburkan dengan mentarbiahkan penghuninya dengan keilmuan agama.Peliharalah institusi pondok dan sekolah agama rakyat yang memerlukan bantuan,Permodenkan infrastrukturnya agar kelahiran produknya dapat membantu mentarbiahkan golongan muda agar tidak tersasar kelandasan yang salah.

Saudara DUKE!Saya melihat tulisan saudara tidaklah tersasar jauh dari matlamatnya.Walaupun terkadangnya ada juga penulisan saudara tidaklah selalunya benar.Saudara "berperang" dengan saudara Sanusi pun tidak sepertimana bloger-bloger lain.

Selamat majujaya saudara DUKE.....

Anonymous said...

biasala bro nama pun kehidupan .abis madu sepah dterajang!

Anonymous said...

Alhamdulillah, moga Ust Azizan kenai sapa syaitan sapa manusia. Org UMNO xpernah benci Ust Azizan mcm org PAS buat skrg.. smpai nazak baru2 ini gamak org PAS yg hati perut kejam ni ckp.. 'lagi cepat pi lagi baguih'.

Jahat2 org UMNO tkpernah sejahat org PAS. Selama ini PAS bukan ditarbiyyah..tp di hasut syaitan. Atas kepala kopiah tp jiwa mereka jiwa syaitan.. ganas, keras hati, bengis.

Skrg Ust Azizan sndiri akan kenai..siapa PAS siapa UMNO. DI kala org PAS duk maki Ust Azizan, pemimpin UMNO berkali2 seru supaya rakyat doakan Ust Azizan sihat.

Cuna inilah aku rasa balasan ata sUst Azizan yg dulu rakus juga merosakkan Kedah.

Kes Madrasah Salihiyah tu kes KERAMAT.. tapak tu tapak 102 tahun. Kita tktau mungkin ada makhlk Allah lain yg beriktikaf beribadah dis itu.. last2 pi roboh.. utk buat shopping complex.

Wpun bg org ust Azizan mgkin itu remeh..tp ingt doa org terainaya tk tertolak oleh ALLAH..

harap lepas ni Ust Azizan muhasabh dan bertaubat dosa2 lalu.. tinggalkan PAS.. baik dakwah dan mengajaq di Masjid klu pun tkmau dekati UMNO..

tinggalkan lah PAS..parti lubuk syaitan.

wallahualam

Bila Kak Su Bersuara... Heh!