Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 23, 2013

TERKINI..!!! REKTOR KUIN LETAK JAWATAN SERTA MERTA..!!! LARI KE WEIII...???!!!

Apa dah jadi ni? Rektor KUIN, Dr. Jamil Osman letak jawatan serta merta? Tu diaaaa..!!! Kenapa dia letak jawatan tiba-tiba? Bukan dia ada baki kontrak sebagai Rektor selama 3 tahun ke? Kenapa Jamil letak jawatan tergesa-gesa?

Selalunya, orang yang buat salah ni, depa akan jadi takut. Khususnya bila "pelindung" kesalahan depa tu dah tak mampu lagi nak "cover" kesalahan yang depa buat tu. Apakah itu yang berlaku pada Jamil yang selama ni dipertahankan PAS Kedah?

Exco Pendidikan, Dato' Tajul Urus pun tak tahu Jamil letak jawatan. Beliau hanya dimaklumkan pada hari ni.. Padahal, Rektor KUIN tu dah hantar surat perletakan jawatan pada 20 Mei, dua hari lepas! Berhenti kerja pun senyap-senyap? Tu diaaaa...!!!

Apa dah jadi kat Rektor kesayangan puak PAS Kedah ni? Cuba baca kat bawah..!!!


Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali

BALING 23 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

Katanya sekali pun kerajaan negeri kini diterajui Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.

"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.

"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.

Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.

Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.

Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. 

Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah. 

BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diterajui Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Mengulas pelantikan rektor baharu, Tajul Urus berkata, seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Kuin.

Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata, ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.

"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.

Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.

Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. - BERNAMA

4 comments:

Anak Lenggong said...

Buka semula semua failnya..tengok apa yang beliau lakukan sewaktu memegang jawatan. Sekarang ni teruk si Mukriz nak kambus balik lubang yang berlopong yang ditinggalkan oleh pemerintahan sebuah parti yang tau berceramah mengutuk orang tetapi pabila diberi sebuah negeri untuk ditakbir..hancur semuanya sampaikan hasil negeri pun berebut sesama sendiri.

kluangman said...

selesaikan apa sahaja masalah kuin demi anak bangsa...lepas tu buat susulan undang2 pada yang berkaitan jika ada.

Anonymous said...

tak de org nak cover dia lg dah,baik cabut awal-awal,panas panas

Anonymous said...

Mukriz dn exco2nya sibuk duk kena tnggung apa yg PAS buat penggal lepas, yg Manfuz duk kalut nak ajak mukriz berdebat la..duk kalut berhimpun la,geng2 diorang siap kutuk mukriz "mini mahafiraun" lagi.. wahai rakyt malaysia,bukalah mata anda.. pemimpin seperti mana yg korang nak.. Mukriz atau mampuz?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!